Budak Baru?

Other Series 3069

Jam menunjukkan pukul 7:00 pagi.Aku sedang bersiap untuk pergi ke sekolah dengan berjalan kaki.Rumah aku dan sekolah bukannya jauh sangat pon.Masuk lorong sana,masuk lorong sini dah sampai.Setibanya aku di sekolah,aku berjalan menuju ke kelas tempat aku berlajar.Setiba aku di kelas,semua sedang sibuk berborak antara satu sama lain,termasuklah best friend aku Fika and Arissa.Aku berjalan menuju ke tempat duduk aku di belakang sekali,aku ni duduk dah lah sorang-sorang. Fika dan Arissa duduk sama-sama.Boleh dikatakan diorang ni macam belangkas tak boleh dipisahkan.Sebaik sahaja aku duduk,Fika membuka suara dan memberitahu aku yang hari ni ade pelajar baru.Terkejut jugalah aku sebab dalam kelas ni mana ada tempat kosong kecuali disebelah aku.Mesti cikgu akan suruh dia duduk sebelah aku nanti,gelisah juga aku dibuatnya sebab sebelum ni aku memang duduk sorang-sorang pun.Dalam beberapa minit,Cikgu Mon pun masuk.Cikgu Mon masuk dengan membawa seorang budak lelaki yang bakal duduk sebelah aku.Cikgu Mon menyuruh lelaki itu memperkenalkan dirinya.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Azrul sambil melambai tangannya sebagai tanda pengenalan.Seperti yang aku jangka,cikgu menyuruh Azrul duduk disebelah aku.Sebaik sahaja Azrul duduk sebelah aku,aku memperkenalkan diri aku.Tetapi sapaan aku tidak dihindarinya.Tapi tak pe,nasib baik dia muka dia handsome dan muka dia macam muka artis korea.Setelah itu,cikgu memulakan pelajaran.Aku terpaksa berkongsi buku teks dengan dia kerana dia masih belum mempunyai buku teks.Dah lah aku berkongsi buku dengan dia,tapi ucapan terima kasih pun tak ku dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience