Bab 10

Thriller Completed 5367

Pada sebelah paginya Tia bejumpa dengan ustaz tersebut dan menceritakan semua cerita nya. "ustaz apa yang patut saya buat?" tanya Tia kepada ustaz. "kita tunggu malam ini jam 11:11 malam nanti saya akan cuba usahakan untuk memulihkan keadaan.Tia banyak kan berdoa dan dekatkan diri dengan Allah inshallah semua kerja kita dipermudahkan". jawab ustaz dengan suara yang tenang.

Ustaz pun tiba ke rumah Tia tepat jam 11:11 malam dan Tia sudah menutup telefon nya dan jam menunjukan 11:12 malam. Tia dan ustaz terdengar bunyi muzik tarian yang sangat halus bunyi nya seakan-akan muzik tarian yang zaman dahulu kala. Tia mula berasa takut dan ustaz memulakan tugas nya. "tupp!" Bunyi pintu seakan-akan ditolak dengan kuat Tia masih dalam keadaan yang ketakutan dan dalam masa yang sama ustaz masih meneruskan tugas nya.
"Aaaaaaaa!" Tia menjerit lalu ustaz pergi ke arah nya dan ustaz cuba untuk mengeluarkan makhluk halus yang merasuk badan Tia pada malam tersebut."Tia! Tia! " kata ustaz selepas mengeluarkan makhluk halus tersebut Tia pengsan dan tidak menyedari diri. Ustaz masuk kembali ke rumah Tia untuk melakukan tugasan nya yang belum selesai.

" Alhamdulillah " kata ustaz selepas dapat membersihkan segala makhluk halus di dalam rumah Tia yang menggangu nya selama ini. Ustaz terus kembali ke luar rumah utk melihat keadaan Tia." Tia! Tia! "kata ustaz untuk menyedarkan Tia. Tak lama kemudian Tia pun sedar dan menanyakan kepada ustaz apa yang terjadi pada rumah nya." ustaz macam mana dengan rumah saya ustaz? " kata Tia dengan suara yang seakan-akan sakit." Rumah Tia dah selamat untuk tinggal sekarang" kata ustaz dengan gembira dan tersenyum Tia pun turut tersenyum dan senang hati. "oh ya ustaz nak tanya kamu apa yang kamu dah buat sehingga rumah kamu dihuni oleh 11 ekor makhluk halus?" tanya ustaz kepada Tia. "hmmmm.....saya pun tak... tak tau." jawab Tia pada ustaz dengan gagap kerana takut untuk berterus terang. "Ohhh.. Kalau begitu ustaz balik dulu lah. Kamu jaga diri" jawab ustaz dengan bersahaja. "terima kasih ustaz" jawab Tia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience