TEASER.....19
Perkhabaran berita isteri Ian Diamond sudah berbadan dua membuatkan mereka semya cacing kepanasan. Betul atau tidak, mereka tetap tak suka perkhabaran tersebut! Dahlah di larang masuk EMPIREZ WITTELSBACH BHD dan villa Tan Sri Ian Nilam. Jalang tu, senang jer jadi menantu Tan Sri, hidup kaya-raya! Miah takkan sesekali biarkan jalang itu hidup senang selagi dia masih bernyawa! Dia berdendam arwah Khairul dan Titanium Violyn! Arwah Khairul sepatutnya berkahwin dengannya! Bukan mengambil anak angkat perempuan bernama Titanium Violyn selepas tamat belajar dan pulang dari Spain! Puan sri Syarifah Jemilah dan Puan Sri Syarifah Tasha, mereka tak percaya bulat-bulat berita itu. Media, mestilah putar belitkan cerita sensasi dan panas. Selagi Ian Nilam mahupun Ian Diamond tak buka mulut, berita itu, palsu! Namun, setelah ramai membicara tentangnya, membuatkan mereka tak senang duduk! Sepertinya, berita itu betul! Sedangkan anak menantunya masih belum hamil lagi. Syed Jad, Syarifah Amalin dan Leha, semakin membenci Ian Diamond dan Titanium Violyn sedalam-dalamnya! Apa di hajati mereka, masih belum dapat terlaksana, kini di tambah pula berita kehamilan Titanium Violyn!
{EDIT}
Share this novel