Rate

¥Pertemuan Kita Berdua |2|¥

Fantasy Series 817

Hi!, Terima kasih kerana anda sudi menunggu chapter ini. Saya harap anda sukakan cerita ini.

Sayako masih hidup...cuma dia berada di tempat yang lain tempat itu seperti [alam ghaib]...Sayako memandang ke semua arah...Sayako menjerit sebanyak 6 kali tetapi tiada sesiapa pun yang menjawab. Sayako berlari sambil menjerit untuk meminta pertolongan...seperti biasa tiada sesiapa pun yang menjawab...tetapi tiba-tiba

“Wei, manusia kau buat apa kat sini hah?!” lelaki yang berpakaian hitam itu berkata kepada Sayako. “tolong pulangkan saya semula ke dunia...”Sayako meminta bantuan daripada lelaki yang berpakaian hitam itu tanpa ragu-ragu...lelaki itu berkata “baiklah saya akan tunaikan permintaan kamu....” “Terima Kasih!!” Sayako sangat gembira kerana dia dapat pulang semula ke dunia.. tetapi lelaki itu kata..

“Dengan syarat,saya nak ikut awak pergi dekat tempat yang awak panggil dunia juga”. Sayako bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh lelaki misteri itu.. “Nama awak siapa ?” Sayako mula bertanya kepada lelaki misteri itu...“Nama saya Kishirou,nama awak apa?” lelaki itu terus jawab soalan Sayako dengan pantas.“nama saya Sayako”. Sayako jawab soalan Kishirou macam mereka tu dah jadi BEST FRIEND pelik betullah cerita ni.aku jugak yang buat....(senyap sunyi)....[ok kita sambung cerita]>Kishirou suruh Sayako untuk ikut dia dibelakang.mereka terus berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh Kishirou..mereka berjalan hampir sejam..“bila kita boleh rehat nihhhhh!!!” Sayako mula merungut. “Sayako awak sakit kaki ke?” tanya Kishirou dekat Sayako.

“mhhmm...kaki saya sakit saya rasa macam saya tak boleh nak berjalan je...” Sayako mula menjawab soalan Kishirou...dengan pantas Kishirou membawa Sayako di tepi tasik. Kishirou meletakkan Sayako di tepi batu untuk sementara waktu. Kishirou meletakkan sedikit air ditangannya lalu dia menyapukan sedikit air yang berada ditangannya pada kaki Sayako. Kishirou mula berkata “okayaS ikak halnakhubmes!” dia mengulang kan perbuatan nya itu sebanyak 3 kali. dengan serta merta kaki Sayako tidak sakit lagi....Sayako sangat gembira tetapi pada masa yang sama Sayako berasa hairan juga kerana Kishirou boleh membuat perkara seperti itu...tapi Sayako bukan kesah pun dalam hati dia mesti dia cakap “ini semua hanya khayalan semata-mata je..”. Kishirou memegang tangan Sayako..dengan sekelip mata

Mereka sudah berada di dalam bilik yang sangat besar dan disitulah ada satu portal yang Sayako tak tahu apa kegunaannya...tetapi di dalam bilik itu ada seorang lelaki yang ada tanduk yang sangat panjang macam lembu ada telinga macam kambing dia ada ekor juga ekor dia macam duri.[duri yang sangat tajam].warna kulit badan dia warna putih...Sayako terkejut sehingga dia tidak mahu masuk ke dalam bilik itu..Kishirou cuba untuk tenangkan dia selang beberapa minit Sayako mula rasa tidak takut lagi...apabila Sayako dah tidak takut Kishirou membuka jaketnya dan topi... Sayako terkejut melihat Kishirou kerana Kishirou ada Sayap yang berwarna hitam dan putih tetapi tanduk dia tidak panjang macam lelaki yang kat sebelah Kishirou...tapi..kali ini Sayako tidak takutlah sangat.

Sayako terus memasuki bilik itu bersama Kishirou. “prof portal tu untuk apa?”Kishirou terus tanya prof.“oh,portal ni untuk bawa dua orang ke dunia.”prof terus jawab soalan Kishirou. Mereka berdua sangat gembira.mereka tanya prof jika mereka bisa menggunakan portal itu...prof memberikan mereka berdua untuk gunakannya tetapi prof kata..“Kishirou akan menjelma sebagai hantu...jadi..kamu seorang sahaja yang dapat melih-”.Kishirou menarik tangan Sayako lalu mereka masuk ke dalam portal tersebut. Mereka berada di dalam itu hampir dua jam..

Pada pukul 9:27 malam,mereka tiba di rumah Sayako. Sewaktu mereka tiba di rumah Sayako... Kishirou sangat terkejut dia sangat gembira sehingga dia tidak berhenti untuk melihat permandangan di luar tingkap bilik Sayako dan dia juga selalu melihat barang yang ada di dalam bilik itu.. contohnya jam,katil,sofa,buku dan sebagainya. Tiba-tiba ibu Sayako membuka pintu biliknya sambil berkata “Sayako!,jom kita makan mala-”ibu Sayako mula berhenti bercakap apabila dia melihat bilik Sayako yang bersepah kerana Kishirou main barang Sayako. Muka ibu Sayako nampak macam nak marah je...“alamak, gunung berapi akan meletus baik aku lari” bisik Kishirou kepada Sayako.

Terima kasih kerana anda menunggu chapter yang kedua saya harap anda suka cerita ini tolong tunggu chapter yang seterusnya boleh!

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience