Rate

Two - Calm

Fanfiction Series 609

" Kau nak balik Gwangju untuk apa? Kau ada masalah ke yang diceritakan. " Hoseok daripada tadi menunduk mendengar kata-kata Namjoon. Mereka semua berada di ruang tamu.

Hoseok teringat perbualan antara ibu dan juga dirinya petang semalam. Serta merta kegembiraan dia hilang dan pula diganti dengan perasaan sedih.

" Hoseok, baliklah. Adik kamu sakit teruk dan rindu kamu. Tak akan kamu langsung tak nak jenguk? " Kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.

" A-adik sakit? Kenapa Hoseok langsung tak tahu pasal ini, omma (ibu)? " Soalnya drastik dengan perasaan yang risau dan mahu menangis.

" Adik kamu barah otak tahap empat dan dia dalam keadaan lemah sekarang. " Balas ibunya sambil menangis. Dia terus memberikan telefonnya pada adiknya pula untuk bercakap.

" H-hyung, D-Dylan ni. Apa khabar hyung dekat sana? " Soal adiknya pada Hoseok, Dylan Jung. Dia masih boleh tersenyum dan kedengaran Hoseok menangis dalam panggilan.

" Hoseok, kau okay? Kenapa menangis? " Soal Seokjin apabila dia terlihat air mata Hoseok mengalir perlahan. Dia tidak sedia untuk memberitahu perkara ini dan takut jika kawannya risau.

" Aku nak keluar sekejap. " Ujar Hoseok lalu mengambil baju sejuk dan juga kain lilitan leher yang tebal lalu keluar daripada rumah tersebut. Rakan-rakannya terpinga-pingga memandang Hoseok.

Hoseok mengeluh. Asap sejuk keluar dari mulutnya akibat suhu sejuk melampau di luar. Dia memeluk badannya sendiri dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

" Bismillah... " Sedang sibuk dia sedang menyaksikan pemandangan yang indah di hadapannya, dia terhenti dan agak tertarik dengan suara tersebut sedang membaca ayat Al-Quran.

Satu meter daripadanya terdapat kerusi dan ada seorang perempuan berhijab yang sedang membaca Al-Quran. Hatinya terus tenang apabila mendengar ayat tersebut.

Dia menatap perempuan itu dan menadah telinga mendengarkan bacaan itu. 'Kenapa hati aku rasa tenang dengan ayat tu? ' Soal Hoseok di dalam hati.

" Allahu akbar Allahu Akbar! " Azan mula berkumandang membuatkan perempuan itu mula mengemas barang untuk sedia meninggalkan tempat tersebut. Hoseok hanya memerhati.

Perempuan itu mula melangkah pergi. Hoseok segera mengikutinya secara tidak berbunyi dan senyap. Dalam beberapa minit selepas itu, perempuan itu berhenti.

Hoseok tergamam apabila dia berada di hadapan masjid. Dia menatap masjid yang cantik dan masih kedengaran azan asar itu berkumandang. Tanpa sedar, Hoseok tersenyum.

- Hey, please support me and gives a votes and comment. Let's be friends also! Boleh tegue cara penulisan ayu yang agak kucar kacir ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience