Kalau Aku Jatuh Cinta 2

Romance Series 4992

Hujung minggu yang dijanjikan tiba, dan sekarang mereka berada di dalam Aman Central Shopping Mall. Asha melihat Qay, memakai baju t-shirt putih kosong dengan seluar jeans. Classic. Dia memerhati pula pakaian yang terletak pada dirinya, jeans hitam, baju hitam, tudung hitam. Serba serbi hitam. Okaylah, dia tak suka nak menyakitkan kepala nak pilih baju.

"Kita nak buat apa dulu?" Qay pandang Hasan, meminta pendapat. "Sekarang ni dah pukul 10 pagi, kita brunch dulu jom. Lagipun wayang start pukul 11 kan. Sempatlah nak lahap dulu."

Gina tarik tangan Asha, melingkar tangannya di pinggang gadis tinggi lampai itu. "Kau nak makan apa? Aku teringin nak makan mee tarik warisan tuh. Jom weh, aku belanja." Asha tersenyum. "Aku kenyang lagi Gee, tadi makan roti dah sebelum keluar. Tak rasa nak makan." Dia menolak lembut.

"Pulak dahh? Hmmm... Tak apalah gitu. Tapi kau teman aku makan eah?" Gina meminta. Asha sengih cuma, "Alahh malas lah aku. Tengok kau makan je, tak ada kerja." Dia ketawa terkekek-kekek. "Aii dok kan ajok Sha je, Gee? Aku lapor gok ni?" Huda buat muka sedih. Anak kelahiran Terengganu itu memang, pantang kalau bab makan tapi takut makan sorang.

"Hahaha, aku ingat kau nak ikut diorang?" Pandangan Gina beralih pada Qayyum dan Hasan yang tersengih-sengih. Diorang food hunter. Jangan harap nak makan satu jenis makanan je. "malaslah. Awok dia suka tinggal aku, mentang-mentang kaki panjang." Huda mencemik.

"Hari ni kitorang ikut je korang nak makan apa. Ladies first, special treat for today." Qayyum kenyit mata, Hasan ketawa dan mengangguk laju.

Kedai Mee Tarik Warisan jadi pilihan, dan mereka makan dengan berselera. Kecuali Asha. Perut yang sedikit pedih dibiarkan begitu saja. Dia hanya melayan telatah Huda dan Gina sepanjang mereka makan. "Qay, kau tak makan ke?" mangkuk yang berisi mee tarik tuh langsung tak dijamah.

Qay tersenyum, kemudian dia panggil pelayan perempuan yang berdekatan. "Mintak mangkuk kosong satu boleh?" Pintanya dengan sopan. Pelayan itu mengangguk dan kembali dengan mangkuk kosong bersama sudu dan garfu.

Dengan penuh cermat lelaki itu mengalih separuh daripada mee tarik di dalam mangkuknya ke dalam mangkuk kosong tadi. "Aku kurang sikit mee tarik ni. Asha kau tolong aku habiskan eah separuh lagi. Aku alih dalam bekas lain. Tapi kalau kau nak makan satu mangkuk dengan aku pun okay jugak." Dia mengangkat kening ala Ziana Zain.

Asha mengerling mangkuk berisi mee. Muka sembil diberi, "Aku tak lapar."

"Aku tak habis makan ni, tolong lerr."

"Penipu, si Qay pelahap mampu sangat nak habiskan mee semangkuk tu. Apa alasan kau yang sebenarnya haa?" mata Asha menyepet, mencari kebenaran.

Suara Qay mendatar, menjawab. "Eh biarlah hari ni aku rasa nak kongsi makanan dengan kau. Kau dengar cakap aku eahh, nanti gastrik kau tuh makin teruk. Nanti pengsan dekat sini siapa nak angkat? So, dengar cakap aku and makan ni sikit. Tak pedas. Jangan risau." dia menolak mangkuk itu perlahan ke hadapan Asha.

Tiba-tiba memori semasa sekolah menengah menjengah. 'Kan aku dah cakap makan sikit sebelum keluar tadi. Kan tak pasal mengerekot sakit perut, pengsan. Tengok siapa yang susah?! Kau ni degil betul lah Ash!' Amarah seorang pemuda kedengaran, dan dia merasakan badan dia terapung. Dia kenal suara itu, dan dia tahu pemilik suara itu marah, geram dan menyampah dengan perangai dia. Tetapi peluang yang datang bukan selalu, lantas tangannya melingkar di bahu lelaki itu lantaran lelaki itu mendukung dirinya di belakang. Sekali ini saja, sekali ini saja.

Asha tersenyum pahit. "Iyelah, iyelah. Terima kasih Qay." Dia menelan mee tarik dengan susah payah. Kenangan itu datang lagi.

Perlahan dia menaikkan pandangannya, memerhati Qayyum yang borak dengan Hasan. Dan pantas dia tunduk kembali tatkala lelaki itu mengerling. "Macam ni ke rasa perasaan itu? Kalau aku jatuh cinta?"

Dia tepis kenangan itu menjauh dan menyambung makan. Setelah itu mereka bergegas ke panggung wayang, tatkala menyedari wayang mereka sudah hampir bermula.

*Bersambung*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience