Rate

Prolog

Horror & Thriller Series 1130

Endang memegang perutnya yang sarat dan kelihatan amat berlainan dari perut ibu mengandung lain. Urat urat timbul seakan akan rekahan berselirat. Endang tidak kuat. Sakit pada perutnya ibarat hendak meletup dari sejak dia dikatakan mengandung hingga diusia tujuh bulan ini, malah lebih sakit.

Endang harus kuat. Walaupun 'anak' didalam kandungan nya ini mendatangkan kesusahan dan kesakitan bagi dirinya, sungguh didalam lubuk hati sebagai seorang ibu, dia amat menyayangi sekujur jasad yang belum lahir ini sepenuh hati.

Puas dia berlari dari dikejar. Segala rintangan lalang dan duri, batu dan tunggul telah Endang tempuhi sedari dia sudah jauh berdiri di dalam kegelapan hutan. Endang merebahkan tubuhnya diatas tanah dibawah kaki pokok ara dia menyerahkan segala apa pun pada tuhan.

Belum pun puas kepenatan nya hilang, bunyi derapan kaki memijak ranting membuatkan Endang tersedar dan menyambung untuk menyelamatkan dirinya serta anak didalam kandungan nya. Ternyata benar, sebaik Endang menoleh dalam lari nya dia melihat beberapa sosok manusia berjubah merah tidak jauh dibelakang.

Endang menguatkan langkah nya berlari dan belum sempat pun luka terkena duri tadi nya mula mengering kini ditambah luka lagi. Kaki Endang mulai lemah dan hilang kestabilan lalu tergelincir jatuh ke jurang. Tubuh Endang terlanggar bebatuan dan pokok kecil dan pandangan matanya yang tadi jelas berubah menjadi semakin gelap.

Didalam penderitaan diambang sakaratul maut dan sakit yang sesungguhnya Endang memegang perut nya.

"Ya tuhan, se... laaa... mat kan... anak ku... Danang Anum" Selesai mengungkap doa nya, Endang merasa nyawanya sudah dihujung hujung dan sudah sampai ajal nya. Endang berserah diri tapi tidak untuk anak nya.

*****

Rambut panjang dan lurus itu disikat rapi. Harum Bau nya serta nyaman. Tangan lembut nya beralih membelai wajah. Membelek kecantikan yang terpampang di hadapan cermin. Mulutnya melirik senyum.

Aku cantik, tapi kenapa tak ada anak macam orang lain? Apa kurang nya aku sampaikan anak pun tak ada? hatinya menghadirkan mendung menghilang kan senyuman yang tadi nya bahagia.

Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, masih belum ada rezki dikurniakan anak. Air mata gugur perlahan menggores pipi tanpa solekan itu. Betapa jiwa seorang isteri seperti dirinya luluh mengenangkan nasib yang menimpa. Terasa bersalah pun ada pada suami nya. Setiap hari berangan angan ingin memiliki zuriat.

"Kenapa nangis nangis ni? Awak okey tak?" Lamunan Aisyah tersentak seketika. Suaminya tercegat disebelah nya dihadapan meja solek.

"Bila abang sampai? Tak bagi salam pun?" Air mata berbaki dikelopak mata di kesat. Tumpuan Aisyah tertumpu pada suami nya.

Malik tidak menjawab malah menanggalkan songkok duduk diatas katil. Badannya disandarkan di kepala katil. Mengumpulkan sedikit tenaga hendak menjawab pertanyaan itu.

"Abang dah bagi salam. Dari depan pintu rumah, sampai depan pintu bilik. Lepas tu sampai abang dah buka pintu pun sayang buat tak tau jer" Gurau Malik dalam riaksi serious.

"Maaf. Tengah fikir pasal..."

"Anak?" Pantas Malik menyoal seakan tahu apa yang bakal terkeluar dari mulut Aisyah.

Aisyah terdiam menatap bola mata suami nya. Malik membalas dengan tatapan sederhana. Malik tidak mahu isu mengenai Aisyah tidak mampu lagi melahirkan zuriat nya di panjang kan.

"Tak. Aisyah cuma fikir pasal arwah Endang. Semua nya berjalan lancar ke?" Aisyah cuba menyembunyikan hal sebenar dengan menukar topik.

"Alhamdulillah... Semua nya okay tak ada apa apa. Jenazah selamat dikebumi kan." Jawab Malik

"Cuma nya... Kesian lah dekat arwah. Semua orang tau arwah mengandung dan arwah meninggal sebelum sempat anak nya dilahirkan lagi." Sambung Malik.

Aisyah terkedu. Beberapa bulan lalu Aisyah sempat bertemu arwah di pekan. ketika itu perut Endang sudah kelihatan sedikit membulat. Aisyah selalu nampak Endang selalu kelihatan sakit dalam keadaan begitu.

Jauh didalam hati Aisyah pada ketika itu teringin sangat anak didalam kandungan Endang menjadi miliknya. Tidak tau kenapa perasaan itu muncul. Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi Endang dan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience