Harapan

Family Series 1693

Kini tiba hari yang ditunggu. Aku pergi ke sekolah dengan menaiki motorsikal bersama rakan-rakanku iaitu Nubhan, Am dan Zarul. Majlis bermula dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari pengetua sekolah Cikgu Azmi B. Misron. Seterusnya saat yang paling mendebarkan. Pengumuman bagi pelajar yang mendapat 5A dan keatas. Aku mengharapkan agar namaku dipanggil keatas pentas bagi menerima keputusan yang cemerlang kerana aku tahu aku sudah memberikan yang terbaik di dalam dewan peperiksaan. Sebelum itu rakanku Aiman meminta nombor kad pengenalan dan juga angka giliranku kerana katanya keputusan boleh disemak melalui mesej saja. Aku mendapat tahu keputusanku lebih awal daripada orang lain. Aku mendapat 1A 1A- 4B+ dan 2B. Kini aku mula resah. Kini aku mula merasakan harapan ibu ayah ku untuk melihatku berada di atas pentas mula punah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience