JODOH DI LUH MAHFUZ (E-SENTRAL)

Romance Series 20819

(E-Sentral)

BLURB (JODOH DI LUH MAHFUZ)
BY MISS HONEY

- RM 17 -

Perigi mencari timba?

Ya, itulah gelaran yang paling layak untuk insan bernama Nur Aisyah atau nama timangannya 'Aisyah'. 26 tahun dia berpijak di bumi yang nyata, selama ini jugalah dia mencari timba. Tetapi masih belum ada timba yang sesuai.

Ejen pak cik bawang sentiasa sibuk masuk campur urusan jodohnya. Nak bilang dia tak laku ke apa? Bukankah jodoh itu di tangan tuhan? Bawalah bersabar sedikit, jangan tergesa-gesa.

Pada suatu hari, dia bertembung dengan sang Adam di persimpangan rumah Allah tanpa dirancang. Tak mungkinlah 'cinta monyet' akan berputik kembali? Apa yang penting adalah cinta monyet yang bertepuk sebelah tangan.

"Lepas ni tolonglah hati-hati ya, cik..." - Umar

"Encik? Hello... Encik okay tak?" - Aisyah

"Astaghfirullahaladzim..." - Umar

Perubahan ketara berlaku dengan begitu drastik terhadap diri Aisyah. Secara tiba-tiba, pada satu hari dia terdengar ceramah yang diberi tajuk 'Luh Mahfuz'. Aisyah terjatuh hati dengan perkataan itu.

Luh Mahfuz?

Apa maksud sebenar di sebalik perkataan yang indah itu?

"Tiada sesiapa yang tahu isi catatan di Luh Mahfuz, kecuali Allah SWT. Kisah dari permulaan zaman sehingga akhir zaman tersusun cantik di dalamnya. Begitu juga takdir kita semua di atas muka bumi ini." - Umar

"Saya tertanya-tanya, siapakah jodoh saya yang tercatat di Luh Mahfuz? Saya dah tak sabar nak berjumpa dengan jodoh saya." - Aisyah

Seperti yang sudah sedia maklum soal jodoh, rezeki, ajal dan segalanya adalah rahsia Allah SWT. Dan rahsia itu telah tersusun cantik di Luh Mahfuz, tidak begitu ramai yang tahu. Siapakah jodoh untuk Aisyah yang sudah tercatat di Luh Mahfuz?

Mampukah juga Aisyah menghadapi segala rintangan dan dugaan yang telah tercatat di Luh Mahfuz buat dirinya?

Link E-sentral

Peminat cerita cinta islamik? Anda semua wajib dapatkan ini di aplikasi E-sentral. Di dalam ini terdapat juga kisah di tanah suci iaitu Mekah ^_^. Jika ada sebarang masalah, boleh dm Honey di Instagram ya? Ataupun boleh tanya di ruangan komen.

#JodohDiLuhMahfuz
#JodohDiLuhMahfuzbyMissHoney
#MissHoney
#Esentral

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience