Rate

BAB 1 : WALK IN

Short Story Series 4242

Bunyi deringan telefon bimbit itu telah mengejutkan Roy yang sedang nyenyak tidur dibuai oleh mimpinya. Dengan malas Roy menghulurkan tangan ke telefon bimbitnya sekaligus mematikan deringan telefon bimbit itu daripada terus memecah gegendang telinga Roy.

Roy merupakan pelajar tingkatan 4. Dilahirkan di Sarawak. Pagi ini membuatnya berasa berdebar-debar kerana pagi ini bukanlah seperti pagi-pagi yang biasa di mana Roy akan ke sekolah dengan menggunakan motosikalnya. Pagi ini merupakan "interview" di salah sebuah sekolah yang terletak di Sabah. Sekolah yang telah menjadi pilihannya untuk meneruskan pembelajarannya.

"Roy! Cepat sikit, dah lambat ni". Jerit Puan Jeccy iaitu ibu kepada Roy.

"Kejap, sikit lagi ni". Balas Roy pendek.

Sebaik sahaja nampak Roy keluar dari biliknya, Puan Jeccy terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta sambil melihat gelagat anaknya yang sedang mengusai rambutnya depan cermin. Puan Jeccy berfikir bagaimana kehidupan sehariannya bakal berlalu jika anaknya diterima di sekolah itu.

"Ma, passport dah bawa ?". Tanya Roy.

"Dah, Cepat sikit. Nanti lewat kita nak sampai". Kata Puan Jeccy sambil jari telunjuknya menunjuk jam yang membaluti pergelangan tangannya itu.

"Baiklah ma". Jawab Roy ringkas.

Sebaik sahaja badan kereta Puan Jeccy yang diundurnya itu keluar daripada kawasan meletakkan kenderaan di dalam rumah, Roy terus menutup pagar rumahnya yang dicat berwarna hitam emas itu dan masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience