BAB 4

Horror & Thriller Completed 6344

Ini kisah seram yang terjadi pada sebuah keluarga yang pergi ke Pantai Seri Cahaya untuk bermalam dan memancing. Kata orang tu, fishing cum camping. Sejarah cerita berlaku pada zaman 70an.
Tiba di Pantai Seri Cahaya, mereka pun berjalan menuju ke Kampung Bukit Indah. Waktu itu Kampung Bukit Indah takde tandas.

Tiba sahaja ditepi pantai, si Bapa pergilah pacak pemancing nye. Si Ibu, Si kakak dan Si adik lelaki pula pergi pacak khemah mereka.

Pada masa itu, hanya mereka anak-beranak di situ. Waktu pun dah hampir senja.

Setel ah Si Bapa, Hamzah namanye, menyediakan segala perkakas unutuk memancing, Si Bapa gi ambik air sembahyang dan berjemaah dgn Si Kakak dan Si Adik. Si Ibu tak berjemaah disebabkan uzur.

Setelah selesai bersolat,tiba-tiba,cuaca menjadi buruk. Angin bertiup dengan kencang, Air laut yang gitu tenang, tiba-tiba, berombak.

Tiupan itu membuat mereka panik disebabkan khemah mereka nak terbang dibuatnye. Dengan segera mereka sekeluarga masuk ke dalam khemah.

Apabila mereka semua masuk ke dalam khemah, cuaca tiba-tiba kembali kepada sediakala. Disambut pula dengan angin sepoi-sepoi. Mereka terpegun.
Apa yang menyebabkan cuaca tiba-tiba begitu buruk? Si Bapa pula buat macam biasa aje. Mereka bertanya kepada bapa nye, Cik Hamzah.

"Bapak, kenapa cuaca macam gitu tadi?."

Cik Hamzah pun menjawab untuk nak sedapkan hati si anak tadi," Takde apa-apa lah nak..Kalau air nak pasang begitulah keadaan nye".

Si anak pun diam setelah mendengar keterangan Cik Hamzah.

Tiba-tiba loceng pancing pun berbunyi. Bergegas Cik Hamzah ke pancingan ye. Kecoh dibuatnye Cik Hamzah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience