BAB 1

Drama Series 267150

"Hanan, kamu nak ke laut ke?" tanya ayah pada aku.

"haah ayah, ni pun Hanan dah lambat. Hanan dah siapkan sarapan ayah dekat meja. nanti ayah makan ye. Hanan pergi dulu" aku mencapai tangan tua itu, dan bawa ke bibirku, Tangan tua itu aku cium dengan penuh hormat.

"Hanan pergi dulu ye ayah." aku melangkah keluar dari rumah, "bye ayah" aku melambai tangan kepada ayahku itu,

Sejak ayah disahkan penyakit barah otak, aku melarang ayah untuk turun ke laut, jadi demi menampung kos kehidupan aku dan ayah, aku sanggup menggantikan ayah untuk turun ke laut. Ibu aku sudah lama menghilang, sejak aku berumur 5 tahun ibu aku lari daripada rumah kerana tidak tahan hidup susah. jadi sejak itu ayahlah yang menjaga aku dan menjadi tempat di mana aku bergantung.

"Hanan!!." Badri menjerit memanggil nama aku.

"maaf abang Bad, Hanan lambat" aku meminta maaf kepada Abang Badri, kerana lewat.

"apa yang lewatnya Hanan, abang Bad yang datang awal, nak tengok bot ni” aku ingat aku sudah lewat,  kebiasaannya aku yang akan sampai dahulu.

“semalam bot ni buat hal sekejap boleh hidup sekejap tidak, Abang Bad bukan apa, fakut kita di tengah laut nanti bot ni tak boleh hidup pulak, payah pulak kita nak balik nanti" terang Abang Badri padaku.

"abang Bad, Amir mana?" aku bertanya pada Badri apabila aku masih belum nampak kelibat Amir lagi.

"kalau kamu kata kamu lambat harini, Amir tu hari hari lambat, tak akan kamu tak kenal lagi si Amir tu Hanan" aku tersenyum mendengar jawapan Badri, memang tak dinafikan yang Amir memang hari hari lambat.

mata aku menangkap figuran Amir, laju  Amir berlari ke arah aku dan Badri."maafkan Aku bang, aku bangun lambat tadi bang" tak cukup nafas aku dengar Amir cakap.

"Alah Amir, aku dah biasa sangat alasan kau, kau memang hari hari bangun lambat pun" Amir menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"maaflah bang, aku bukan sengaja."Badri malas mahu berkata apa sebab hari hari ia nyatakan alasan yang sama, Aku perasan Amir memandang pada aku.

"kenapa Amir pandang Hanan macam tu?" soal aku pada Amir.

Amir menghulurkan kotak yang berbalut dengan kertas bercorak love itu pada aku."happy birthday Hanan, yang ke 22 tahun. Nah hadiah kau, buka dekat rumah nanti." kotak hadiah itu sudah bertukar tangan.

"Hanan harini birthday kau ke?." soal Badri pada aku, aku memandang Badri.

Aku tak sangka ada orang yang ingat birthday aku, sedangkan aku sendiri tak pernah ingat birthday aku. 

"Hanan tak sangka Amir ingat birthday Hanan, sedangkan Hanan." kata kata aku terhenti kerana Amir memotong kata kata aku.

"Sedangkan Hanan pun tak ingat birthday sendiri, Hanan setiap tahun kau lupa birthday kau" Amir sudah masak dengan perangai aku, yang tak pernah ingat hari jadi sendiri.

"eh dah dah, sampai bila pun tak habis korang ni. kita dah lambat ni. mari kita begerak sekarang." Badri tahu kalau di biarkan mereka berdua ni bermukadimah memang sampai esok le, mereka tak kelaut.

"Jom bang. Hanan dah jom, nanti ada pulak kita tak dapat ikan" aku melihat Amir sudah naik ke atas bot, dan diikuti aku pula naik ke atas bot itu, tidak lama itu Badri pun memandu bot itu.

Amir kawan baik aku sejak kecil, dia seorang sahaja yang selalu memahami aku. Daripada kecil dia selalu jaga aku. Amir tua 3 tahun daripada aku. mulanya aku nak panggil dia Abang, tapi Amir melarang katanya nampak tua sangat bila aku panggil dia abang jadi aku pun panggil saja dia Amir. Abang Bad pulak umur dah 40 tahun, tapi dia melarang aku panggil dia Pak Cik sebab nampak tua sangat hahahaha. Dua orang ini lah yang selalu membawa aku pergi kelaut. sejak  aku menggantikan tempat ayah untuk kelaut, ayah menyuruh aku mengikut mereka berdua pergi ke laut. Ayah mempunyai bot tapi bot itu sudah di jual untuk menampung kos pembelajaran aku di university, tapi malangnya tidak sempat, rahsia ayah sudah terbongkar dahulu. bila aku dapat tahu ayah sakit terus aku menolak tawaran itu untuk menjaga ayah. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup aku selain ayah.

*************************

"assalamualaikum!!, assalamualaikum!!" laung seseorang daripada luar, "rumah ni tak ada orang ke?" Tan Sri Malek berasa hairan apabila tiada sahutan daripada tuan rumah.

Prang!!!.

apabila terdengar sahaja bunyi barang jatuh, terus kaki itu laju melangkah ke arah bunyi tersebut, Tan Sri Malek menolak pintu yang sudah terbuka sedikit, terkejut Tan Sri Malek melihat sekujur tubuh yang sudah terbaring di lantai dan seperti tidak sedarkan diri. laju kaki melangkah ke arah tubuh itu.

"Hisham!, Hisham bangun" Tan Sri Malek menggoncang tubuh itu, tetapi tiada langsung sebarang tindakan daripada Hisham.

"Mat!!!!!....Mat!!!!!!." jeritan Tan Sri Malek, membuatkan Pak Mat berlari ke arah suara itu dengan segera. Pak Mat merupakan driver Tan Sri Malek yang sudah berhikmat lama dengannya ia juga merupakan orang kepercayaan Tan Sri Malek.

"Tuan!!!!.. Tuan!. Kenapa ni?" soal Pak Mat apabila terdengar jeritan  Tan Sri Malek memanggilnya.

"tolong aku Mat, angkat Hisham ni bawa masuk kereta. lepastu kita pergi hospital." Tan Sri Malek meminta bantuan Pak Mat untuk mengangkat Hisham masuk ke dalam keretanya.

"baiklah, Tuan" Pak Mat membantu Tan Sri Malek mengangkat tubuh Hisham untuk di bawa masuk ke dalam kereta.

Sampai sahaja di hospital bergegas Pak Mat meminta tolong kaki tangan di situ. pantas kaki tangan di situ mendapatkan tubuh Hisham yang berada di dalam kereta Tan Sri Malek.

"Mat kamu patah balik rumah Hisham, pergi ambil anaknya si Hanan bawak kemari. nanti risau pulak anaknya tu bila tengok Hisham tak ada dekat rumah" Tan Sri Malek memberikan arahan pada Pak Mat.

"Baiklah, Tuan" Tanpa membuang masa laju kaki Pak Mat melangkah ke arah kereta semula, untuk mengambil Hanan.

"Ni duit harini Hanan" Badri menghulurkan beberapa not  50 kepada Hanan.

Aku terkejut melihat jumlahnya terlebih banyak daripada biasa. "Abang Bad, kenapa banyak sangat ni. ambil baliklah Hanan tak nak. Hanan nak hak Hanan jer" Hanan menghulurkan kembali yang wang yang berlebihan itu.

"ambillah Hanan, tu Abang Bad bagi sempena hadiah birthday kau. Abang Bad tak tahu nak kasi apa. tu sahaja yang Abang Bad mampu." terang Badri pada Hanan.

"Abang Bad kasi Hanan tolong Abang Bad pergi ke laut pun dah cukup dah, Hanan tahu Abang Bad pun susah, banyak lagi tanggungjawab Abang dekat keluarga Abang."

"dah dah, kau ambil jelah Hanan. Abang Bad nak kasi. tak baik tolak rezeki." sampuk Amir.

"ambillah Hanan, buat beli apa apa yang patut. dah abang Bad nak balik, nanti isteri abang Bad tertunggu tunggu pulak" Badri sudah melangkah jauh daripada Hanan dan Amir.

"Jom Hanan, Amir tumpangkan Hanan balik" pelawa Amir

"Amir, kitakan bukan muhrim. Amir bawa motor, tak manis nanti kalau orang kampung tengok." Tolak aku.

"haaa sebab tu harini, Amir bawa kereta. dah dah jom Amir hantar Hanan, harinikan birthday girls.....tak akan nak berpanas kut. lagipun Amir dah lama tak tengah Ayah Hisham" terang amir pada aku.

"yelah, tapi kali jer tau. Hanan tak nak orang kampung cerita buruk pasal kita" terang Aku pada Amir.

"yeeelah" Amir menjawab malas.

kereta Amir sudah berada di kawasan rumah aku, aku turun daripada kereta Amir. dan melangkah ke arah rumah yang aku tinggal bersama ayah. aku memberikan salam tapi, langsung tidak mendengar jawapan salam daripada ayah. aku berasa hairan, sebab selalunya ayah akan menunggu aku di pangkin luar. tapi harini tidak pulak. Aku mencari kelibat ayah tapi tidak jumpa, hati aku sudah mula risau apabila, aku masih belum jumpa kelibat ayah.

"Hanan oh Hanan" aku mendengar Amir menjerit memanggil nama aku daripada luar rumah. kaki aku laju melangkah untuk keluar.

Apabila Amir melihat kelibat aku terus dia memberitahuku ada orang yang baru sampai ingin berjumpa dengan aku.

aku pun terus melangkah ke halaman rumah untuk melihat siapakah gerangan itu. aku cukup kenal orang itu. orang itu adalah Pak Mat pemandu Tan Sri Malek kawan karib Ayah aku.

"eh Pak Mat, ada apa datang kemari?, nak jumpa ayah ke?." tanya aku pada Pak Mat.

"Pak Mat bukan nak jumpa ayah, Pak mat nak bawa kamu ke hospital. sebab tadi waktu Pak Mat sampai. Tan Sri jumpa ayah kamu pengsan di dapur. sekarang ni ayah kamu ada di hospital" terang Pak Mat pada aku.

aku terkejut mendengar keterangan daripada Pak Mat, "ayah okay Kan Pak Mat?"

"Pak Mat tak pasti, sebab Lepas Pak Mat hantar ayah kamu ke hospital, ayah kamu masih dirawat. sekarang ni Tan Sri ada dekat sana tunggu ayah kamu. Tan Sri arahkan Pak Mat ambil kamu" kata Pak Mat pada aku.

"Hanan kenapa ni?" tanya Amir pada aku.

"Ayah masuk hospital Amir, Hanan nak pergi tengok ayah sekarang" aku jadi panik, aku takut terjadi sesuatu pada ayah.

"Ayah Hisham masuk hospital?." Amir terkejut apabila mendapat tahu berita ini. "dah jom Amir hantar Hanan pergi hospital"." pelawa Amir.

"biar Pak Mat yang hantarkan Hanan, lagipun Pak Mat dah di berikan amanah, untuk membawa Hanan ke hospital" terang Pak Mat.

"Amir saya tumpang Pak Mat ye, awak baliklah. mesti Amir penatkan, Amir kan baru balik dari laut" Aku tidak mahu menyusahkan Amir.

"Hanan, Amir pun risaukan Ayah Hisham biar Amir jer hantarkan Hanan ke hospital."

"Amir balik ye, Hanan tumpang Pak Mat jer. assalamualaikum" aku melihat kendur pada wajahnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience