BAB 6 ( DI DALAM KERETA SELEPAS MAKAN )

Romance Completed 3825

"kenyangnya! Sedap betullah ramen tadi" kata Jhope yang kekenyangan. "haah, lain kali Sana nak pergi lagilah dengan oppa" sokong Sana. Dia terus lupa perkara tadi selepas menikmati makanan. "Sana nak tidur kejap, nanti oppa kejutlah Sana kalau dah sampai rumah ye" kata Sana ngantuk. "ok Sana" jawab Jhope sambil tersenyum.

Beberapa minit berlalu "Sana, bangun. Kita dah sampai!" kejut Jhope sambil menggoncangkan badan Sana dengan nada yang lembut. "uwarghh~" nguap Sana sekali lagi dan terus keluar dari kereta Jhope tanpa melihat sekeliling. Sana berhenti dan bertanya kepada Jhope "oppa bukan ke ni hutan? kenapa oppa bawa Sana ke hutan malam malam macam ni?" tanya Sana bertubi tubi tapi tiada jawapan. Jhope hanya tersenyum. Tiba tiba Sana teringat mimpi yang dialaminya dan mindanya bertukar menjadi negative.

Muka Sana automatik bertukar menjadi pucat. Sana memandang Jhope yang bila entah muncul dari belakangnya. "o...op..oppa?" tanya Sana ketakutan. "ye Sana" jawab Jhope selamba, seperti tiada apa apa yang berlaku. Tiba tiba Sana merasakan mulutnya ditekup dari belakang dan pandangannya menjadi hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience