Rate

Wanita gaun merah

Horror & Thriller Series 311

Usai sahaja mendaftar diri di pejabat urusan asrama, Syazu bangun lalu menjinjing beg yang berwarna merah muda itu ke tempat duduknya untuk menunggu giliranya. Sementara itu kawasan pejabat urusan sekolah kelihatan agak sunyi kerana ramai guru masih lagi sibuk dengan urusan masing2
"Nur syazu binti hashim. "
Syazu terkejut kerana namanya di panggil oleh kerani yang bertugas di situ.
" Ya, saya. "
"Ini kunci bilik dorm awak, dan senarai nama roomate awak. Asrama awak terletak di bawah berhadapan bukit tepi surau, bilik nombor 5, tingkat 2,blok C. Ok. "

"Ok, cikgu.. terima kasih. "
Habis sahaja sesi perbualan syazu dan kerani bertugas, syazu terus berlalu pergi ke ruangan ibubapa, dimana tempat keluarganya menunggu.
"Mummy, daddy, syazu dah nak gerak ni. Syazu harap mummy, daddy jaga diri elok-elok tau. Syazu sayang mummy and daddy. " seloroh syazu.
"Alalala, anak mummy ni, jangan lah macam ni!! Tak comel. Kamu sepatutnya dah boleh belajar hidup berdikari sayang. "
"Haah, betul cakap mummy kamu tu syaz, daddy nak kamu belajar hidup sendiri, sayang. "
"okey mummy, daddy. In sha allah. bDahlah syaz nak gerak dah ni!! Bye. assalamualaikum. "
Syazu menyalam. kedua-dua orang tuanya sebagai tanda hormat terhadap mereka.

"Bye sayang... "balas nita mummy syazu.
Selepas kedua-dua orang tua syazu pergi meninggalkanya,syazu bergegas pergi ke dormnya.
"Finally sampai juga. Fuhh penat jugak dari dataran nak ke sini.hurmm mana ehh dorm aku, ni dah kat tingkat 2 ni!! nombor 5,ni baru nombor 2,3,4 ehh lima mana.. bebel syazu sendiri.
Tiba-tiba ada suara yang menegurnya.
"Asslm, awak ni siapa ye?? "
"wasalam, terkejut saya, erkk saya syazu.. pelajar kelas sains kat sini, baru jer daftar,sebelum ni saya sekolah menengah harian je. "
" ohh syazu, hai syazu nama saya qistina,panggil qis jerr, so awaklah pelajar yang cikgu zilah bagitau.. "
"Yes, kalau macam tu awak mesti roomate saya, betul tak??"
" Haah, betullah tu, jom saya tunjuk bilik kita."
Qis menunjukkan arah bilik mereka kepada syazu.
" Guys!! ni dia roomate baru kita.. syazu. "kata qis
"Perghh lawanya dia ni, hai syaz nama aku ainatarmizi.panggil ina jer..
"Eehhh, membodek nampak, tak payah nk jadi les kat sini. jijik aku. sampuk jannah
"Yalah kau ni!!sibuk jer, hah syazu yang bebel macam makcik. tua ni, jannah. Ramai panggil jan. Yang tengah baca novel kat hujung tu pulak, syukrina, panggil rina jer." seloroh ina
"Ok, nama saya pulak syazu, panggil syaz je. "
"Okeyh, i understand.. Disebabkan syaz budak baru, sebagai orang lama lah kan, you wajib tahu tentang semua cerita seram kat sini. okeyh." kata ina
"Cerita seram?? ada ke?? " tanya syazu sambil melabuhkan punggungnya di kerusi belajar.
"of cuz ada syaz, tak sah kalau sekolah asrama tak da kisah seram dia. sampuk rina yang entah bila sibuk mendengar perbualan mereka.
Disebabkan perkara ini, syazu seperti teruja untuk mengetahui kisah silam asrama ini.
"Cepatlah cerita,excited nak dengar ni" kata syazu.
" Ok, atcually sekolah ni dulu tempat bridal terbesar kat Pahang ni tau.Ramai orang yang ternama buat wedding family diorang kat sinit,tapi lepas satu kes mengerikan berlaku 12 tahun lalu bridal ni terus tak beroperasi,sebab ramai pasangan went diorang datang nak tengok bridal ni, diorang akan terserempak dengan wanita gaun merah,wanita tu akan tanya mana baju pengantin aku and apa yang scary nya wanita tu still ada sampai sekarang, ramai senior kata yang diorang pernah nampak wanita tu kat sekitar dewan bahasa yang dulunya dewan wedding. "terang ina panjang lebar.
"Serius lah, tapi boleh tak syaz nak tau something.??"
" Tau apa?? "tanya ina kehairanan
" Kes apa yang membuatkan sampai bridal ni ditutup, and macam mana bridal ni boleh jadi asrama?? "tanya syazu.
"Yang tu... ina tak boleh jawab, kalau syaz nak tahu, syaz boleh tanya senior, kak mawar.. Dia student paling lama kat sini."
"Oh, okey.. Kak mawar tu duduk dorm mana ehh? "tanya syazu untuk mendapatkan kepastian.
"Nanti waktu malam, syaz boleh jumpa dia. " sampuk jannah.
" ouhk,thanks."balas syazu.
Apabila matahari kian tenggelam, para penghuni asrama puteri dan putera bergegas ke surau untuk menunaikan solat,berbanding dengan syazu,dia terpaksa duduk di biliknya saja kerana datang bulan.
"Haih ????,bosannya tak leh nak buat apa-apa, bosan ni!! Ermm duduk kat luar koridor ambil angin lagi best. bebel syazu sendiri.
Syazu bingkas bangun dan mencapai tudung sarungnya lalu bergerak luar ke koridor.
"Wah!! lawanya permandangan kat sini, kalau lah boleh bawa phone boleh selfie and update kat ig story takpe jugak. bebelnya lagi
Semasa enak menghayati pemandangannya tersebut,syazu tergamam apabila betul-betul di hadapan pandangan terdapat gerangan wanita mengenakan gaun berwarna merah. Dia tersentak, lalu mengingati tentang perkara yang diceritakan oleh roomatenya, ina.
"Ishh, tak mngkin!! maybe akak senior kot,sekarangkan banyak telekung warna-warni. isshh, better aku masuk..
Syazu berasa tidak sedap hati, dia masih memikirkan tentang apa yang dilihatnya tadi.. Tanpa sedar, ada sesuatu yang menegur syazu..
"Heyhh, budak.. "tegur mawar
Syazu terkejut kerana namanya di panggil lalu mengalihkan pandanganya ke arah suara tersebut.
" Ye, akak panggil saya ke?? "
"Ye, aku panggil kau.. kau buat apa kat sini sorang-sorang.? tanya mawar.
"Saya uzur kak, so roomate saya kata just stay kat sini je. Ermm akak jemputlah masuk, takkan nk berdiri kat luar jer. "jemput syazu.
Mawar yang ada di tepi dinding,masuk ke bilik syazu lalu melabuhkan punggunya di atas katil bersebelahan syazu. Lalu bertanyakan soalan
"Kau nampak diakan?? "terbit soalan itu dari mulut mawar.
"Siapa,saya tak faham? "jawab syazu kebingungan.
"Wanita gaun merah!!"
Alangkah terkejutnya syazu apabila perkataan itu keluar. Tidak mungkin aku nampak dia.. bebel syazu di dalam hatinya.
"Tak saya tak tahu, tapi saya ada nampak pakaian berwarna merah. Kenapa itu dia ke?? tanya syazu.
Mawar hanya diam seribu bahasa,dia tidak membalas pertanyaan yang diajukan syazu.. Yang dia tahu ikan sudah pulang ke lubuk asalnya. Syazulah pengganti paling sesuai bagi meleraikan rahsianya yang di genggam selama 12 tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience