BAB 17

Family Completed 4285

“Wah, cantiknya hantaran-hantaran ni! Siapa yang gubah ni?”, tanya Puan Fatimah kagum melihat hantaran pernikahan anak gadisnya itu digubah dengan begitu cantik dan teliti. “Sape lagi umi, ENoni la yang gubahnya. Cantikkan umi?”,kata anak gadisnya Karla. Karla ialah kakak kepada Nasuha yang akan berkahwin esok hari.

“Subhanallah ye ke? Cantik sangat. Pandai Noni gubah”,puji Puan Fatimah lagi. Asha tersenyum mendengar pujian yang dilemparkan kepadanya. “Tak de lah mak long. Biasa je lagipun kalau yang lawa-lawa tuh Melor dengan Hasya yang gubah”,jawab Asha mula berdalih. “Amboi, jual nama aku pun agak-agak na chek. Aku ni dari pagi lagi duk sibuk kat dapuq sana nuh. Tak usik langsung bab-bab hantaran ni. Kalau aku yang usik, hancoq jawabnya”,kata Melor yang entah bila muncul dari dapur. Tahu-tahu saja orang seru nama dia.

“Cantik sangat Noni. Mane Noni belajar bab-bab hiasan semua ni?”,tanya Puan Fatimah sambil duduk bersimpuh di sebelah Asha. “Alhamdulillah. Em, tok wan yang banyak ajar Noni buat hiasan semua ni sebab tok wan dulu suka anyam tikar, bakul ”,cerita Asha. “Oh, ya? Tok Wan Noni jual ke? Berapa ringgit? Mak Long suka barang-barang yang anyam ni, cantik je tengok”,tanya Puan Fatimah yang lebih senang dirinya disapa mak long itu.

“Em, tok wan jual tapi dulu lah sebelum dia sakit cancer. Bertahun jugak tok wan tinggalkan kerja buat bakul dan tikar tuh sampailah tahun lepas, dia tinggalkan kami semua. Masa tuh hari Noni ambik result SPM”. Mata Asha mula berkaca. Dia memang mudah sahaja rebah apabila bercerita tentang insan-insan yang amat penting dalam hidupnya itu.

Puan Fatimah yang menyedari air muka Asha mula berubah terus memeluk bahu anak gadis itu, “Mak long mintak maaf ye Asha. Tapi, apa-apa pun Asha sabar ye, Allah lebih menyayangi dia”. Puan Fatimah mengeratkan lagi pelukannya memberi ketenangan buat Asha. Asha hanya membiarkan sahaja namun jauh di situ hatinya dia sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan insan-insan yang sangat menyayangi dan mengambil berat akan dirinya.

“Assalamualaikum”. Kedengaran suara beberapa orang lelaki memberi salam dari luar rumah. Karla yang tadinya duduk di atas kerusi di ruang tamu, bangun untuk melihat gerangan tetamu yang datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience