'Kena ingat ye ingat senang ke nak beli rumah'?.
'Umur makin lama makin tua'
'Renung-renungkan la'
'Tak nak la nanti mati rumah tak ada yang nak bayar'
'Lagi satu takkan la gaji seribu nak bayar semua itu ini'
'Fikir-fikir la eh'
'Dah besarkan'.
Itulah kata-kata Fareez dalam whatsapp yang dihantar pada Bunga dimalam hari , sehingga menyebabkan Bunga diam tak terkutik membaca pesanan itu.Hatinya pedih,jiwanya meronta-ronta sehingga dia menitiskan airmata pada malam itu.
Hampir sebulan Bunga mendiamkan diri daripada Fareez Akmal bagi memujuk hatinya sendiri.Dirinya cukup terkilan bilamana orang yang cukup istimewa dihatinya,yang dia sayang dan cinta boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu.Selama ini Bunga tidak kisah bila orang-orang sekelilingnya berkata tentang dirinya, tapi bila orang yang dipanggil kekasih mula merendahkan dia . Hatinya cukup sakit yang teramat sangat,dia bersabar selama bertahun ini meskipun sang kekasih pernah memperlekehkan syarat abahnya yang mahu Bunga mencari seorang lelaki yang boleh jadi imam,tidak merokok dan tahu ilmu agama.Bunga ingat lagi kata-kata sang kekasih 'Takpa nanti aku masuk tahfiz dalami ilmu agama pandai mengaji biar abah kau suka kat aku,yelah aku lupa keluarga kau kuat agama kan'.
"Haih aku yang bodoh sebab bagi peluang kedua kat dia, sepatutnya aku tak perlu bagi dia peluang kedua." Luah Bunga dalam hati.
Ting Ting
Kedengaran bunyi handphonenya menandakan ada pesanan masuk.
Fareez Akmal
'Kalau dah tak ada hati dalam hubungan ini cakap, boleh cari lain'.
'Masih marah abang lagi'?.
Bunga mengeluh setelah membaca pesanan itu ,dan membiarkan pesanan itu tanpa balasan.Sabarlah hati biarlah kelukaan itu menjadikan kau lebih kuat untuk masa akan datang.
Bunga Mentari kau kena kuat jangan hanyut dialam percintaan.Bisik hati kecil bunga.
Assalamualaikum haii korang cmna puasa ok ke x tu? saya harapkan korang diberikan kesihatan yang baik untuk mengumpul pahala di bulan Ramadhan ini,dan dpt menjalankan ibadah terawih dan tadarus Al-Quran..Haaa amacam cite ni cm merepek kan?hoho...apa² pun selamat membaca..jangan lupa komen tau sbb nk tahu cmna komen korang..luv u all =3 :)
Share this novel