BAB 3 - ORANG KAYA JATUH MUFLIS

True Story Series 997

Wan adalah usahawan yang berjaya suatu ketika dulu. Dia seorang yang kedekut dan tidak mahu berbelanja hartanya di jalan Allah apatah lagi memberi haiwan makan. Setiap duitnya dikira tanpa satu sen pun luak. Pergi makan di gerai bersama rakan-rakan, dia membayar makanannya sahaja. Tidak pernah terdetik membelanja rakan-rakan. Dia selalu kata dia tiada duit setiap kali ada yang kelaparan ingin membeli makan. Apabila ada yang mohon pekerjaan dengannya sebagai pembantu umah atau tukang kebun, dia akan tanya berapa ramai anak-anak orang itu. “Beranak pandai jaga tak pandai”, begitulah kata Wan dengan bongkak kerana enggan beri pekerjaan kepada orang yang memohon itu. Wan tidak mahu rugi satu sen pun. Zakat pun dia akan mengeluh setiap kali perlu membayarnya. Sampai satu hari Wan kemalangan jalan raya menyebabkan badannya lumpuh. Perniagaannya tidak dapat diteruskan dan di tutup. Wan kembali ke kampung seorang diri manakala anak dan isterinya meninggalkannya. Nasib baik masih ada orang tua Man yang sanggup menerimanya. Man sesal seumur hidupnya sampailah nafasnya yang terakhir.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience