Rate

BAB 2

Drama Completed 293

hari bersejarah dalam hidupku aka hari yang paling tak ku nanti telah tiba. korang pun tau kan. hari ni aku bakal menjadi?????????????????????seorang isteri. oh no, pejam celik pejam celik, aku dah nak nikah. Mama ayah, Wieyna tak nak kawin. tapi kata-kata itu hanya mampuku lahirkan dalam hati. kegembiraan yang terpancar di wajah kedua orang tua ku sahaja sudah mampu membuatku bahagia. insyaallah, sekiranya ini jodoh yang ditetapkan oleh-nya, aku akan berusaha untuk membahagiakan bakal suamiku. perghh, ayat? ayat-ayat cinta dohh...

"Aku terima nikahnya Hanan Darwieyna Binti Haziq Raes dengan mas kawinnya sebanyak RM80" lafaz bakal suamiku. opss, salah, suami sudah.. hehehehe.
sah sah sah. kini gelaran yang ku sandang sudah berubah. dari cik kepada puan. tak sangka yang aku akan kahwin di umur yang sangat muda. sekarang tibalah masa untuk sesi membatalkan wuduk.
apalagi kalau buka sesi menyarunkan cincin dan yang seangkatan dengannya. lanse kamera mula memancar memenuhi ruangku duduki.
mama menyuruh aku melihat wajah suamiku. perghh,, malulah den lagu ni. aku pun dengan perasaan yang berdebar-debar sampai nak tercabut jantung aku nih pun melihat wajah suamiku.
"awak? beruk?" terkejut mama dan saudara-maraku yang duduk berdekatan denganku.
"hah? monyet? kenapa kau kat sini?"balasnya kembali.
"eh, nikan majlis nikah aku. mestilah aku kat sini. ko pulak buat apa menyemak kat sini? sesak mata aku tengok kau." bidasku.
"eh., ni pun majlis nikah aku lah. jadi ini bererti.............."
"kitalah yang kawin nih" serentak kami bercakap. yang lain-lain sudah terpinga-pinga melihat perlakuan kami.
"ni apa cer ni? kenapa yang isteri panggil si suami beruk? kenapa pulak si suami ni panggil si isteri monyet?" tanya ayahku mewakili insan-insan yang berada dalam keadaan keliru.
kami pun menceritakan kisah kitorang dari A sampai Z. adakah patut dorang ketawakan kami? sampai berguling-guling kat lantai lagi tu dorang ketawakan kami. apa kes? ni yang aku tak puas hati nih. aku hanya memandang si beruk aka suamiku ni sebagai isyarat supaya dia menjernihkan keadaan.
tapi boleh-boleh dia buat derk je kat aku. kurang asam sungguh. tak pe ada ubi ada batas, ada hari cik boleh balas. hehehe

hari ni aku dan suamiku 'tercinta' akan pulang ke kota london sebab aku kan still study kat sana. mestilah dia ikut aku. baru-baru ni, aku dapat tau yang dia ni bawa kapal terbang atau lebih dikenali sebagai pailot. tak best lah dapat laki macam ni. asyik ditinggalkan je. ala,, aku peduli apa. dia ada atau tak, takkan beri apa-apa kesan kat aku pun. ye dak? iye la. bukan aku ada perasaan apa-apa pun kat dia. yang aku tak berapa nak suka pasal dia ni, dia tak pakai baju kat rumah. taulah aurat tu batas kat mana, tok sah lah tayang body dia yang bermuscle tuh. pernah sekali aku tegur dia tapi boleh-boleh dia jawab "kitakan suami isteri. tak de batas aurat lah"
aku rasa nak lenyek-lenyek dia buat cekodok. sedap gak. bukan selalu dapat makan macam tuh kat bumi orang putih nih. hehehe. ni kalau dia dia tau nih, mati aku kena bebel. korang nak tau,semalam aku kena kasi tinggal lagi.. dalam seminggu dia cuma ada dengan aku dalam 4 hari. lagi 3 hari tu dia memandu burung gergasi tu.. so aku nak nasihat insan-insan di sana kalau tak nak selalu ditinggalkan janganlah kawin ngan pilot ni. tak best langsung. tak de tempat nak bermanja. bermanja? eh macam pelik je ayat tu. tak yah fikir wahai Wieyna oi.

sekarang ni dah 3 bulan usia perkahwinan aku ngan suami tercinta aku tu aka mohd ikhmal. aku akui sepanjng perkahwinan kami dia tak pernah meninggikan suaranya pada aku. malah dia amat baik kepadaku. aku? masih jugak macam dulu. dingin sangat-sangat dekat dia. tapi itulah sekeras manapun hati aku, aku tetap mulai sayang dengan dia. dalam erti kata lain, aku ah mula belajar mencintainya. lagipun kami dah boleh duduk bersama, borak sama-sama walaupun kami masih belum jadi suami isteri dalam erti kata sebenar.

"Wieyna , awat hang jalan laju sangat? tunggulah aku." ujar mimi dalam kepayahannya mengejarku.
"sorrylah. aku tak perasan tadi. aku nak pi library ni. banyak assignment aku yang belum siap. sudahlah lusa sir nak assignment tu. mati aku."
"hah? kau tak siap lagi? nak korek lubang kubur sendiri ek ko ni? ko dah tau sir aredson tu garang, boleh kau belum siap lagi?" tanya terkejut. siapa tak terkejut dengar statemant aku? sir aredson tu merupakan seorang proffesor yang paling garang kat universiti kitorang. sapa lambat hantar assignment dia pasti akan menerima habuan nya..
"tulah pasal. ni semua pasal ci ikhmal la ni. asyik kacau aku je kerja dia. aku nak siapkan assignment pun tak boleh ada je benda yang dia nak buat aku mengamuk satu rumah." ujarku.
"apa yang dia dah buat? cuba cer sikit kat aku?" tanya nya penuh curious.
"kau tau hari tu, aku tengah tekun tahap gaban buat assignment, tiba-tiba dia suruh aku masakkan dia maggie. mana kau tak hangat? macamlah masak maggie tu susah sangat. adik aku pun reti buat. geram betul aku dengan dia tu." ceritaku penuh emosi.
"hahahahaha. dia saja je tu nak bermanja dengan kau. kau ni macam tak faham." balasnya sampai ketawa. amboi bukan main lagi dia ketawa. geram betul aku.
"banyaklah kau. letus tu, bila aku tak nak buatkan, dia siap ugut aku nak telefon ayah aku. kononnya nak report la sebab aku tak nak layan dia. kau pun taukan ayah aku tu macam mana. garang gila." aku hampir menagis bila mengenangkan kisah tu. geram sangat dengan dia tu.
"sabarlah. jangan nangis banyak orang ni. malulah nanti." mimi cuba memujukku.

tengah aku khusyuk membuat assignment kat library, baru aku teringat yang hari ni ikhmal balik. dan yang bestnya dia suruh aku jemput dia jam 3 petang sedangkan sekarang dah jam 5 petang. mati aku macam ni.

see, muncung dia dah sedepa dah bila aku sampai kat airport. masaklah aku macam ni.
"kenapa lambat?" dingin sungguh pertanyaannya tu.
"sorrylah, tadi Wieyna terlupa." balasku takut-takut.
"lupa? Wieyna boleh upa yang abang balik hari ni. huh!" marahnya.
"maaflah. Wieyna kan tak sengaja." aku cuba memujuknya walaupun aku tau dia takkan maafkan aku.
"kalau Wieyna nak abang maafkan Wieyna , Wieyna kena tidur dengan abang malam ni" balasnya tersengih-sengih.
"tak nak kan abang dah janji takkan paksa Wieyna ." balasku kegeraman. dia ni sengaja nak ambil kesempatan dalam kesempitan. huh
"eh, abang tak kata Wieyna kena layan abang. tapi abang kata Wieyna tidur je dengan abang. aaa, abang tau, Wieyna memang nak kan?" usiknya lagi sampai merah muka aku.
"mana ada..." balasku malu-malu.
"dah dah. mari balik abang tak sabar nak rasa masakan Wieyna ni. miss you my dear" bisiknya dia telingaku. ni yang aku aku rasa macam dilambung sampai awan ke tujuh ni.

sedar tak sedar, dah 10 bulan usia perkahwinan kitorang. dan kitatorang pun dah hidup macam suami isteri yang normal. yang paling best, aku disahkan mengandung 2 bulan. mana ikhmal tak happy gila. nasib baik dia tak lambung aku waktu dengar khabar gembira tu. parents kitorang pun happy dengan perubahan kitorang. tak dilupai jugak, mimi pun dah couple ngan mamat yang dia minat dulu siapa? shafiq lah.. sekarang ni pun aku rasa bahagia sangat, ikhmal layan aku macam puteri. dia baik sangat. ok tu je kisah hidup aku. bye bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience