Epilogue

Fantasy Series 81

Tahun 2056,

Perang besar nuklear terjadi diantara negara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia - China disebabkan tindakan AS yang mengambil tindakan drastik dengan menceroboh Korea Utara. Korea Utara dengan bantuan Rusia dan China cuba melawan balik namun kekuatan Amerika yang disokong oleh Perancis serta Korea Selatan, mereka tidak mampu melawan sepenuhnya. Negara-negara besar lain mengambil sikap berdiam diri dari masuk campur.

Perang besar ini menyebabkan negara-negara yang mengambil sikap berkecuali terpaksa cuba untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik tersebut. Ini juga termasuk negara Malaysia yang sejak awal perang tercetus telah menghantar bantuan misi menyelamat di negara-negara yang terkesan.

***

Tahun 2070,

Empat belas tahun selepas peperangan, radiasi nuklear telah menyebabkan banyak negara terjejas dan menyebabkan evolusi kepada manusia dan makhluk lain. Kemunculan manusia dengan kebolehan luar biasa yang dipanggil user serta monster atau raksasa hasil evolusi haiwan dan serangga serta raksasa tahap disaster dan apocalypse yang keluar daripada mitos rakyat menyebabkan banyak negara berlumba untuk mengumpul sebanyak mungkin user untuk kekuatan militer.

Senjata perang dan nukluer sudah tidak berguna untuk menewaskan raksasa tersebut disebabkan evolusi mereka dan hanya dapat dikalahkan dengan menggunakan ability daripada user.

Disebabkan itu, senjata perang dan tentera tanpa ability hanya digunakan untuk membantu user ketika raksasa level-disaster dan apocalypse muncul.

Chapter may be delayed as this is my first novel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience