Rate

BAB 1

Other Series 1205

Baru pukul 4:00 pagi Laila sudah bangun dari tidurnya untuk solat tahajud serta solat subuh dan membaca Al-Quran. Itulah rutin setiap pagi Laila sebelum melakukan sesuatu hal yang lain.

"Sadaqallahul Azim. Alhamdulilah. Terima kasih ya Allah atas kurniaan yang kau berikan kepadaku. Kau permudahkanlah urusan ku pada hari ini dan hari seterusnya ya Allah. Semoga baik - baik sahaja pada hari ini ya Allah. Kau murahkanlah rezeki ku ya Allah dan kau permudahkan ku untuk mencari kerja ya Allah. Amin ya rabbal alamin...

Selesai sahaja Laila melakukan ibadahnya, dia segera turun ke dapur dengan segera untuk membuat sarapan.

Laila membuka peti ais untuk melihat bahan - bahan untuk membuat sarapan lalu dia berkata "hmm... nak masak apa ni??".Setelah penat berfikir, dia bertekad untuk membuat cekodok pisang. Dia segera mengambil sesisir pisang di atas meja lalu membuang kulit pisang dan melenyekkan pisang itu.

Tepat pada pukul 7:00 pagi Puan Mastura (ibu Laila) turun ke dapur dan melihat anaknya yang sedang sibuk menggoreng cekodok pisang.

"Assalamualaikum anak ibu. Buat apa tu". Kata puan Mastura.

"Eh ibu. Waalaikumusalam. Ni ha.. Laila tengah goreng cekodok pisang. Nanti dah siap kita makan sama - sama. Mana ayah ibu?". Tanya Laila kepada ibunya.

"Ada kat bilik tu". Jawab Puan Mastura. "Laila, ibu nak tanya sikit ni".

"Ibu nak tanya apa?". Tanya Laila.

"Laila dah ada kerja ke?". Tanya Puan Mastura kepada anaknya.

"hm.. Masih tengah mencari bu. Nanti kalau Laila dah jumpa kerja, Laila beritahu ibu ya." Jawab Laila.

"Ibu bukan apa, ibu cuma kesian kat kamu. Kamu nak sangat bekerja tapi kalau pergi interview tu mesti tak dapat." Kata Puan Mastura.

"Alah... Takpelah bu... Nanti adalah tu rezeki. Lagipun Laila tak kesah dapat ke tak. Itukan rezeki daripada tuhan. Insyallah manalah tahu ada orang nak tawar Laila bekerja. HIHIHIHI". Puan Mastura ketawa dengan pernyataan yang dikatakan oleh Laila.

"Amboi!. Borak apa tu sampai ketawa bagai?". Tanya Encik Roslan kepada isteri dan anaknya.

"Eh ayah.. Jom makan. Laila ada buat cekodok pisang ni!". Kata Laila.

Encik Roslan segera duduk di atas kerusi yang telah ditarik oleh Laila. Mereka sekeluarga menjamu dengan selera cekodok pisang yang dibuat oleh Laila.

°°°°°
Setiap pagi, keadaan di rumah Tengku Lukman sentiasa sunyi sepi dan hanya sudu dan garpu berbunyi ketika sarapan.

"Bibik. Lukman mana?" Tanya Tengku Aziz"

"Rasanya dia masih di atas tuan". Jawab bibik Dewi.

"Bisa kamu panggil dia"?. Tanya Tengku Aziz

"Bisa. Sebentar ya". Bibik Dewi segera naik ke bilik Tengku Lukman agar turun. Setelah tiba di depan pintu biliknya, bibik dewi mengetuk pintu itu lalu masuk ke dalam bilik.

"Knock.. Knock.. Knock.."

"Masuk"!. Kata Tengku Lukman

"Tuan Lukman. Tuan Aziz menyuruh tuan turun segera ya". Kata bibik dewi.

"Oh.. Baik. Sebentar lagi saya turun ya.". Kata Tengku Lukman sambil membutangkan lengan bajunya.

Selesai bersiap, Tengku Lukman segera turun ke bawah untuk bersarapan bersama ibu bapanya.

"Good morning pa. Good morning ma". Kata Tengku Lukman.

"Morning son". Kata Tengku Aziz dan Tengku Suraya.

"So why pa?". Tanya Tengku Lukman kepada bapanya sambil bibik dewi sedang meletakkan mihun di atas pinggan.

"Papa and mama akan pergi outstation dekat London for two months". Kata Tengku Aziz.

Secara tidak sengaja, Tengku Lukman menyemburkan semula mihun yang berada di dalam mulutnya di atas meja.

"Two months!!??. Kenapa lama sangat?". Tanya Tengku Lukman sambil membersihkan mulutnya.

"Yes two months and because banyak sangat benda yang tak settle lagi kat sana". Jawab Tengku Aziz persoalan anaknya itu.

"how's about the company"?. Tanya Tengku Lukman.

"About the company, papa serahkan kepada Lukman. So makesure, there's no problem about that company while papa and mama are not in Malaysia. Faham?. Kata Tengku Aziz.

Tengku Lukman hanya menggangguk secara terpaksa. Adakah dia boleh menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh Tengku Aziz dengan baik? Adakah dia dapat selesaikan masalah jika terjadi di syarikat tersebut? Hmm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience