Adalah konon masa zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam dengan takdir allah taala kepada masa itu semua binatang bercakap seperti manusia juga.Adapun nabi allah sulaiman itu lima perdana mentetinya , suatu menterinya daripada manusia , suatu menterinya daripada jin bernama ifrit , suatu menterinya daripada unggas , dua menterinya daripada binatang landak dan pelanduk di dalam lima perdana menteri itu yang arif bijaksana pertama manusia , yang kedua landak , yang ketiga syah alam di rimba , iaitu pelanduk tetapi syah alam di rimba itulah termasyhur arif bijaksananya.
Sebermula adalah suatu hari syah alam di rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya.Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang , ada anaknya tujuh ekor.Anak memerang itu pun keluarlah daripada lubangnya bermain-main di situ.Syah alam di rimba pun datang menghampiri seraya bertanya , hai kanak-kanak , kemanakah pergi mak bapa kamu? sahut anak memerang itu , mak bapa hamba sedang mencari ikan dan makanan sedap untuk hamba sekalian ini.
Share this novel