Rate

bab 1

Horror & Thriller Series 353

Dingin malam berlalu sepi. Tiada sahutan pungguk yang rindukan bulan. Samar - Samar cahaya bulan menerangi alam.

Jauh di pinggir hutan Kampung Cemara, sesusuk tubuh sedang ligat menggali lubang. Peluh yang mengalir membasahi badan tidak dihiraukan. Sesekali dikerling pada sekujur tubuh yg terikat kemas berhampirannya. Tidak terkutik langsung. Diam dan kaku.

Setelah berpuas hati dengan lubang yang digali, tubuh kecil gadis yang terikat didorong kasar. Kedebukk !! Tergolek dia mencium tanah. Lekas - lekas dikambus tanah biar rata.

Tanpa disangka, gadis yang disangka pengsan itu membuka mata. Matanya terbeliak. Jelas ketakutan di wajah. Erangan tanpa suara dari mulut yang tertutup pita pelekat. Air mata laju mengalir membasahi pipi.

Ikatan di tangan cuba dilerai namun tiada berjaya. Badan dironta kasar berulang kali. Kepala didongak mencari gerangan memohon pertolongan.

"Maafkan aku, Lis. Aku terpaksa. Demi keluargaku."

Tanah dikambus kembali. Membiarkan si gadis terus meronta sehingga jasadnya hilang dari pandangan mata. Setelah itu, langkah kaki diatur meninggalkan kawasan tersebut. Tanpa sesal akan tindakan kejamnya itu.

***********

2 tahun kemudian...

” Uuwekk...uuweeek...!!!"

Bayi lelaki seberat 3.2 kg dibawa kepada sang ibu. Sang ibu nyata kelelahan setelah bertarung nyawa melahirkan bayinya. Maria tersenyum lemah saat melihat anaknya. Perasaannya bercampur baur.

" Tahniah puan. Boleh sebutkan jantina anak?" ujar jururawat Lina.

"Lelaki,"

Bayi tersebut diletakkan di dada Maria. Sentuhan kulit ke kulit dilakukan. Bayi Maria terdiam saat bersentuhan dengan ibunya. Perlahan-lahan mulut mungil si kecil cuba menyusu. Jururawat Lina membiarkan sebentar dan membereskan saki baki kerjanya yang lain sebelum memindahkan pesakit ke wad.

" Waris Maria bt Mahmud sila ke depan untuk proses kemasukan pesakit ke wad 1B! " laung suara jururawat yang bertugas di hadapan kaunter Dewan bersalin.

Haikal segera mendekat ke kaunter jururawat apabila mendengar pengumuman tersebut. Gembira tidak terkata apabila mendengar khabar isteri Dan anaknya sihat Dan selamat. TIdak sabar mahu dipangku dan diazan zuriatnya sendiri. Lafaz syukur diulang-ulang di dalam hati.

TIdak lama kemudian, strecher isteri dan anaknya keluar dari Dewan bersalin. Haikal mampir dan turut serta menuju ke wad. Dibawa bersama kelengkapan isteri dan anaknya. Khabar kelahiran anaknya akan dimaklumkan kepada keluarga usai segalanya selesai.

pabila pena berbicara ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience