Ratu

Young Adult Series 1149

Kisah yang sama berlaku di Springflow Highschool. Sekolah yang cukup popular
antara banyak sekolah elite. Popular mereka bukanlah disebabkan status akedemik merekayang terbaik tetapi kerana sekolah tersebut dipenuhi dengan pelajar yang cantik dan
handsome. Selain Springflow Highscholl, sekolah ini juga digelar sebagai model academy.
Ramai di antara student disini menjadi top model bagi beberapa buah agensi besar. Dari
syarikat produk kecantikan sehingga pakaian berebut ingin mengambil pelajar disini menjadi
model mereka. Sekolah yang dikira aman dari pandangan kasar sebenarnya memiliki satu
sudut hitam dimana hanya diketahui antara students dan guru-guru sekolah tersebut. Siapa
yang tidak mengenal ‘fabulous trio’ sekumpulan pelajar yang cantik plus popular tetapi
memiliki rekod disiplin yang tinggi. Mereka yang terdiri daripada challia, patricia dan alina.
Mereka yang memiliki tinggi dan kulit yang cantik seperti model memudahkan mereka untuk
menarik minat pengurus syarikat kecantikan yang besar.
“kenapa kau bawa gumpul tiba-tiba rehat ni?” soal hendok yang pelik melihat chall
membawa mereka datang ke tempat mereka.
“ aku boringlah kita ponteng jom” ajak chall
“ janganlah, kalau ponteng kau nak pergi mana” soal alina
“ kau ni gila ke apa, tiba-tiba baik je ni. aku boring kita pergi je mana-mana”
“kan betul juga peliklah kau hari ni lina, kau demam ke?” soal patricia
“bukan, aku ada bawa barang baik punya harini” kata alina dengan nada yang excited
“ barang baik apa? K*ndom? Ke r*kok ataupun kau bawa dadah!?” kata chall suara
sedikit kuat
“hss.. jangan bisinglah. Kau gila aku nak bawa dadah! Aku bawa….tadaaaa arak.
Favourite korang!” sambil mengeluar dua botol arak dari beg sekolahnya.
“ hebatlah kau lina, tu baru kawan baik aku!” kata patricia sambil merangkul alina.
Selesai waktu lain, semua student masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan
pembelajaran mereka, tetapi tidak bagi fabulous trio yang tetap di tempat rahsia mereka
sambil enjoy meminum arak. Keasikan mereka minum telah mengakibatkan dua botol arak
tadi menjadi kosong dalam sekelip mata saja. Ckg kelas mula membuat laporan kepada
pengetua sekolah, Encik Joseph. Ckg Joseph dan beberapa pengawal sekolah membuat
rondaan mencari mereka bertiga.
“ apa semua ni chall, patricia, alina!?” soal ckg Joseph agak tinggi suara
“ckg saya bu..kan pat..ri..cia.. saya boss! BOSS! Call me that, Paham?” kata hendok
sambil terhuyung-hayang memegang botol arak yang telah kosong.
“ awak semua pergi bilik saya sekarang! Security bawa mereka bertiga ke pejabat
saya” kata pengetua sambil menahan marah
Disebabkan kes minum di sekolah mereka digantung sekolah selama dua minggu. Selepas
mabuk hilang mereka bertiga dibenarkan pulang dengan surat amaran sekolah di tangan.Surat yang biasa diterima, mereka sudah lali dengan surat amaran. Mereka tahu kenapa
pengetua belum berani untuk membuang mereka dari Springflow Highschool kerana duit
yang beliau perolehi selepas menjual mereka bertiga ke agensi kecantikan untuk menjadi
model. Sikap tamak ckg Joseph menyebabkan rasa hormat padanya hilang dan diganti dengan
rasa muak dengan lakonan yang pura-pura baik di depan public. Disebabkan mereka berasal
dari satu tempat yang sama iaitu rumah anak yatim piatu adalah punca sebenar mereka
bertahan di dunia lakonan pengetua sekolah. Seandainya mereka seperti murid-murid lain
yang memiliki kekayaan keluarga sudah pasti lama mereka keluar dari sekolah sampah itu.
berkat rupa paras yang cantik mereka layak untuk mendaftar di sekolah elite tersebut. Semua
tanggungan atas nama pengetua sendiri. Mengimbau kembali kenangan dimana ckg Joseph
sendiri menawarkan mereka sebuah sekolah yang mampu memberi kekayaan kepada mereka.
Tanpa berfikir panjang mereka menerima tawaran dan meninggalkan kerja sebagai pelayan
restoran demi sebuah kekayaan yang diingini oleh semua orang. Disebabkan hanya mereka
bertiga satu keluarga, gantung sekolah bukan masalah bagi mereka. Membesar tanpa ibubapa
menyebabkan mereka bebas tanpa ada kongkongan dan desakan. Setiap masalah diselesaikan
oleh mereka sendiri. Kebersamaan mereka yang sederhana tapi mampu membuat tiga remaja
yang cantik ini bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada. Bertahan hidup di dunia yang
kejam dan penuh sandiwara ini memang sulit bagi mereka yang baru berginjak remaja.
Bekerja sebagai model bukanlah minat utama mereka, tetapi atas dasar paksa mereka
melakukannya. Atas dasar sejumlah duit yang ditawarkan namun ditipu oleh pengetua
mereka sendiri. Pengetua yang berbuat baik bila memerlukan duit dari mereka.orang tua yang
hanya memikirkan dirinya sendiri. Mampukah mereka melepaskan diri dari ckg Joseph yang
tidak berperikemanusian?
“ kau sengaja bawa arak ke sekolah kan?” soal chall kepada alina kerana dia tahu
tahap alkohol lina sangat rendah. Dia mudah mabuk jika dibandingkan dengan dirinya
dan patricia.
“ hmm…kot-kot dia buang kita dari sekolah, aku penatlah kerja jadi bawahan laki
s*al tu” jawab lina agak geram
“ aku pun sama, dia ingat kita ni hamba dia ke? B*BI betul!” sambung patricia sambil
menumbuk meja.
“ kau sabar lok pat, pasti boleh punya kita lari dari laki tua tu” kata lina
“ takpa dalam dua minggu kita fikir apa kes yang mampu buat di hilang sabar dan
buang kita” usul chall
“ jangan mimpilah selagi dia tak mampus selagi tulah kita kerja untuk dia, tahu?”
“ kita belum tahu lagi, mana tahu malam ni malaikat maut bagi idea bernas dekat kita”
kata chall sambil senyum sinis
………………………………………………………………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience