Sunyi sepi, sememangnya cukup jauh berbeza dengan suasana disiang hari
Jikalau pada siang hari stesen keretapi ini pasti akan sesak dengan mereka yang sibuk menuju kedestinasi masing-masing namun tidak pada malam hari, sebaik sahaja malam berlabuh para pengunjung semakin berkurangan, lebih-lebih lagi apabila tibanya larut malam
Jam yang melekat sempurna ditangan dikerling sekilas, sling bag yang agak meleret dari bahunya diperbetulkan, sebelum keluhan berat kedengaran dari bibir naeun
'Aihhh.. kalau bukan sebab kerja mesti aku dah syok tidur sekarang ni' desis hati naeun
Bunyi salakan anjing yang sesekali kedengaran membuatkan bulu roma naeun berdiri tegak
Entah mengapa suasana malam pada hari ini cukup berbeza dengan malam sebelumnya
Bukannya gadis itu tidak biasa balik pada lewat malam, namun hari ini tidak sama seperti malam yang sebelumnya, menanti keretapi seorang diri sememangnya cukup menyeramkan, ditambah lagi dengan bunyi salakan anjing yang mendayu-dayu
"21.. 21.. 21.." sayup-sayup suara wanita kedengaran
Pantas naeun menoleh kesamping sebaik suara tersebut menyapa telinganya
Berkerut seribu dahi tatkala kedua matanya tertancap pada kelibat seorang wanita berusia dalam lingkungan 40an sedang duduk dibangku yang tidak jauh darinya
"Bila masa pula makcik ni duduk kat situ?"
"21.. 21.. 21.." berkali-kali angka itu diucap oleh wanita tersebut
Raut wajahnya nampak gelisah, sementara tubuhnya dihuyung kehadapan dan kebelakang berulang kali seolah-olah sedang memikirkan sesuatu
"Gila agaknya" Teka naeun sembarangan
Malas ingin mengambil tahu naeun hanya mengabaikan wanita tersebut
Namun ianya tidak lama, suara wanita tersebut lama-kelamaan berjaya mencuri minat naeun, rasa ingin tahu mulai menerjah dirinya dengan lebih dalam membuatkan perasaan curiganya berkobar - kobar
Disebabkan ingin tahu mengapa angka tersebut acapkali meniti dibibir wanita itu akhirnya naeun tewas dengan perasaan sendiri dan bingkas bangkit dari duduknya, langkah perlahan-lahan diatur menuju kearah wanita tersebut
"Selamat malam makcik" sapa naeun ramah
"Sunyi pula malam ni ye makcik? selalunya tak la sunyi macam ni" ujar naeun cuba berbasa - basi, dan sekali lagi lawan bicaranya masih mengabaikan beliau
"Ermm.. maaf makcik, sebenarnya dari tadi saya dengar makcik asyik ulang nombor 21, boleh saya tahu makcik kira apa ya?" soal naeun disertai dengan sebuah senyuman dibibir, perasaan ingin tahunya benar - benar menguasai diri
"21.. 21.. 21.." soalan yang diaju dibiarkan sepi begitu sahaja, malah wajah naeun juga langsung tidak ditatap oleh wanita itu sama - sekali
Ia lebih memilih untuk terus mengulangi angka tersebut dari menjawap segala soalan dan bualan yang diajukan gadis muda dihadapannya ini
'Sombong juga orang tua ni' desis hati naeun yang mulai jengkel
Setelah segala soalan dan sapaan beliau yang sepi tidak berbalas naeun mulai melihat keadaan sekeliling untuk mencari tahu sendiri apa yang dihitung wanita ini sejak dari tadi, barangkali mungkin dia akan tahu apa yang sedang dihitung oleh wanita tersebut
Namun pada masa yang sama rasa musykil mulai menghambat diri naeun, jikalau wanita ini sedang mengira sesuatu mengapa hanya angka yang sama sahaja terucap dibibir berulang kali?
Tidak lama kemudian bunyi keretapi mulai kedengaran, menandakan pengangkutan yang ditunggu-tunggu sejak dari tadi telah tiba, dan tanpa memberi sebarang amaran tiba-tiba wanita tersebut bingkas bangkit dari duduknya sebelum tubuh naeun ditolak sekuat hati
Belum sempat naeun melakukan apa-apa keretapi yang bergerak pantas telahpun merempuh dirinya, membuatkan darah segar milik gadis itu terpercik disegenap ruang
Mengotori dinding serta bangku yang ada disitu dengan darah dan juga cebisan kecil daging milik dirinya
Wanita tersebut kembali duduk dibangku, bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang telah terjadi dan mulai kembali mengira
"22.. 22.. 22.."
The End~
Share this novel