Completed
789
Bi dan Lyn adalah dua orang sahabat yang ditakdirkan untuk berjumpa tanpa sengaja. Sebelum ini, mereka tidaklah saling mengenali antara satu sama lain. Persahabatan mereka menjadi semakin rapat selepas mereka menyewa di rumah yang sama.
?Bi, free tak malam ni?? Soal Lyn.
?Emm.. Malam ni?? Tanya Bi inginkan kepastian.
?Ye malam ni.?
?Oh..? Bi membalas dalam keadaan seperti acuh tak acuh.
?Weh, Bi, kau buat apa tu??
?Nak update gambar kat IG ni. Hehe. Kejaplah..?
?Emm. Kau tak habis-habis. Beriye sangat kalau bab update status IG dia tu. Eh tengok sikit.? Lyn menolak sedikit bahu Bi untuk melihat skrin laptop Lenovo putih kepunyaan Bi.
?Sibuklah kau ni.?
?Perghh followers kau 80.1k. Patutlah beriya update IG. Ni kalau sekali update gambar ni, tak beribu yang like tak sah ni."
?Hurm, biasa ja. Dah orang yang nak follow aku. Tapi kan Lyn, ni yang aku rasa lah. Dah alang-alang ramai follow aku, tak salah kan aku kongsi mesej-mesej kebaikan?"
?Ye. Lebih baik buat baik daripada buat jahat.?
?Maksud kau??
?Yela, mestilah elok kalau kita kongsi benda yang baik-baik. Tak kan nak mencarut, memaki semua tu. Dah sah-sah tak elok. Eh, haus pulak aku, air ada tak? Nak!?
Share this novel