Bab 29

Romance Series 8189

sampai sahaja di Villa à Aamor tersergam indah villa tersebut. dihiasi dengan bunga rose merah menampakkan villa itu seolah olah hidup. najwa seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. seperti syurga dunia. tiba sahaja di perkarangan villa itu najwa segera berlari ke arah bunga mawar merah. najwa mencium bunga tersebut. ammar tersenyum melihat gelagat najwa itu.
"cantik kan?" kata ammar sambil menghampiri najwa,lalu memetik bunga mawar dan memberikan kepada najwa. aisyah berada di kereta itu memerhati mereka dengan mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah mereka.

"si belle.j'aime rose" bisik perlahan najwa. ammar seakan terpaku melihat najwa. seperti bidadari milik syurga. sesungguhnya keindahan itu dicipta olehNya... tiba tiba ada seseorang lelaki yang berumur sambil memegang tongkatnya berkata.
"bienvenue monsieur. vous n'êtes jamais allé dans cette villa. (selamat datang tuan. dah lama tuan tak jenguk villa ini)" ammar di situ tersenyum melihat kawan lamanya michael bukan sahaja kawan malah sudah dianggap atuknya.najwa masih membelek bunga rose itu.
"bonjour. allez-vous garder cette villa et cette fleur rose?( hello. awak ke yang jaga villa ini serta bunga rose itu?)" kata najwa dengan matanya bersinar.ammar disitu bertahan agar tidak pengsan kerana itulah kali pertama dia melihat sinar mata najwa. matanya berwarna coklat kehitaman serta bulu mata yang panjang melentik telah meyerlah. itulah salah satu rahsia untuk memikat jejaka.. michael terpempan seketika. dia seakan akan tidak percaya. setahunya tiada perempuan malaysia yang fasih berbicara dengannya. walaupun ada tetapi macam orang gagap adalah...
"err.. ya. ya saya yang jaga villa ini" kata michael sambil memerhati setiap sudut muka najwa. bagi micheal,dia tak pernah melihat kecantikan seperti itu. najwa terkejut kerana michael boleh bertutur dalam bahasa melayu.
"encik boleh bercakap dalam bahasa melayu?" kata najwa sambil mencuit pinggang ammar lalu berbisik
"kenapa awak tak cakap yang mereka boleh cakap bahasa melayu?" katanya dengan nada yang agak marah serta kecewa.
"sesiapa yang bekerja dengan keluarga encik ammar haruslah fasih bercakap bahasa melayu. itu peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa encik ammar." kata michael sambil berjalan di hadapan najwa. najwa menggangguk menandakan dia mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience