Rate

Cinta Sahabat

Short Story Completed 3382

Nama aku Mariam, Siti Mariam. Aku Ada seorang BFF yang sungguh baik , Fahri Hashim . Semalam hari jadi dia tapi aku lupa nak bawa hadiah dia. Jadi aku tundakan ke hari ini.

Kring!!!

loceng balik sudah berbunyi. Kertas - kertas latihan di atas meja aku sumbat masuk kedalam beg secepat mungkin. Aku keluar dari kelas sambil memegang bungkusan hadiah Fahri.

Sebaik sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam kelas Simga (kelas Fahri ). Kelihatan Bella datang mendekati Fahri yang baru sahaja siap mengemas peralatan seninya. Aku menyorok di belakang pintu untuk mendengar perbualan mereka.

"Ri, thanks sebab ajar I tadi" kata Bella sambil senyum mengoda. Aku tahu Bella dari dulu lagi minatkan Fahri. Yelah Fahri tu kan hensem. Ramai gadis dekat sekolah ni sukakan dia. Cuma Fahri je malas nak layan dia orang.

"it's okey" balas Fahri sambil menyandang Begnya di bahu kiri.

" Sebagai balasan apa kata kita date esok nk?" tawaran Bella ditolak oleh Fahri secara lembut.

Bella tidak berputus asas dia terus mencapai tangan kanan Fahri sambil merayu.

" Ri, I dah lama suka dekat you tapi kenapa you buat I macam tak pernah wujud"

Kerk...!!! ( bunyi pintu)

Serentak Fahri dan Bella memandang ke arah aku yang berada di belakang pintu. ' pintu asal kau bunyi '. bisik aku sebelum lari menuruni anak tangga.

Aku terdengar suara Fahri memanggilku dari belakang. Aku mempercepatkan langkah agar dapat melarikan diri darinya .

argh!!

Aku hampir terjatuh dari tangga. Nasib baik Fahri cepat bertindak. Sedar tak sedar aku sudah berada di dalam pelukan tangan sasa Fahri

" Lepas!!..Asal kau ni, suka hati mak kau je peluk aku. Kau ingat aku ni tak bermaruah ke ? aku bukan patung la nak peluk-peluk" jerit aku sambil memijak kaki kanan Fahri dengan kuat.

" Dah kau tak nak berhenti tu nasib baik aku selamatkan kau kalau tak kau dah tersandung jatuh. Bukan nak berterima kasih" Terenjut- renjut Fahri kerana menahan sakit sambil memegang kaki kanannya yang telah dipijak oleh aku sebentar tadi.

"kau nak apa? " tanyaku sedikit kasar.

"nak kau, boleh?" jawab Fahri sambil membuat muka ala ala kucing. Ingat hensem? muka mcam lesung batu ada hati nak buat muka comel. Tapi dia memang hensem dan comel. Hihihi

"asal kau kejar aku?" tanya aku sambil mencekik pinggang sebenarnya aku malu bila Fahri kata begitu. Jejaka idaman murid perempuan kot kata macam tu sapa tak malu dan suka.

"salah ke?" tanya Fahri sambil buat muka merajuk. ' Comel '

" salah tu tak salah tapi kau fikir tak perasaan Bella. Kenapa kau tak terima pelawaan Bella bukan senang nak date dengan gadis idaman semua murid lelaki dalam dan luar sekolah." kata aku sambil tunduk melihat kasut. Tidak berani aku menatap mata bundar milik Fahri.

"kau cemburu ke ?" tanya Fahri sambil tersenyum. Aku tidak menjawab tetapi aku terus mengekalkan posisi aku sambil mengigit bibir.
" Tapi aku lebih idamkan kau" kata Fahri sambil membongkokkan sedikit tubuhnya yang tinggi agar bertentangan mata denganku. Terukir senyuman memgoda di bibirnya dengan perlahan- lahan Fahri mendekatkan bibirnya pada bibir ku sambil menutup mata.

Aku kaku tidak bergerak. Otakku mula memikirkan idea jahat. Bibir Fahri semakin dekat dan dekat.

Buhk!!

"hahahahaha!!" bergema satu sekolah dengan gelak tawa. Bagunan yang tadinya senyap dan kosong kini sudah dipenuhi oleh ratusan pelajar. Rupanya dia orang semua menonton drama kami sebentar tadi? aduh malunya.

" Itu lah balasannya bila kau nak buat maksiat" ucap Fahri sambil menyapu bajunya yang kotor akibat terjatuh sebentar tadi kerana aku menolaknya yang cuba menciumku.

-TAMAT-

Maaf dikalau cerita ini membosankan Semua idea di dalam cerita ini adalah secara spontan. Jangan lupa komen. Supaya saya dapat tahu apa yang kurang di dalam cerita ini. Hihihi

Novel seterusnya:-cinderella versi lelaki

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience