BAB 5

Family Completed 21397

“Mie minggu depan pak ngah nak ke rumah sewa baru kamu tu” ujar pak ngah Hashimi lewat telefon minggu lepas.itulah satu-satunya tempat hashimi menumpang bermanja setelah ibu dan abahnya terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika di berusia 5 tahun.di saat di hilang tempat bergantung muncul pak saudaranya itu yang sudi menghulurkan secebisan kasih saying.Pak ngahnya sentiasa memastikan dirinya tidak merasi kekurangan kasih saying.namun ada cerita sedih yang terjadi dalam hidup pak ngahnya itu,yang perkahwinannya tidak di restui oleh datuknya yang merupakan usahawan kaya,kerana pak ngahnya jatuh cinta dan mengahwini wanita miskin yang sama belajar dengannya dan menolak di jodohkan denagn anak kenalan datuknya .hampir bertahun juga pak ngah asrafnya itu membawa diri bersama isterinya.namun muncul di saat diri hashimi terkontang-kanting kehilangan ibu dan abah.

“Pak Ngah nielah rumah sewa mie,taklah besar sangat”ujar hashimi menjemput pak Ngahnya masuk ke rumah sewanya .sebenarnya bukan di tidak mampu menyewa rumah yang lebih besar Cuma Hashimi tidak mahu dirinya di manjai kemewahan.

‘Takpelah nie,asal dapat tempat berteduh yang selesa cukuplah”ucap Encik asraf sambil memerhatikan rumah bujang anak tunggal arwah abang longnya itu.

“nanti malam mie belanja pak ngah makan kat luar kat dapur tu tak ada apanya nak masak”ujar hashimi sebelum menunjukkan bilik buat pak ngahnya berehat kerana penat memandu dari Pahang ke Kuala lumpur .

‘Mie,kat rumah sebelah tu lelaki ke perempuan yang tinggal “soal Encik Asraf ketika melihat rumah jiran anak saudarnya itu,entah mengapa hatinya tetarik sekali dengan rumah itu ,seolah-olah ada aura di dalam rumah itu yang menarik minatnya untuk mengetahui tentang rumah itu.

“oh tu rumah puan Juliana dia tinggal bersama anaknya alisya” jawab Hashimi sambil membuka pintu untuk masuk ke dalam rumah setelah membawa pak ngahnya itu makan malam di Bandar Kuala Lumpur tadi sebelum membawa pak Ngahnya itu ronda-ronda.

Juliana.. ,mungkin nama aje yang serupa ujar hati kecil Asraf ketika hashimi memberitahunya tentang pemilik rumah tersebut.

“selamat pagi puan Juliana “sapa Hashimi pagi itu ketika dia bersiap hendak keluar membeli sarapan.

“nak ke mana tu cikgu awal nya keluar”balas puan Juliana sambil menyiram bunga di halaman rumah,
‘nak pergi beli sarapan kejab kat warung depan tu ,nak jamu pak saudara saya yang datang petang kemalrin dari Pahang.

“eh,kalau macam tu ajak jelah pak saudara cikgu tu dengan cikgu Hairie datang sarapan kat rumah rumah saya,lagipun saya masak banyak nie ingat nak bagi kat cikgu sikit tu dah ada pak saudara tu ajaklah dia datang makan rumah.

‘takpe puan Juliana ,tak menyusahkan ke?’ujar Hashimi cuba menolak

‘takdelah,saya lagi suka yelah selalu sarapan dengan eisya je sesekali sarapan ramai-ramai seronok jugak”ujar puan Juliana

“kalau macam tu,kejab lagi saya datang ye puan juliana’ ujar Hashimi sebelum berlalu ke dalam rumah tidak jadi ke kereta.

“eh mama,banyaknya nasi lemak tak kan kita dua pun meriah macam nie jugak sarapannya”ujar alisya yang baru turun dari tingkat atas ke ruang makan melihat hidangan yang terhidang di atas meja yang begitu banyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience