Rate

BAB 4

Romance Series 3623

Kelam kabut Mai dan Ad berlari ke dewan.Tak cukup tanah di buatnya apabila waktu sekarang semakin menghampiri jam 4 petang. Tiba-tiba....

"Aduhhhhhh"serentak dua orang bersuara.
Ad baru saja melanggar seorang mamat dalam kelam kabut lariannya itu sehingga terjatuh mereka kedua-duanya di lantai.

"Ehhh,Ad.Kau ok tak ni ?? "tanya Mai setelah menjadi saksi ke atas kejadian pelanggaran itu.

"Aku okk ja."bangun Ad seraya menepuk bajunya yang kotor dengan debu selepas terjatuh tadi."Awak ok tak ? Sory sangat2 sebab terlanggar awak.Saya tak sengaja gila2.Saya tengah nak cepat ni.Awak Ok ? "tanya Ad lagi kepada mamat yang di langgarnya tadi.

"Aku tak ok.Kau jalan pakai mata ke pakai lutut ? Tak reti nak jalan elok2 ke ?Buta ke ? "kata mamat tadi.

"Amboi awak.Bahasa tu jaga sikit ye.Saya terlanggar bukan sengaja langgar. Dah mintak maaf tadi kan. So, kenapa nak maki2 pulak ni"kata Ad yang sedang membara mendengar kata2 mamat itu.

Mai yang sedang melihat perbalahan itu cepat2 memotong."Mintak maaf ye.Nanti kita settle lain.Kami tengah nak cepat ni. Urgent sangat.Ok bye."cepat2 Mai menarik Ad untuk pergi bagi meleraikan pergaduhan yang nampaknya akan makin teruk itu.

"Kau apasal tarik aku. Sepatutnya biar aku tumbuk mamat tu dulu. Baru dia sedar diri dulu. "geram Ad sambil mengepal tangannya.

"Baru first day kita kat sini.Takkan lah kau dah nak cari gaduh. Lagipun kau dah lupa ke ? Kita kene pergi dewan sekarang ni.Cepat la Ad."kata Mai untuk menyedarkan Ad yg sedang marah itu.

"Haah. Lupa aku. Jom cepat. "Berlari lagi dua sekawan itu untuk ke dewan.

"Fuhhh... Nasib baik sempat sampai sebelum acara di mulakan."kata Ad.

Ad dan Mai mengambil tempat duduk yang paling hadapan kerana mereka datang agak lewat dan hanya baris di hadapan sahaja yang masih kosong.

"Ok. Memandangkan semua kerusi telah dipenuhi bermaksud semua pelajar dah hadir di dalam dewan ini.So,tanpa membuang masa saya akan memulakan majlis kita pada hari ni".kata pengacara majlis. "Assalamualaikum w.b.t kepada semua pelajar baru untuk sesi tahun ini.Saya ialah Ku Syafiqah binti Ali. Korang semua boleh panggil Kak Ku je dan selama seminggu ni korang akan melalui sesi orientasi yang akan dikelolakan oleh kami sendiri, para senior di UKM ini.Ini adalah semua fasilitator, FC korang di sini."kata Kak Ku lalu ditunjukkan ke bahagian atas dewan dimana semua FC berada di situ.

Ketika semua pelajar sedang bersorak untuk para Fc,Ad berasa sangat cuak. Ad seperti cacing kepanasan di tempat duduknya itu.

"Kau dah gapo Ad ? Tak senang duduk pun aku tengok ni ? "tanya Mai sehingga terkeluar bahasa Terengganunya itu.

"Cuba kau tengok atas dewan tu. Mamat yang aku langgar tadi rupanya Fc dekat sini.Dari tadi dia asyik pandang ke sini. Habis la aku Mai."gelabah Ad.

"Rilek Ad.Kau kene steady je. Jangan gelabah."kata Mai untuk menyenangkan hati Ad.

"Ok.Semua pelajar boleh bersurai sekarang dan berkumpul semula di dewan ini pada pukul 8 malam nanti. Sebarang perubahan akan dari semasa ke semasa.Terima kasih. "kata Kak Ku sebagai pengacara majlis.

Ad dan Mai bergerak laju ke bilik mereka kerana bimbang jika bertembung dengan mamat yang di langgarnya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience