KAWAN RAPAT

Short Story Series 2206

Selepas penat berfikir dan mencari jalan dalam beberapa hari ni supaya anaknya lebih kuat dalam menjalani ujian ini. Akhirnya Puan Hasnah mendapat idea yang dia rasa memang patut Sue terima.

Alhamdulillah sudah 2 hari Sue pergi kerja dan dia telah meminta bantuan dari rakannya yang bekerja di klinik swasta bagi mendapatkan surat 'mc' untuk anak kesayangannya itu. Walaupun dia tahu cuti tahunan Sue masih banyak kerana Sue tak pernah ambil cuti tahunannya untuk tahun ni. Tapi dia tak bagi Sue claim cutinya tu sebagai cuti tahunan ini kerana cuti tahunannya tu akan ada gunanya dengan ideanya nanti. Sue sememangnya seorang yang workaholic itu sebab cutinya banyak lagi. Tapi Puan Hasnah belum menyuarakan ideanya pada Sue lagi. Dia masih menunggu kepulangan anaknya dari tempat kerja.

Setelah lebih sejam dia menunggu Sue balik dari kerja. Sue akhirnya muncul juga di muka pintu. Sesampainya dia dirumah, ibunya terus memberitahu idea yang difikirkan menarik untuk Sue dan ibunya mahu Sue terima tanpa beralasan. Ibunya mahu Sue terus submit borang cuti tahunan selama seminggu pula bila dia pergi kerja keesokannya.

"Ibu mahu esok Sue terus minta cuti seminggu. Ibu akan uruskan semuanya untuk Sue. Sue tinggal pergi jer. Tempat menginap pun Ibu akan booking". Ibunya mahu Sue pergi bercuti untuk tenangkan diri. Semuanya akan Ibunya uruskan di sana nanti. Nasib baikla Sue ni ada kereta sendiri. Jadi boleh la dia pandu sendiri ke tempat yang ibunya cakap nanti.

"Terima kasih ibu..Sue sayang Ibu". Mata Sue sudah masuk habuk lagi dan kali ni dia terus peluk ibunya sambil menangis.

"Tapi Sue perlu siapkan kerja yang Sue tinggal seminggu tu dulu. Nanti kalau Sue sambung cuti, mesti bertimbun la kerja Sue kat pejabat tu. Nanti tak terkejar pula nak buatnya. Lagipun Sue kena tanya bos Sue dulu. Kalau dia approve, barulah Sue boleh update kat ibu yer."

Dia teringat masa dia masuk ofis 2 hari lepas iaitu seminggu selepas dia hidup dalam kemurungan. Sampai jer kat ofis semua orang yang ada kat ofis macam terkejut lihat perubahan diri Sue yang sedikit kurus dan muka agak pucat dan suram akibat hilang selera makan. Masuk-masuk jer semua mata tertumpu pada Sue. Mereka tahu Sue masih dalam kesedihan. Mereka tidak mahu menyapa Sue sekiranya Sue sendiri tak menyapa mereka lebih dulu. Tapi Sue yang mula menegur mereka dengan memberi salam pada mreka dulu.

"Assalamualaikum.."

Salam Sue bersambut semua.

"Waalaikum'salam.." Lepas salam Sue di sambut semua kat ofis terus Sue berlalu ke tempat duduknya. Di depan meja Sue adalah meja tempat Is buat kerja. Sue lihat meja tu sudah kosong, kertas dan buku yang selalu Is guna dah tak da. Mungkin ada kawan-kawan ofis yang lain tolong kemaskan dan yang tinggal atas meja tu hanyalah laptop ofis yang selalu Is guna. Masih terbayang dimata Sue yang Is sedang menggunakan laptop dimejanya sambil mata melirik merenung Sue sambil tersenyum. Sue tak sedar pun airmatanya dah mengalir. Dia hanya perasan bila salah seorang kawan ofis menegurnya.

"Sue..U ok tak?"
Rupanya Daniel shiftpartner Is yang tegur Sue.

Sue terus menyapu airmata dipipinya dan senyum pada Daniel.
"I ok U."
"Kalau tak ok, better U balik je."
"It's ok. Better I buat kerja."
"Betul ni. I yang kemas meja Is. U tak kisahkan"

"Betul. I tak kisah. Thanks sebab tolong kemas." Sambil senyum pada Daniel.

"I tak nak U salah faham. I cuma tak boleh tengok barang-barang dia. So I simpan semua dalam kotak dan letak bawah meja."

"Tak la U, tak perlu explain. I faham."

"Kalau macam tu, I buat keje dulu ya. Harap U tabah dan banyak bersabar."

"Thanks, I pun nak buat kerja juga ni. U pun sama."

Sebelum Daniel beredar dari meja Sue, sempat dia senyum pada Sue untuk bagi kekuatan pada Sue. Kemudian baru la dia beredar. Sekarang semua kerja Is adalah bawah tanggungjawab dia. Dia perlu lebih bersedia dan lebih kuat untuk hadapi tanggungjawab sekarang. Dia harap dia tidak akan kecewakan sahabatnya tu bila dia sedia tanggung semua beban yang Is tanggung sebelum ni termasuklah soal hati juga.

Selama Sue masuk ofis, Sue tidak pula nampak kelibat bosnya Encik Wan, mungkin masih belum tiba lagi. Selalunya dia akan masuk lewat sikit. Tapi hari ni tak tahu la pula dia masuk ke tak sebab malam tadi Sue ada text Encik Wan yang dia akan masuk ofis hari ni. Encik Wan hanya membalas 'ok' jer melalui teks sms. Sue tahu bosnya pun rasa kehilangan juga. Kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi dan pandai. Is juga seorang yang peramah dan tidak sombong. Sangat sesuai dengan skop kerjanya untuk uruskan staf. Dia sentiasa berbincang dengan Sue jika masalah berkait dengan staf perempuan. Selalunya bila mereka terpaksa overtime dan sambung jadual. Ada juga yang jenis tak boleh nak tolak ansur, terpaksalah Sue campur tangan. Jika masalah tak boleh nak selesai juga. Kalau masalah terlampau serius sehingga melibatkan sekumpulan staf yang merancang untuk mogok, boslah tempat Is rujuk. Dia takkan ambik tindakan sendiri melainkan ada arahan dari bos. Itu lah Is yang sentiasa perihatin dengan tanggungjawabnya.

**********************

Hari ni dah 3 hari Sue masuk kerja, Sue cuba untuk sibukkan diri dengan kerjanya yang tertangguh seminggu dan cuba untuk tidak memikirkan Is. Kelibat Encik Wan tetap juga tidak kelihatan di ofis seperti semalam juga. Sue sent whatsap pada Encik Wan tapi still pending tidak berbalas. Sue kan nak mohon cuti tapi disebabkan Encik Wan tak masuk ofis, susah dia nak submit borang cuti. 

Kadang-kadang memori indah dengan Is menerjah di kepala Sue bila dia berseorangan kat ofis tu. Ofis ni memang banyak sangat kenangan Sue bersama dengan Is. Selalunya mereka saling melirik mata sambil buat kerja. Bila berdua jer dalam ofis siap nyanyi-nyanyi bersama sambil dengar lagu jiwang-jiwang. Is ni dia suka lagu Ziana Zain. Semua lagu Ziana dia hafal. Kadang Sue pasang mp3 kt komputernya dan bila keluar jer lagu Ziana, cepat jer mata tu lirik kat Sue dan mulut ikut nyanyi juga sambil tu cuba buat-buat gaya depan Sue. Sue senyum kadang gelak kalau gaya tu tak kena. keadaan tu selalunya untuk hilangkan tekanan kerja saja. Is ni kadang romantik sangat. Suka bawakan makanan yang dia proses sendiri kat kitchen untuk Sue. Kadang roti bakar salut gula sampai kat meja Sue, Sandwich, salad buah yang dicilok kat kitchen tu. Dia suka mengendeng kat kitchen tu, Chef Zul pula suka melayan dia.  

Chef Zul ni salah sorang dari management yang awal datang bersama dengan Is juga. Itu yang diorang rapat. Macam Daniel ni, dia masuk bila buat first job interview untuk cari krew service. Tapi dia diserap masuk ofis setelah Is perlukan penolong eksekutif penyelia. Mereka kenal disitu dan mereka tiga orang tu menjadi kawan rapat, sekepala pula tu dan punya minat yang sama suka main snooker, karaoke pun sama juga.

Sekali lagi tak mampu Sue nak tahan airmatanya dari terus keluar. Dia terus bangun dan berjalan ke bilik air di luar ofis. Dia tak mahu kawan-kawan ofisnya perasan dia menangis. Dia tahu dia harus kuat untuk lawan emosinya. Tapi kenangan tu sentiasa bermain di matanya. Bila dia kuar dari bilik air dan terus ke tempat duduknya. Sue perasan Daniel sedang perhatikannya dan dia pun terus berjalan ke arah Sue kemudian menegur Sue.

"U..kenape tak keluar lunch."

"I nak siapkan kerja. Banyak lagi kerja I yang tertangguh. U pula nape tak gi lunch."

"I dah breakfast lewat tadi, rasa kenyang lagi. Tapi kalau nak ajak U minum tu masih boleh lagi ni." Daniel cuba berseloroh. Tapi sebenarnya dia cuba untuk mengajak Sue pergi minum. Sue tersenyum bila Daniel berseloroh macam tu.

"I rasa kenyang. Tak pa la U. I nak siapkan kerja lagi."

"Sabar ya U. I tahu U sedang berusaha untuk tidak bersedih depan kami kan. Tapi kami semua pun sedang bersedih. I nak buat kerja pun tak ada mood lagi. Still teringat kat arwah. U tahu kan macamana I dengan arwah memang rapat." Daniel cuba untuk memujuk Sue supaya sabar. Daniel tu namanya Muhammad Dani tapi dia lebih suka kalau orang panggil dia Daniel. Ala-ala artis. Mesti ada nama glamour.

"Jom I belanja U minum kat cafe sebelah. I tahu U tak ok. I nampak tadi."

"I nampak dia sedang buat keje U. Nampak dia nyanyi-nyanyi depan I. Dah teruk kan I ni."

"Dah..dah..jom kita git minum. I tak boleh biar U sorang-sorang macam ni."

"Tapi.."

"Tak de tapi-tapi...jom bangun sekarang Cik Suemayyah. 

Kemudian Sue pun bangun mengikut Daniel ke cafe sebelah. Dia hanya memesan kopi o suam jer. Setelah air mereka sampai, Daniel pun memulakan bicaranya.

"U..I harap sangat U Tabah. Semua tu dugaan untuk U. Sentiasalah U sedekahkan al-fatihah untuknya. I lagi la sentiasa teringat-ingatkan dia. Mana taknya. Kami ni duduk hostel sama. Makan minum pun sekali. I selalu pergi karaoke dengan dia. Kat snooker usah cakap la. Boleh dikatakan tiap-tiap malam kami ke sana. Walaupun main 1 game jer semalaman tapi hari-hari kami ke sana. U..kita kena redha U, ingat Qada' dan Qadar. Sudah sampai masanya Allah jemput dia. Kita yang masih hidup ni perlu teruskan hidup. Dia kat sana pun ingin lihat U berjaya dalam hidup. Bukan meratap macam ni. I tengok U sedih. I pun sedih jgk. Tapi I tak nak tunjuk takut U lagi lemah semangat. Sebab tu I nak tengok U kuat. I nak U bangun semula. Hidup kita masih panjang lagi." Daniel cuba untuk berkongsi perasaannya dengan Sue dan cuba untuk kembalikan semangat Sue walau dia tahu sangat susah.

Daniel ni salah seorang kawan rapat dengan arwah Iskandar dan Sue. Dia tahu macamana perasaan Iskandar pada Sue, dan perasaan Sue pada Iskandar pun dia tahu. Cuma masing-masing masih tak nak mengaku pada mulanya. Tapi Daniel tak sangka mereka tu serius rupanya bila arwah Iskandar cakap yang Sue dah terima dia jadi sebahagian dari hidupnya. Daniel gembira bila kawannya gembira. Sewaktu Daniel sedang bercakap tadi, Sue hanya menundukkan wajahnya sambil air mata mengalir. Tak dapat dia nak tahan emosinya.

"U..I rindukan Is..macamana I nak hilangkan rindu I ni. Bila dekat ofis I sentiasa nampak dia senyum kat I. I sentiasa nampak dia depan meja I duk ngadap laptop dia buat keje. I nak buat macamana U. I tak tahu. I tak boleh buang memori. I sayang memori bersama dia." Kali ni airmata Sue lebih laju dari tadi. Mencurah-curah, puas disekanya tapi tetap juga keluar.

"U..tak ada siapa pun suruh U buang memori tu. Simpan kemas-kemas dalam hati U. I cuma nak U terima jer yang dia dah tak ada lagi kat dunia ni. Kalau boleh kita sama-sama hadapinya."

Daniel yang melihat hanya mampu untuk sabarkan Sue saja. Nasib baik waktu tu kat cafe masih tak ramai customer. Kalau tak, malu juga dia dengan customer lain. Hanya ada sorang dua saja pekerja yang singgah makan kat situ. Itu pun mejanya berada jauh dari kitorg.

"I dah boleh terima kenyataan tu. I dah tahu dia dah pergi tapi I terlalu rindukan dia sampai terbayang-bayang dia depan mata I ni. I tak tahu nak buat macamana lagi. Terlalu banyak memori bersama dia kat sini. Nak je I berhenti kerja dan pergi jauh-jauh dari sini."

"Lari bukan dapat selesaikan masalah U. Kita kena hadapainya dengan tabah. I harap sangat U tabah. I pasti kalau U lari pun, memori tu tetap akan ikut kemana je U pergi walau hujung dunia sekalipun. Jadikan memori indah itu sebagai anugerah untuk U sebab dapat kenal dia didunia ni. I yakin U boleh Sue. I akan sentiasa disampaing U untuk hadapinya bersama."

Kata-kata Daniel yang sangat mendalam itu telah menyentuh hati kecil Sue. Membuatkan airmatanya yang tadi laju semakin menipis dan sedunya pun semakin mengecil dan tidak kedengaran lagi.

"InshaAllah U...I akan cuba hadapinya dengan sebaik mungkin. Thanks bagi I semangat dan kekuatan."

"Sabar yer U. I faham perasaan U."

Tangan Sue terus di genggam untuk berikan kekuatan dan cuba untuk tenangkan Sue. Dia merasakan Sue perlukan kekuatannya sekarang ni. Dia merasa tangan Sue sejuk dingin disebalik hangat tangannya saat dia memegang tangan Sue. 

Dulu Daniel ada juga menaruh perasaan pada Sue. Cuma bila dia tahu kawannya si Is dah jatuh sayang pada Sue, terus di matikan niatnya untuk pelawa Sue menjadi girlfriend dia. Tapi sekarang dia merasakan Sue memang perlukan dia untuk semangat baru. Sue yang perasan Daniel sudah menggenggam tangannya. Terus dia tersedar yang dia sebenarnya kat cafe. "Nasib baik mejanya berada jauh di sudut cafe tu. Kalau tak mesti malu juga dia. Sudah la menangis depan si Daniel ni. Adoi. Memang tak boleh nak cover la perasaan aku ni." Sue duk bercakap dalam hati.  

Sue terus berhenti menangis bila Daniel dah genggam tangan dia. Dia merasa hangatnya tangan Danial dan meresap terus kehatinya seolah Daniel selamatkan dia dari sejuk dinginnya hati dia sekarang. Tapi cepat-cepat Sue tersedar dari lamunan dan menarik tangannya dari gengaman tanan Daniel. "Tak tahu la sape yang tengok adengan tak sengajanya tadi. Mungkin tauke kedai tu la kot sebab dari tadi duk usha dia dan Daniel." Sue duk bercakap dalam hati lagi.

"Sorry U..I terlalu ikutkan perasaan. Jomlah kita masuk ofice. Kerja I masih banyak lagi, dah seminggukan I tak masuk ofice."

"It's ok U, I cuma tak nak U sedih-sedih lagi. Jom lah kita."

Sue terus mengesat sisa airmatanya dengan tisu yang ada atas meja tu kemudian bangun menuju ke pintu dan berhenti menunggu Daniel yang sedang membayar minuman mereka tadi. Sue hanya minum separuh je dari gelas tadi. Dia betul-betul tak lalu untuk menghabiskan minuman tu.

Setelah Daniel siap membayar, terus dia gerak kearah Sue. Bila Daniel dah sampai kat pintu cafe, terus Sue ucap terima kasih dan senyum pada Daniel.

"Terima kasih U..sebab belanja I dan nasihat U tu. Insha Allah U..I akan lebih tabah lepas ni. Tapi I perlukan sedikit masa." Mereka berjalan bersama masuk ke ofice. Daniel terus minta diri untuk buat kerja di bahagian stor sambil tersenyum pada Sue dia berlalu ke stor. Sebelum tu sempat dia minta maaf sebab tak sengaja pegang tangan Sue tadi.

"sorry, I pegang tangan U tadi. Kalau boleh I nak U tahu perasaan I pun sama macam U. Jadi kalau boleh kita sama-sama hadapinya lepas ni. Jangan pendam sorang-sorang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience