Rate

Cinta Zaman Sekolah

Romance Completed 3740

Pada Suatu Hari, ada seorang budak perempuan yang bernama Nur . Nur seorang budak yang pandai dan cantik akan tetapi dia menyukai seorang budak lelaki yang bernama Daniel . Daniel ialah seorang budak yang kacak tetapi nakal. Jadi bermulalah impian Nur untuk mula berkenalan dengan Daniel. Pada awal dia berkenalan dengan Daniel dia bergaduh dengan Daniel kerana sewaktu dia melihat seorang budak kecil di buli oleh Daniel. Jadi selepas kejadian tersebut ,dia menjadi benci bila bertembung dengan Daniel.Pada suatu pagi , dia teringat pada peristiwa yang lepas dan dia terasa rindu terhadap Daniel dan bertekad untuk menulis surat yang berisi (Saya minta maaf tentang pergaduhan minggu lepas) dan meminta rakannya yang bernama Hanis untuk menghantarkan surat tersebut kepada Daniel kerana Daniel ialah abang kepada Hanis.Jadi selepas Hanis memberikan surat tersebut kepada Daniel. Daniel terus mengambil surat tersebut dan terus membaca isi kandungan dalam surat tersebut . Hanis meminta Daniel menceritakan apa yang berlaku supaya Hanis dapat melakukan sesuatu supaya Daniel dan Nur berjumpa dan menjadi rakan .Keesokkan harinya,Hanis memulakan rancangannya untuk menyatukan Daniel dan Nur untuk menjadi sahabat .Akan tetapi, Hanis terkejut kerana rancangannya menjadi lebih teruk kerana Daniel dan Nur bukan menjadi sahabat. Akan tetapi menjadi seperti sudah terkena (Virus Cinta Monyet).Hanis lalu membiarkan Daniel dan Nur dan tidak mahu menyibuk dan masuk campur lagi tentang percintaan Daniel dan Nur.Di sekolah, Daniel dan Nur sering meluangkan masa bersama tak kira dimana jua. Akan tetapi pada suatu hari cinta mereka berdua tidak berkekalan kerana Daniel perlu berpindah ke sekolah baharu kerana Ayah Daniel (Encik Mustafa) ditawarkan untuk berkerja di Langkawi. Jadi sebelum Daniel sekeluarga bertolak ke Langkawi, Nur dengan perasaan yang teramat- amat sedih membuatkan Daniel sedih juga lalu memberi hadiah yang khas untuk Daniel lalu berkata (Daniel jaga barang yang Nur bagi ni . Tentu satu hari kita akan berjumpa)lalu selepas Daniel bertolak pergi ke Langkawi Nur dengan perasaan sedih pulang ke rumah . Selepas 20 tahun kemudian, Nur ditawarkan pergi ke Paris . Jadi dengan tidak membuang masa Nur terus menerima tawaran tersebut dan bertolak pada keesokkan paginya. Sesampai di Paris, Nur terus mencari hotel dan mendapatkan bilik hotel yang sangat selesa . Keesokkan harinya, sewaktu Nur habis berkerja alangkah gembiranya hati Nur bila bertembung dengan Daniel . Akan tetapi Daniel tidak tahu siapakah orang yang menyebut namanya saat bertemu dengannya Daniel mula menyedari orang itu ialah Nur saat melihat tangan Nur yang mempunyai tanda lahir bentuk segi tiga . Tanpa membuang masa Daniel terus melamar Nur . Mereka berkawin di Malaysia dan mempunyai 3 cahaya mata dan mereka hidup bahagia hingga ke hujung nyawa mereka.Itulah kisah tentang Daniel dan Nur yang saat dulu mula benci jadi rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience