chapter 10

Romance Series 30650

Kerana keletihaan melalui penerbangan yang agak lama semalam mereka hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. Hari ini baru mereka merancang untuk berjalan - jalan di Edinburgh.

Pagi ini mereka bersarapan di rumah. Nasib baik dari awal lagi penjaga rumah ini sudah dipesan agar membeli barangan dapur. Bukan apa tekak melayu, hendakkan air tangan melayu juga. Walau kemana pun merantau.

"Abang, sebabkan semalam abang sakitkan hati Atim, hari ni abang kena ikut Atim jalan - jalan. Atim yang pilih tempat mana nak pergi." Fatimah memulakan bicara lalu mentambung suapannya.

"No, esoklah. Hari ni biar mummy and daddy yang pilih mana nak pergi. " sebagai anak Adam selalu mendahulukan orang tuanya.

"Nope daddy dah plan untuk jalan berdua je dengan mummy sepanjang kita kat Edinburgh ni." sampuk Tan Sri Daud, sambil mengerling kearah Puan Sri Aminah yang sudah mengangkat kedua - dua ibu jarinya.

" What? tak cerita pun" Atim dan Adam bersuara serentak.

"mummy, daddy ni fmily trip bukan date trip la. Tak best la jalan dengan abang. " renget Fatimah manja.

" Ala biar la Atim, mana tahu Atim dapat adik baru lagi ker? " Adam berseleroh.

"Hello doktor Adam, merepek ae. Cubit karang baru tau. " Atim dari kecil memang pantang dengar dia akan dapat adik baru ,pasti melenting.

Terus pecah tawa yang lain. ingatkan dah besar tak lah dia melenting rupanya sama juga.

" hahahahah Atim ni dari kecil sampai sekarang sama je kan. Cemburu tak habis - habis. So puteri tunggal kesayangan semua, hari ni nak kemana. Abang ready nak keluar duit ni. "

"yeah..., mula - mula kita pergi Princes Street Garden dulu. Next places nanti Atim bagitahu. "

" situ lagi, aishhhh yelah - yelah. Makan cepat lepas ni kita gerak. "

" yeahhhh sayang abang" kata Atim sambil bertepuk tangan kegirangan.

Adam telah pun mendapatkan pemandu peribadi sepanjang mereka di Edinburgh ini. Meskipun sebenarnya lebih mudah dan jimat sekiranya dia menggunakan pengangkutan awam. Sengaja dia mendapatkan perkhidmatan pemandu peribadi kerana waktunya lebih fleksible. Tengah - tengah malam pun mudah dapat kan driver jika ada kecemasan.

"The Princes Street Gardens, laid out between the Old and New towns in the drained lake bed of the old North Loch. I really love this place abang. " ujar Atim dengan terujanya.

"untuk kali ke seratus lima puluh juta, Atim kata kat abang pekara yang sama. " Sengaja Adam mengusik adik nya menggunakan lagu 150 juta.

" Bencilah"

"bencilah, benci. Balik sendiri Abang tinggal kan Atim kat sini" kata Adam lalu berpusing. Sengaja nak tunjukkan dia benar - benar nak pergi.

"Pergilah, Atim bole cari jalan balik. Kalau Atim tak jumpa jalan balik, abang tak payah jumpa Atim lagikan. " Fatimah sengaja berkata begitu dia tahu Adam sangat prihatin terhadap keselamatanya.

" ehhh budak kecik ni, ugut - ugut kita pulak. Dah jom, Atim mesti nak pergi kat jam tu kan. "

" Bagus pandai, ni yang sayang kat abang ni"

Mereka kini sudah berdiri di berdekatan 'floral clock' kegemaran Atim.

" what make you love this place ao much?" tanya Adam bersahaja.

"this floral clock, is the first floral clock in the world"

"wow, i just know about this"

"abang memang, dah dekat 10 kali ke sini, tetap tak tahu. Datang tempat - tenpat macam ni, ambil tahu lah kisah - kisah dia bukan ambil gambar je. Pastu post kat instagram. Pastu letak caption acah - acah. Padahal apa pub tak tahu pasal tempat tu"

" okay, sorry. Then tell me more about this places. Let me learn"

" okay, dengar ni. For the first 100 years, West princes street garden ni adalah private amenity. then lepas tu baru tempat ni opened to the public"
"Itu je? Lagi? "

"Nak tahu pergi google sendiri"

"Okay nanti - nantilah"

"Abang ni, nampak sangat tak berminat dengan tempat ni"

" you know right, i dont really like this kind of places. "

"hurmmm jomlah pergi tempat lain. "

" No, no. Abang teman Atim kat sini. Sejam lagi baru kita pergi tempat lain. "

"yakin boleh stay sini sejam lagi? "

"yes, kalau kita bergeraklah. Kalau kita dok tenung jam ni memang lah tak boleh bertahan lagi sejam. "

" ye, ye jom jalan - jalan area sini"

"jom, " Adam berkata lalu terus menggapai tangan adiknya. Orang sekeliling pasti menyangka bahaea mereka ini pasangan suami isteri. Berpeganggan tangan, bergurau senda .

" others will think I'm your wife or girlfriend. " Fatimah bersuara memecah kebisuan antara mereka.

"why,? tak salah kan. Kita siblings kot. lagipun sekarang ni, hanya ada dua perempuan je yang halal abang pegang tangan dorang. Mummy and you. As a brother of you, i want to treat you as what you deserve. Nanti Atim dah kahwin abang mesti suami Atim pula yang pegang tangan Atim. Masa tu takkan abang nak berebut dengan suami Atim pula"

" Ala nanti time tu abng pegang tangan wife abang pula ya. Abang, you know what abang, bila dengar abang cakap macam tu. You become the benchmark untuk Atim cari life partner Atim. "

" mestilah, lelaki tu kena lebih baik dari abang. I treat you like this, so that you know you are so precious , no one is deserve for you, if they cant treat you as well as what i do or better than me. faham"

"Faham" jawab Atim bernada sayu. Terusik dia dengan kata - kata abangnya. Abang dan daddy menjadi sebab kenapa dia tidak pernah mahu bercinta dizaman sekolah dan universiti. Mereka berdua sangat menjaga dirinya. Mana mungkin hatinya terbuka untuk lelaki - lelaki lain, yang belum tentu dapat melayaninya sebaik ini. Mana mungkin dia serahkan hatinya kepada lelaki lain, yang belum tentu jodohnya. Lagipun dia sedar haram hukumnya bercinta. Dia tak mahu abang, daddy dan mummy terpalit dosa akibat dirinya

"abang, after you get married one day. Promise me, still be my brother, i really hope, no matter what happened, Atim still dalam priority list abang okay. Abang hanya boleh kahwin dengan perempuan yang tak kisah kalau Atim nak manja - manja dengan abang. Boleh? "

"Boleh sangat - sangat. InsyaAllah" meskipun bersahaja Adam benar - benar maksudkannya. Dulu dia mula meminati Hadyrah kerana perwatakan Hadyrah yang saling tak tumpah seperti Fatimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience