Rate

Bab 1 (intro)

Drama Series 983

Di Sekolah Menegah Ruby Diamond terdapat seorang murid sepertinya sedang bergegas menuju ke sesuatu tempat yang dinamakan sebagai Bilik Pendidikan Jasmani.

"hah.. hah.. hah.. k-kenapa cikgu?" soal gadis berambut panjang sehingga mencecah paras pinggang rampingnya itu. Nafasnya sedikit tercungap kerana berlari dari kelasnya sehingga ke bilik itu.

"sampai pun kamu Fira... boleh tak kamu tolong cikgu kemas stor ni, panggilah kawan - kawan kamu yang lain untuk tolong kamu disini ye.. cikgu ada urusan di pejabat" pinta gurunya dengan nama gelaran diberi, Cikgu Amy

"Ouh begitu, tak pe cikgu.. saya akan tolong cikgu kemaskan stor dengan segala kudrat saya!" katanya dengan semangat berkobar - kobar setelah bangun daripada posisi menampung badanya mengunakan lutut.

"Tak pe ke.. kamu buat semua ni sorang - sorang? cikgu risau nanti kamu pengsan ke apa dalam ni... " gusar Cikgu Amy yang sedang menonjolkan sedikit mukanya di balik pintu stor itu bagi melihat muka Fira yang menempelkan senyumannya.

Fira menganguk berkali - kali bagi mendapatkan kepercayaan gurunya itu. Cikgu Amy pun menyerah daripada mencurigainya yang mungkin akan pengsan akibat keletihan melampau lalu beredar dari situ menuju ke pejabat.

"yah... begitulah cikgu.. cikgu kena percaya yang Fira Sofia ini boleh buat semua benda" katanya seraya bercekak pingang tanda dia bangga akan dirinya sendiri.

"oi, budak ketot.. tak yah bangga diri sangatlah." ujar seseorang dibelakangnya yang membuatkan Fira melompat satu meter tingginya kerana terkejut.

"AAAAAAAAAAAAA..." - Fira

"shhh.. diamlah pandai!" kata orang itu dengan menekup mulutnya mengunakan sebelah tangannya. Fira cemberut selepas menolak orang itu menjauh darinya.

"Kurang asam punya Fahmi! suka sangat kacau aku,hmmph. Lagi satu...AKU TAK KETOT!" Fira menjentik dahi Fahmi yang membuatkan Fahmi meringis kesakitan. Bukan kaleng - kaleng dia punya jentik, jentik dia boleh bawa koma tuh.ehek.

"Aduh aduh aduh, yelah yelah.. kau tak ketot" - Fahmi

"ala... tinggi pun 159 jer.." desis hatinya

"hahahahhaaha sedar pun langit tinggi rendah..ouh ye, mana farah? tak nampak pun dia?" soal Fira yang tertanya akan keberadaan kawan baiknya itu.

"aku tak tahu dia kat mana sekarang, tapi dia kata kat aku dia sibuk.. sebab esok ada murid baru nak masuk." Fahmi mula mencangkung sambil tangannya sibuk merapikan bola bola tenis yang berselerak itu.

"aik? budak baru nak masuk je kot? selama ni budak baru nak masuk.. tak de pula sampai kena sibuk bagai." beleternya hairan tanpa berhenti membuat kerja.

"itulah yang kau tak tahu, budak baru tu anak kepada pengusaha Syarikat Blue Bird yang terkenal tu... dia kan penolong ketua murid. jadi dia kenalah uruskan kedatangan dia esok." jelas Fahmi yang kini mengangkat bakul dipenuhi tennis itu ke rak yang sudah tersusun rapi oleh Fira.

"Wow, s-seriuslah! macam mana orang taraf begitu nak masuk sekolah kita?! biasanya diorang pergi sekolah international je kan" Fira mempamerkan muka tidak percayanya kepada Fahmi.

"kau tanya aku? macamlah aku tahu... that is their bussnies okay.." sinisnya.

"hmmm.. yelah.." kata Fira bagi mengakhiri perbualan mereka perdua dan hanya meneruskan sesi mengemas stor yang terbantut buat sementara waktu.

~•SKIP TIME•~

Apabila matahari sudah pun terbenam. Terdapat sebuah villa yang besar dan indah bak istana yang mengandungi 4 orang ahli keluarga bersamaan pembantu dan pegawal rumah. Keluarga itu amatlah harmoni dan bahagia serta sering menjadi buah mulut jiran tetangga di kawasan perumahannya. Namun, kenyataannya amat ketara seperti yang disangkakan.

"Papa nak kamu sekolah dekat Sekolah Menegah Ruby Diamond minggu depan faham?!"

"PAPA TAK FAHAM LAGI KE! IRFAN DAH KATA.. IRFAN TAK NAK SEKOLAH SELAGI ZAHIRA TIDAK DIJUMPAI LAGI!!" jerit pemuda yang bernama Irfan kepada papanya yang masih tenang dengan sikap anaknya sungguh kurang ajar itu.

"masalahnya Irfan.. kamu dah tak sekolah selama 10 tau, tahun ni kamu dah 17 tahun.. takkan kamu tak nak sekolah lagi" kata mamanya pula dengan nada marah namun lembut kedengarannya.

"huh, Irfan dah pandailah! kerja - kerja syarikat papa tu semua Irfan boleh buat!! kalau papa dah mati sekalipun Irfan mampu ambik alih lah syarikat tu!!" tengkingnya pada ibubapnya yang membuatkan satu tangan mengecap mukanya

'PANG!'

"IRFAN! mama tak pernah ajar Irfan jadi macam ni tahu tak! mama tak kira! mama nak kamu masuk sekolah tu juga tanpa bantahan... biar perangai kamu tu jadi orang sikit. ini tak! jahilyah jadinya. Sudah sudahlah tu cari Zahira! mungkin dia dah tiada Irfan" jerkahnya kepada anak sulungnya yang kini masih dalam posisi setelah ditampar olehnya.

Irfan terdiam dalam fikirannya. Hatinya amat kecewa dengan kata kata jahilyah diberi oleh ibunya. Dia amat tertekan sekarang, fikirannya amat bercelaru sama ada untuk meneruskan pencarian Zahira atau tak. Dia juga dapat merasakan Zahirah sudah tiada tetapi hatinya rasa tidak senang kalau mayat atau bahgian badan sekalipun tidak dijumpai polis. Niatnya hanya untuk memberi Zahirah ketenangan di alam sana, itu sahaja.

"baiklah... mama nak sangat Irfan sekolah kat situ kan, Irfan akan tunaikan.. tapi, kalau nilai disiplin Irfan teruk! Jangan salahkan Irfan..." akurnya sebelum bergegas untuk keluar dari biliknya itu. Namun, tangan kanannya diraih oleh seorang gadis dengan rambut diikat 'ponytail' jelita sebaik sahaja dirinya keluar dari muka pintu itu.

"abang! abang jangan buat macam tu dekat mama dan papa.. abang kena jaga adab dengan diorang.. abang kena ingat, yang diorang besarkan kita sampai kita dapat hidup mewah macam ni.. lagi lagi papa. Abang ingat papa mama dengan papa tak kecil hati ke bila abang buat macam tu?!" nasihat gadis itu selaku adiknya dengan kepalanya tertunduk tanpa memandang muka Irfan yang ketat itu. Sejujurnya dia takut untuk berbuat demi kian.. tapi dia harus menasihatinya juga agar abangnya sedar dengan apa yang telah dia buat.

"Kau kalau tak suka dengan apa yang aku buat.. jangan sibuk!" tengking Irfan selaku merentap tangannya dari adiknya itu. Bahu adiknya sedikit terjongket dengan perilakunya itu lalu hanya membiarkan abangnya menuju kearah tempat kereta miliknya..

"bilalah.. abang nak berubah.. Kak Ira, Afina harap Kak Ira ada kat sini untuk menasihati abang" desis hatinya dengan sebak dirasa.

maaf kalau ada kekurangan dalam cerita ni.. author janji akan berusaha bersungguh sungguh.. kalau suka cerita ni.. sila comment .( ・∀・)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience