Rate

1 (Nak Kahwin!)

Romance Series 6962

"Tahniah Anak Umi.."

Aku memeluk tubuh Umi dengan eratnya, kerana 'terlebih' rindu dengan Umi+rumah. Rasa terlalu seronok kerana telah habis belajar. Lepas ni, Boleh la Aku minta apa yang Aku nak. benda Yang dah lama Aku simpan selama ni, benda yang...Aku impikan.

Aku melepaskan pelukan. Umi dan Aku terus mengangkat barang dan pergi ke arah kereta.
________________________________________________
Di dalam Kereta, Aku hanya melihat Madrasah Hidayatul Muttaqin yang semakin hilang dari pandangan. Madrasah yang banyak berjasa terhadap Aku. Madrasah yang dahulunya, Aku masuk dalam keadaan tak tau apa-apa tentang Al-Quran. dan sekarang, Aku telah sampai ke tahap ini. Terima kasih semua yang ada di madrasah. Jasamu akanku kenang.

"Ehem-Ehem! Jauh termenung sampai tak sedar orang sebelah ke?"

Mataku yang kuyu tadi, terus membulat. setelah mendengar suara tersebut. Aku melihat ke Arah suara tersebut. Dan..

"AKHIIII!!! BILA AKHI BALIK!"

Aku menjerit bagai nak terpecah telinga Akhi (Abang) jadinya. Akhi menggosok telinganya secara perlahan. Dia melihat Aku dengan muka penuh Annoyed. Keluhan kecil terbit dari bibirnya,Dia menghulurkan Aku Kotak Hadiah yang kecil.

"Apa ni?"

"Hadiah, Buka la.."

Aku membuka dengan muka yang tertanya-tanya. Akhi hanya tersenyum melihat ke arahku.

"Camera Fuji film?! Terima Kasih Akhi!"

Aku terus memeluk Akhi, setelah membuka hadiah tersebut. Akhi hanya menggosok tubuh belakangku. Aku melepaskan pelukan, dan melihat hadiah itu dengan seronoknya.

"Syukran Akhi. Hana, Suka sangat dengan hadiah ni."

Ucapku dengan senyuman semanis gula.

"Tahniah tau. sebab dah Shahadah."

Ucap Akhi, Sambil menggosok kepalaku. dah terasa macam jadi anjing pulak.

"Tahniah Anak Abi.."

Aku melihat ke arah lelaki separuh abad itu. Mukanya yang tampak letih di ukirkan senyuman hanya untuk mengucapkan tahniah kepada Aku, Aku rasa, seronok sangat.

"Terima Kasih Abi.."

Abi senyum dan Fokus kembali terhadap pemanduannya. Mataku tidak lepas dari melihat Abi. Aku tau, apa yang Abi sedang lalui, dan....kenapa kadangkala Abi terlalu penat.

Abi cuba menyorokkan perasaan sedihnya, dan rasa letihnya di hadapan orang lain. kerana dia tidak mahu orang lain merisaukannya. Dia manusia yang terlalu baik untuk Aku. sehingga Aku sendiri pun rasa, Aku takkan dapat jadi seperti dia.

"Hana okay?"

Lamunan Aku terhenti. Akhi melihat Aku dengan Muka risaunya. Aku hanya tersengih dan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Okay tak ni? Ada apa-apa tak kena ke?"

"Tak ada apa-apa, cuma...Teringatkan Lee Jongsuk.."

Kataku sambil memuncungkan bibir. walaupun secara realitinya, Aku tengah pakai purdah. dan...dia bukan Bukan nampak pon, Aku punya muncung. Akhi melihat Aku dengan muka (-_-).

"Fikir comel ke muncung-muncung mulut dalam purdah?"

Soal Akhi memerli.

"Ehhhh!! Macam mana boleh nampak. Hana tak bukak purdah pon!"

"Hana kena ingat. purdah tu kain, bukannya perisai besi, kalau dok muncung orang tak nampak. Lagi Satu, Apsal nak kena ingat Lee Jongsuk sekarang ni? Akhi kan ada, Lagi hensem kot...Muka Akhi macam Ala-ala Shawn Mendes jee.."

Nak muntah Aku dengar orang tua+kurang vitamin ni perasan. Ada ke..dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni, Dia hanya perasan yang Dia Ala-ala Shawn Mendes? ish! Pleaselah! Muka dah macam Park Seojun adalah..

"Umi, Umi ada baldi tak, Hana nak muntah la.."

Aku membuat gaya seperti nak muntah. Umi dan Abi hanya tergelak melihat karenah Aku. Akhi pula, menyelang tangannya dan Memuncungkan bibir tanda merajuk.

"Mulai sekarang, Abang tak nak cakap dengan siapa-siapa yang ada kat dalam kereta ni. Abang merajuk! BWEEEKK!!"

Akhi menjelirkan lidahnya ke arah Aku dan terus melihat ke arah tingkap tanda merajuk. Aku hanya tersengih melihat karenah lelaki berumur 26 tahun itu. Aku memegang tangan Akhi, dan mengusap tangannya tanda memujuk.

"Alaa...Sorry la baby. Jangan la merajuk.."

Kataku dengan menggoda sedikit. Akhi melihatku dengan mata yang bulat. Dia terus menepis tanganku.

"Eeeii!! tak ingin Akhi jadi BABi Kau! Meremang bulu Roma Akhi! Dah! Akhi tak merajuk!"

Aku tergelak melihat gelagat Akhi. Mukanya menjadi merah padam. mungkin kerana terlalu jijik dengan cara Aku tadi. Hahahaha!

"Lepas ni, Hana nak buat apa? Ambil Alimah? Ke ambil SPM? Ataupun, mengajar kat madrasah?"

Soal Umi. Aku hanya tersengih dan memandang Akhi. Akhi membuat muka terkejut. Manakala Umi dan Abi hanya menunggu jawapan Dari Aku.

"Hana nak...Kahwin!"

Jawapan Aku membuatkan Umi, Akhi dan Abi terkejut. Aku pula hanya tersengih seperti tiada apa-apa berlaku.

"Apa yang Hana mengarut ni! Hana tau tak! Hana ni muda lagi! Umur Hana baru 18 tahun! Banyak benda Lagi yang Hana boleh buat!"

Umi mula menengking Aku. Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Aku.

"Hana tak peduli! Hana nak kahwin jugak! Hana bukannya Budak kecil lagi!"

Aku pula yang mula mengamuk. Akhi sudah mula memegang Aku. takut-takut Aku buat perkara yang bukan-bukan pula.

"Hana ingat kahwin tu senang? Ingat! Kalau Hana Kahwin. Hana kena pikul tanggung jawab sebagai isteri, ingat tu!"

Umi mengingatkan Aku dengan tegasnya. Aku mengeluh berat. Aku melihat Umi dengan pandangan yang tajam.

"Hana dah ready dengan semua benda tu. Hana tak peduli...Hana tetap nak kahwin."

Umi mengeluh berat, Dia memegang bahu kiri Abi.

"Abang cakap la, dengan Anak Abang ni elok-elok.."

Ujar Umi dengan letihnya. Abi Hanya tersenyum tenang, sambil fokus dengan pemanduannya.

"Tak mengapalah, Dia dah memang ready nak kahwin. Kita nak buat macam mana. Lagi satu, benda yang baik ni..kita tak boleh lambat-lambatkan. Fathimah R.Anha pun Kahwin waktu umur 18 tahun."

Kata Abi dengan senyumannya tidak pernah lekang. Umi hanya mengeluh dan diam sahaja. Nak membantah tak boleh, Apa yang Abi cakap ada betulnya.

"Jadi Abi, sekarang ni...Kita perlu carikan calon untuk Hana la?"

Soal Akhi, Abi hanya mengangguk. Aku pula, hanya tersenyum malu-malu kucing. huhu..nampak sangat gatalnya!

"Abi ingat, nak jodohkan Dia dengan razif. Tapi, tu la masalahnya...Dia gelandangan. Tak ada tempat tinggal. Kerja pun tak nak cari. Boleh ke Farhana Aisyah?"

Soal Abi dengan nada bergurau. Aku pula hanya tersenyum lebar dan mengangguk.

"Boleh je! Hana boleh tanggung Dia!"

Kataku dengan bangganya. Umi dan Abi melihat sesama sendiri dengan mata terbeliak. Manakala Akhi hanya menepuk dahinya sendiri.

"Ha! Akhi Ada idea! Apa kata kita jodohkan Hana dengan Pak Othman yang dah duda 15 tahun tu. Kesian Dia, Dia dah tua. isteri pulak, dah lama meninggal. Anak-anak pulak bekerja, Kesian Dia. takde siapa nak jaga. kalau kita kahwinkan Hana dengan Dia, nnti Hana boleh tolong jaga Dia. Betul tak Hana?"

Aku mengangguk dengan senyuman selebar-lebarnya, walaupun secara realitinya. Aku pakai purdah.

"Betul tu! Hana boleh je kahwin dengan Atok Othman tu! Sweet apa! Dia setia orangnya. Isterinya dah meninggal 15 tahun yang dulu pun. Dia still tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang. so, Hana ready je kahwin dengan Dia."
Mulut Akhi terngangah seperti gua yang boleh memuatkan 10 orang di dalam. Umi dan Abi sekali lagi melihat sesama sendiri setelah mendengar penjelasan Aku.

"Err...Sayang, Abang rasa Anak kite ni dah kritikal sangat ni."

Bisik Abi kepada Umi. Umi hanya melihat Aku dengan mata terkedip-kedip kerana tidak percaya.

"Err....Kita Sambung bincang Hal ni, dekat rumah."

Kata Abi, dan terus fokus terhadap pemanduannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience