"ha! termenung apa tu?" soal Nafiza apabila melihat kawannya dari tadi asyik khayal dengan dunianya, tanpa memandang sekeliling.
"hah? oh ha... tak ada apa," kata Rabiatul Adawiyah sebaik sahaja sedar akan lamunannya.
Nafiza menggelengkan kepalanya. Dia tahu pasti ada sesuatu yang menganggu pemikiran kawannya. Kalau tidak kenapa seharian ini kawannya itu banyak mendiamkan diri.
"aku tahu kau tak okay, luahkan pada aku... jangan pendam, nanti hati kau yang sakit,"
Aku memandang wajah Nafiza yang berada dihadapanku. Senyuman kelat yang terukir dibibirku.
"aku rindu dia fiza... rindu sangat sangat,"
Air mata terus mengalir ke pipi tanpa dipinta. Nafiza terus mengambil tempat di sebelahku, lalu mendakap erat tubuhku.
"aku tahu... berat untuk kau menerima. Tapi kau kena kuat, aku yakin dia pasti tak mahu melihat kau menangis macam ni," kata Nafiza.
"aku tak kuat fiza... I miss him so much," kataku dengan teresak-esak. Tidak kuhiraukan sekelilingku, air mata deras membanjiri pipi.
Nafiza mendakap erat kawannya,. Dia tidak tahan melihat keadaan kawannya seperti ini. Dia merindukan kawannya yang dahulu. Dia sentiasa berdoa semoga kawannya akan menjadi seperti dahulu.
Share this novel