Pada suatu hari seorang lelaki bernama Joe baru pulang dari tanah perkuburan teman wanitanya, dia diapenuhi rasa sedih, dendam, kecewa dan marah kepada dirinya sendiri.
Selepas tibanya Joe di rumah, dia merenung ke ruang biliknya. Bilik yang selalu dia menghabiskan masa bersama teman wanitanya, Sarra. Selepas beberapa jam berlalu, tiba tiba ada seseorang mengetuk pintu
'tok tok tok'
Joe masih termenung dan selepas beberapa minit baru Joe tersedar.. Joe keluar sambil berlenangkan air mata..
Orang yang berada di luar sedang menunggu Joe berkata..
'this is from Sarra, she ask me to give this to you, sir.'
Joe mengucapkan terima kasih dan fikirannya memenuhi dengan perasaan hairan kerana barang yang disampaikan kepadanya ialah satu sangkar dengan satu pita video di dalam kotak yang kecil.. Selepas membuka sangkar itu, Joe terkejut kerana di dalam sangkar itu berisikan seekor kucing dan sepucuk surat yang tertulis
'jikalau awak mendapat hadiah ini daripada saya itu tandanya saya sudah jumpa ketenangan saya, saya sangat mencintai awak sehingga langit dan bumi pun tidak mampu hilangkan rasa cinta saya kepada awak, Joe tolong jaga kucing ini baik baik seperti mana awak menjaga saya di hospital siang dan malam, saya harap awak tidak terlalu sedih kerana saya telah menjumpai ketenangan saya.. Saya berharap awak menjumpai ketenangan awak..
(from Sarra) '
Joe menangis sambil tersenyum melihat kucing itu.. Tiba tiba ada sesuatu yang mengalihkan perhatian Joe. Di rantai kucing itu tertulis nama' BOOGEYMAN'. Ianya adalah nama panggilan Joe semasa menjadi pembunuh upahan dahulu!! Joe sangat hairan kerana Sarra tidak pernah menyukai gelaran itu. Disebabkan itu, Joe memanggil kucingnya dengan nama 'ara' bagi mengenangkan teman wanitanya yang telah tiada..
THE BOOGEYMAN
Share this novel