Rate

Musim Bunga Terakhir (Part 1)

Short Story Series 1258

Nama aku Alvin John. Ini merupakan tahun kedua aku bersekolah di Asuka High School yang terletak di daerah Oji, Tokyo. Sekolah ini hanya menerima 20 orang pelajar asing dan aku merupakan salah satu daripada pelajar tersebut. Aku berasal daripada Sarawak , Malaysia. 2 tahun yang lepas, ayahku ditukarkan dari Malaysia ke Jepun sebagai Pensyarah di salah satu university internasional Jepun. Aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk brkomunikasi dengan rakan sekolah kerana sebahagian mereka boleh berbahasa Inggeris. Malah aku juga sedang berusaha belajar bahasa Jepun sejak 2 tahun lepas dan kini aku agak fasih berbahasa jepun.
Disini, aku berkawan rapat dengan Aoyama Aito dan Fukunaga Eiji. Memandangkan kami rapat, aku hanya memanggil Aoyama Aito sebagai Aito dan Fukunaga Eiji sebagai Eiji. Di Jepun sekiranya belum rapat, mereka akan menggunakan nama panggilan keluarga untuk memanggil seseorang. Aito dan Eiji juga menjadi rakan sekelas aku selama dua tahun berturut. Ketika aku mula mula masuk ke sekolah ini dahulu, merekalah yang banyak membantu aku.?


******************

Musim bunga sudah pun tiba. Aku selalu menunggu kedatangan bulan mac kerana bulan mac menandakan datangnya musim bunga. Musim bunga merupakan musim yang sangat selesa kerana faktor cuaca yang agak stabil. Sedang aku menikmati musim bunga sambil berjalan menuju ke sekolah, tiba tiba, belakangku seperti ada yang merempuh. Aku terdorong ke depan dan terjatuh.
“Aduh! Siapa pula yang melanggar aku awal pagi ni?” kataku dalam bahasa melayu sambil menggosok bahagian sikuku.
“Sya minta maaf! Adakah awak ok?” kata seorang perempuan dalam bahasa Jepun. Aku memandang ke arahnya. Aku melihat riak bersalah pada wajahnya.
“Saya okay. Awak?” tanyaku balik.
“Saya Juga” jawabnya sambil tersenyum. Aku melihat riak wajahnya seperti menahan kesakitan. Aku melihat kearah kakinya dan kelihatan lututnya berdarah.
“Lutut awak terluka,” kataku kepadanya. Dia memandang ke bawah dan berkata,
“Tidak apa. Saya akan cuci luka saya nanti.” Katanya
“Jom, saya hantarkan awak ke bilik rawatan sekolah.” aku mempelawa untuk menghantarnya ke bilik rawatan kerana aku merasa kasihan melihatnya. Dia memandang tepat kearah mataku sambil tersenyum,
“Benarkah??” tanyanya.
“Ya. ” jawabku. Walaupun ini pertama kali aku melihat perempuan tersebut, tetapi aku dalan melihat dengan jelas riak teruja di wajah nya. Seketika aku merasa pelik tapi aku biarkan sahaja kerana ada kemungkinan juga dia peramah. Ya lah, orang Malaysia dengan orang jepun bukannya sama tingkah laku.


*****************


Setibanya di bilik rawatan, dia terus dicucikan luka oleh salah seorang dokter di sekolah kami. Aku juga turut merawat luka di tapak tanganku yang ada tercalar sikit.
Kami berdua sama sama keluar dari bilik rawatan tersebut. Dia terus menanyaku,
“Siapa nama awak?” tanyanya.
“Nama saya Alvin John. Dan awak?” tanyaku semula.
“Nama saya Yoshida Haruka. Gembira bertemu dengan awak.” katanya sambil menghulurkan tangannya. Aku pun menyambut tangannya dan tanpa aku sedari, kisah hidup aku akan bermula sejak pertemuan itu.?


******************

Pagi itu, sampai sahaja di sekolah, aku terus menuju kearah loker tempat untuk menyimpan kasut. Tiba-tiba, seseorang menyapaku dariku belakang.
“Ohayo, Alvin-san” sapa seseorang. Aku menoleh ke belakang dan di belakangku ada Haruka.
“Ohayo, Yoshida-san.” Jawabku . Haruka tersenyum. Aku membalas senyumannya. Haruka memberi sesuatu kepada aku.
“Bento?” aku memandang ke arahnya dan menyambung,
“Untuk apa?” tanyaku kepadanya. Dia memandangku dan berkata,
“Terima kasih dan juga minta maaf?”
“Pasal semalam? Tidak apa,” Haruka tersenyum
dan berkata.
“Jadi, boleh tak awak terima bento daripada saya?” tanya Haruka kepadaku sambil kedua-dua belah tangannya menghulurkan bento kepadaku. Aku memandangnya dan mengangguk.
“Terima kasih untuk bento,” kataku sambil menyambut bento ditangannya. Untuk menolak bento tersebut, aku tidak sampai hati. Haruka tersenyum kepadaku dan aku membalas senyumannya.
Setelah memberikan bento kepadaku, Haruka meminta diri untuk beredar. Aku juga turut beredar ke kelasku.

*************

Setibanya di kelas, Aito dan Eiji menyapaku.
“Ohayo, Alvin” kata Aito dan Eiji.
“Ohayo, Aito, Eiji.” Balasku. Memandangkan kami bertiga sangat rapat, Aito dan Eiji menyuruh aku memanggil mereka dengan menggunakan nama pertama mereka dan bukan nama keluarga. Kebiasaannya, di Jepun, mereka akan memanggil antara satu sama lain dengan menggunakan nama keluarga sekiranya mereka tidak begitu rapat.
“Bento? Hari ini awak bawa bento?” tanya Eiji kepadaku.
“Tak, ada orang beri.” Jawabku.
“Hontoni?? (*benarkah?)” tanya mereka berdua serentak. Aku hanya mengangguk melihat reaksi terkejut mereka.
“Waa, Alvin, siapa yang beri?” tanya Aito.
“Yoshida-san?” kataku.
“Yoshida-san? Siapa tu? Kelas mana? Banyak lagi Yoshida kat sekolah ni. Yoshida yang mana satu?” tanya Aito bertubi-tubi. Eiji di sebelahnya hanya mengangguk.
“Yoshida Haruka? Kelas mana tu aku tak tahu.” Jawabku.
“Yoshida Haruka? Aku tak kenallah. Kau kenal tak, Aito?” kata Eiji sambil bertanya kepada Aito.
“Kenal. Yoshida Haruka , kelas sebelah saja.” Jawab Aito. Aku dan Eiji memandang Aito.
“Macam mana awak kenal Yoshida? Bukan dia budak barukah?” tanyaku kepada Aito.
“Budak baru? Bukanlah. Dia pun sama macam kita, tahun akhir juga.” Kata Aito. Aku dan Eiji memandangnya kehairanan.
“Betulkah? Kenapa aku tak pernah kenal?” kata Eiji pula.
“Eiji, kau ingat lagi tak perempuan yang main piano dekat café seberang dengan Ueno Park?” Tanya Aito kepada Eiji.
“Ingat. Perempuan yang comel tu kan? Kenapa dengan dia?” tanya Eiji lagi.
“Tu lah Yoshida Haruka.” Kata Aito.
“Huh? Serius?” tanya Eiji lagi. Aito hanya mengangguk.
“Macam mana awak kenal Yoshida? Tengok dia dekat sekolah ni pun baru pertama kali. Tu pun semalam dan hari ni.” Tanyaku ingin tahu kepada Aito.
“Kami sama sama berada di kelab muzik. Tapi dia pun jarang datang. Ada masa sampai dua bulan dia tak datang.” Jawab Aito.
“Huh? Dua bulan? Serius ni? Sekolah tak ambik tindakan kah?” tanyaku lagi, kehairanan.
“Entah. Tak kut sebab dia masih lagi ahli kelab tu. Mungkin ada sebab kut.” Jawab Aito.
“Dah lah, jom duduk kat tempat masing-masing. Tak lama lagi Yamada Sensei nak datang.” Kata Eiji tiba-tiba. Kami bertiga segera mengambil tempat duduk masing-masing.

**************

Pada waktu rehat aku pergi ke kantin bersama dengan Aito dan Eiji. Ketika Aito dan Eiji masih berbaris untuk membeli makanan, aku meminta diri untuk membeli minuman. Mereka berdua sempat berpesan untuk turut membelikan mereka minuman.
Setibanya di mesin membeli minuman, seseorang menyapa aku dari belakang.
“Alvin-kun?” sapa seseorang. Aku menoleh kebelakang. Aku melihat Haruka memandangku sambil tersenyum.
“Yoshida-san.” Kataku.
“Alvin-kun,” katanya sekali lagi. Tidak seperti pagi tadi, Haruka memanggilku dengan gelaran –kun dibelakang.
“Kun?” tanyaku. Haruka mengangguk sambil tersenyum.
“ya, Alvin-kun. Bolehkan kalau saya panggil awak macam tu?” tanya Haruka pula.
“Kenapa?” tanya aku balik tanpa membalas soalannya.
“Sebab saya nak berkawan dengan awak? Bolehkan?” kata Haruka. Dia tersenyum kepadaku. Aku mengangguk dan berkata,
“Boleh.” Haruka menghulurkan tangannya. Aku menyambut tangannya.
“Terima kasih, Alvin-kun.” Kata Haruka.
“Sama-sama.” Jawabku.
“Kalau macam tu, saya pergi balik kelas dulu. Jumpa lagi.” Kata Haruka sambil melambaikan tangannya. Aku tersenyum kepadanya. Tiba-tiba, aku mendengar ada orang berdehem dari belakang.
“Ehemm! Alvin-kun, ehemm!” aku berkalih ke belakang. Di belakangku, Aito dan Eiji sedang tersengih memandang ke arahku. Dari gaya tingkah laku mereka, kelihatan mereka sudah pun mendengar perbualan aku dengan Haruka.
“Seronok nampak. Bual apa tadi?” Tanya Eiji sambil tersengih. Aku memandang sambil menggelengkan kepada.
“Dah lah , jangan usik Alvin. Jom balik kelas. Aku dah lapar ni.” Ajak Aito. Kami bertiga berjalan menuju ke kelas.

********************

Aku membuka bento yang diberikan oleh Haruka tadi. Aito dan Eiji segera menoleh ke arah bento tersebut.
“Wah, bento tu nampak sedap la.” Kata Eiji.
“Nak?” tanyaku sambil menghulurkan bento kepadanya.
“Eh, takpe la. Lagipun itu Yoshida-san yang beri. Kau makanlah.” Kata Eiji.
“Takpe, kita boleh kongsi pun.” Kataku kepada Eiji sambil menghulurkan bento itu lagi. Eiiji terus mengambil sedikit. Aku juga turut menghulurkan kepada Aito tetapi Aito menolak dengan alasan tidak mahu makan banyak.
Setelah habis kelas, aku terus menuju kearah tempat meletakkan basikal. Tidak seperti semalam, hari ini aku menggunakan basikal untuk pergi ke sekolah.
“Alvin-kun!” aku mendengar suara Haruka memanggilku dari belakang.
“Yoshida-san. Ah, besok saya beri awak bekas makanan ni sebab saya belum cuci lagi.” Kataku kepada Haruka sambil menunjukkan bakul tempat aku menyimpan bekas makanan tersebut.
“Tidak apa. Awak beri sahaja kepada saya. Nanti saya boleh cucikan.” Kata Haruka.
“Eh, tidak apalah, Yoshida-san. Saya boleh cuci sendiri.” Kataku lagi.
“tidak mengapa, Alvin-kun.” Kata Haruka sambil tangannya mengambil bakul tersebut dari tanganku. Aku hanya membiarkannya sahaja.
“Yoshida-san, terima kasih.” Kataku kepada Haruka.
“Sama-sama.” Kata Haruka sambil tersembut.
“Alvin-kun, bas dah nak sampai. Saya pergi dulu.” Kata Haruka sambil meminta diri. Dia melambaikan tangannya kepadaku. Aku tersenyum dan melihat Haruka menuju kea rah bas yang sudahpun sampai.

************************


*Yoshida Haruka point of view

Aku telah sampai di kedai Bakery Sweet Café. Café tersebut adalah milik keluargaku. Kami hanya menyediakan pelbagai jenis kuih Dan kek. Café tersebut sudah Lama beroperasi sejak aku kecil lagi. Kami tinggal di atas kedai tersebut.
“Otou-San, okaa-san, saya dah balik.” Ayahku segera menjenguk dari dapur. Ibuku tersenyum kepadaku.
“Haruka-chan, selamat balik.” Jawab ibu dan ayahku.
“Haruka-chan, kamu nampak gembira hari ni.” Kata ibuku.
“Ya lah. Ada perkara baik yang terjadi ke kat sekolah?” tanya ayahku pula.
“Okaa-san, otou-san, masih ingatkah dengan seseorang yang pernah saya katakan setahun yang lalu? Yang saya cari selama ini?” tanyaku kepada ibu dan ayahku.
“Oh, tentang budak lelaki yang tolong awak tidak jauh dari taman Uena itukah?” tanya ibuku. Aku mengangguk.
“Eh? Siapa tu? Saya lupa pula.” Kata ayahku sambil menggaru kepala.
“Otou-san, kamu selalu lupa.” Balasku. Ayahku hanya tersengih.
“Kenapa dengan budak lelaki tu?” tanya ibuku.
“Okaa-san, saya dah jumpa dia!” kataku dengan nada yang teruja.
“Benarkah? Baguslah. Lagi pun ini yang kamu nantikan selama ini.” Kata ibuku sambil membelai rambutku.
“Baiklah, okaa-san. Dengan masa yang ada ini, saya akan berusaha untuk mencipta kenangan yang baik dengan Alvin-kun.” Kataku.
“Alvin? Jadi nama dia Alvinlah.” Kata ibuku. Aku mengangguk. Ayahku yang dari tadi hanya menjadi pendengar yang setia, terus menyampuk.
“Sekarang Otou-san sudah ingat. Dekat mana awak jumpa dia?” Tanya ayahku.
“Dekat sekolah.” Jawabku.
“huh? Dekat sekolah? Habis kenapa selama ini awak tak pernah jumpa dia?” tanya ayahku lagi. Ibuku turut memandangku.
“Mungkin sebab saya jarang pergi sekolah ataupun mungkin takdir belum menemukan aku dengan dia.” Jawab ku.
“Ehemm! Jadi, bento yang kamu sediakan pagi tadi untuk dia?” kata ayahku dengan nada gurauan.
“Otou-san! Ya, memang saya buat untuk Alvin tapi janganlah buat nada macam tu.” Kataku.
“Kamu ini. Janganlah bergurau macam tu. Kesian anak kita. Dah lah. Haruka, awak boleh naik ke atas kalau mahu berehat.” Kata ibuku.
“Ok lah, otou-san, okaa-san. Saya naik ke atas dulu.” Aku segera naik keatas dan menuju ke arah bilikku.
Setibanya dibilik, aku duduk di meja belajar. Aku membuka laci mejaku dan mengambil seutas jam. Jarum jam tersebut sudah berhenti berjalan. Aku memandang jam tersebut dan mengingatkan aku dengan sesuatu.

********************


*setahun yang lalu..
‘Aduh, aku dah lambat ni.’ Kataku dalam hati sambil melihat ke arah pintu depan Taman Uena. Belum sempat aku mengayuhkan basikal ke arah tanan tersebut, tiba-tiba aku hilang imbangan dan kepalaku berasa pening. Aku terjatuh daripada basikal.
“Aduh, sakitnya!” kataku sambil memegang sikuku yang terasa perit.
“Cik tidak apa-apa?” ada seseorang yang menyapaku. Aku mendongak ke atas dan melihat seorang lelaki kira-kira sebaya denganku. Wajahnya kelihatan asing dan tidak seperti orang tempatan. Tetapi dia fasih berbahasa jepun, dan dia kacak. Lelaki itu menghulurkan tangannya kepadaku. Tanpa aku sedari, jantungku berdetak kencang dan tanganku sudah pun berada di genggaman tangannya. Dia membantu aku bangun.
“Cik tak apa-apa?” tanya lelaki tersebut.
“Saya okay.” Jawabku. Mataku masih memandang kearahnya.
“Maafkan saya sebab tak nampak kiri kanan masa nak melintas jalan.” Katanya sambil menunduk.
“Tidak apa. Saya juga minta maaf sebab cuai masa bawa basikal. Lagipun basikal saya pun ok. Awak tak perlu rasa bersalah.” Kataku kepada lelaki tersebut.
“Terima kasih. Kalau macam tu, saya perlu dulu sebab dah lambat ni.” Kata lelaki tersebut, terus belalu.
“Tunggu! Nama awak…” belum sempat aku bertanyakan nama, dia sudah pun berlalu.
‘Tak apalah. Kalau dah takdir ,aku pasti akan jumpa dia balik’ kataku dalam hati. Tiba-tiba, mataku fokus ke sesuatu benda. Ada seutas jam tangan di sebelah kakiku. Aku segera mengambil jam tersebut dan membeleknya. ‘Alvin John’ tertulis di setiap tepi jam tangan tersebut. Jam tangan tersebut nampaknya tidak berfungsi lagi. Aku tersenyum.
‘Nampaknya, kita akan berjumpa kembali.’


******************


Aku tersenyum apabila mengingat kembali pertama kali aku bertemu dengan Alvin. Mungkin dia sudah lupa dengan aku, tetapi itu tidak mengapa. Aku faham akan itu. Aku mendengar ketukan pintu dari luar bilikku. Ibuku menjenguk ke dalam bilikku.
“Haruka-chan, selepas mandi jangan lupa makan tengahari. Okaa-san sudahpun sediakan makanan tengahari dekat daput. Dan jangan lupa makan ubaht, tahu,” kata ibuku sambil mengingatiku.
“Baiklah, okaa-san. Hari ini perlukah saya tolong nanti dekat café?” Tanyaku.
“Tak perlulah. Nanti hari sabtu baru kamu boleh tolong kami dekat café. Lagipun ramai kanak-kanak yang cari kamu sebab lama kamu tidak main piano.” Jawab ibuku sambil tersenyum kepadaku.
“Ye la. Lama betul saya tidak jumpa mereka terutama sekali Ami-chan dengan Ako-chan.” Kataku lagi. Ami dan Aku adalah sepasang kembar. Setiap hujung minggu, ibu atau bapa mereka selalu membawa mereka singgah di café kami kerana mereka berdua suka apabila mendengar aku memainkan piano. Cuma baru baru ini, aku tidak dapat bermain piano. Aku melihat ke arah tanganku. Ibuku yang tadi hanya berada di depan pintu , masuk ke dalam bilikku.
“Haruka-chan, sudah lah, jangan fikir banyak. Kamu pasti boleh sembuh.” Kata ibu sambil memelukku. Tanpa aku sedari, air mataku menitis.
“Okaa-san, saya tidak apa-apa. Walaupun nanti masanya akan tiba, saya tidak akan menyesal sebab saya sudah jumpa apa yang saya inginkan.” Kataku sambil tersenyum. Ibu mengelap air mata dipipiku dengan tangannya. Aku tahu ibu sedang tahan air matanya daripada terjatuh.
“Saya percaya dengan kamu sebab saya tahu anak saya kuat.” Kata ibuku.
“Tentulah. Sayakan Yoshida Haruka.” Kataku sambil ketawa. Ibu tersenyum melihat telatah aku.
“Oklah, Haruka-chan. Kamu berehatlah. Kesian Otou-san tunggu lama dekat bawah.” Kata ibuku. Aku mengangguk. Ibu keluar untuk membantu ayahku dibawah. Aku mencapai tuala dan masuk kebilik mandi.

****************


*Alvin point of view
Seperti biasa, aku menunggu Aito dan Eiji di luar kelas untuk sama pergi ke padang sekolah. Hari ini kami ada aktiviti kelab bola sepak. Aku, Aito dan Eiji sama-sama menjadi ahli bola sepak sekolah. Hari ini adalah giliran Aito dan Eiji mengemas kelas sama dengan beberapa orang rakan sekelas yang lain.
“Alvin!” aku melihat Aito berjalan menuju ke arahku.
“Aito, Eiji mana?” tanyaku apabila aku melihat dia hanya berjalan sendirian.
“Eiji pergi ke pejabat guru tadi. Hantar report kat Yamada-sensei.” Kata Aito.
“Oh, patutlah. Jom tunggu dia di depan tu.” Aku menunjuk ke arahpapan notis yang tidak jauh dari pejabat guru.
“Alvin, aku nak tanya satu soalan.” Kata Aito.
“Ok, apa dia?” tanyaku.
“Macam mana kau boleh kenal Yoshida-san? Sebab ramai yang tak kenal dia kecuali rakan sekelas dan rakan satu klub. Tu pun dia jarang datang.” Tanya Aito. Aku memandangnya dan menjawab,
“Oh, itu. Dia terlanggar aku semalam. Tidak jauh dari depat gate sekolah. Aku jatuh, dia pun sama, jadi kami berdua ada cedera sikit. Jadi aku tolong temankan dia ke bilik rawatan. Tu je. Tadi pun dia bagi bento sebagai tanda minta maaf dan terima kasih.” Jelasku kepada Aito sambil menunjukkan telapak tanganku yang cedera.
“Oww macam tu rupanya. Kebetulan la. Tak jatuh cinta ke?”tanya Aito sambil tersengih.
“Kau ni. Baru dua hari aku kenal dia tau. Mengarut betul.” Kataku.
“Haha mana tahu, cinta pandang pertama. Yoshida tu pun agak cantik orangnya. Kalau dia selalu datang tiap tiap hari ke sekolah, confirm dia ada ramai orang yang suka.” Kata Aito dengan nada bergurau.
“Kau ni ada-ada sajalah. Hah, itu pun Eiji. Jom gerak sekarang.” Aku melihat Eiji keluar dari bilik guru. Kami berdua berjalan menuju Eiji dan kami
bertiga terus pergi ke padang bola sepak.


****************

Seperti biasa, aku menuju ke arah loker tempat aku menyimpan barang. Aku membuka pintu lokerku dan aku melihat ada sesuatu asing didalam lokerku. Rupa-rupanya, benda tersebut adalah bento. Aku melihat ada sekeping nota di atas penutup bento tersebut.
‘Saya gembira kerana awak menikmati bento yang saya buat. Saya ada bawa lebih untuk awak. Harap awak terima.

-Yoshida Haruka’
Bento tersebut rupa-rupanya pemberian daripada Haruka. Aku binggung kenapa dia memberikan aku bento buat kedua kalinya. Aku mengambil barang- barangku dan juga bento tersebut lalu beredar ke kelas.
Sebaik saja tiba dikelas, seperti biasa, Aito dan Eiji pergi ke mejaku. Aku perasan bahawa mereka berdua ada melihat bento yang aku bawa.
“Wah! Kau dapat bento lagi?” Tanya Aito.
“Kalau aku cakap bento ni aku yang buat, korang percaya tak?” tanyaku sengaja menguji Aito dan Eiji.
“Haha memang tak lah. Bila masa pula kau ni rajin memasak? Lebih lebih lagi buat bento ni.” Kata Aito sambil ketawa ikuti oleh Eiji.
“Siapa yang bagi bento hari ni pula?” tanya Eiji. Aku menunjukkan nota yang ditulis Haruka kepada mereka berdua.
“Yoshida-san? Jangan jangan dia memang sukakan kau.” Kata Aito pula. Eiji hanya mengangguk.
“Kau ni. Awal pagi lagi dah mengarut. Termasuk hari ini baru 3 hari tau aku kenal dia.” Kataku kepada Aito.
“Kau apa tahu. Cinta pandang pertama” kata Eiji pula. Aku hanya menggelengkan kepala mendengar apa yang mereka berdua katakan.
“Apa kata kalau kau cuba kenali dia dengan lebih dekat dulu. Dia cantik apa.” Kata Aito.
“Betul tu. Kawaii” Kata Eiji pula.
“Korang ni. Dah lah. Pergi balik ke tempat duduk masing masing. Makin mengarut aku tengok.” Kataku sambil mengusir Aito dan Eiji.
“Takpe, kawan. Aku dan Eiji akan selalu sokong kau dari belakang.” Kata Aito sambil gelak. Mereka terus beredar ke tempat duduk masing-masing.

*************

Selepas tamat masa belajar, aku segera mencari Haruka di kawasan loker sekolah. Aku melihat dia sedang menyimpan barang di dalam lokernya.
“Yoshida-san,” aku segera memanggilnya. Haruka menoleh ke belakang. Dapat aku lihat riak terkejut di wajahnya.
“Al-Alvin-kun,” jawabnya. Aku menghulurkan bekas bento kepadanya.
“Saya tidak tahu kenapa awak beri saya bento lagi , tapi, terima kasih.” Kataku. Haruka mengambil bekas bento tersebut dari tanganku.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu.” Kataku sambil meminta diri. Aku segera beredar.
“Alvin-kun, tunggu sekejap.” Aku mendengar Haruka memanggilku. Aku berpusing ke belakang dan melihat Haruka berjalan ke arahku.
“Saya akan buatkan awak bento tiap-tiap minggu.” Katanya lagi. Aku memandangnya kehairanan.
“Kenapa?” tanyaku.
“Sebab saya nak jadi kawan awak. Boleh tak saya jadi kawan awak juga, sama seperti awak dengan Aoyama-san?” tanyanya kepadaku. Aku terdiam seketika. Aku melihat dia nampak gelisah.
“Tentu saja boleh. Tapi awak tak payah beri saya bento. Kita tetap boleh berkawan.” Kataku menjawab pertanyaannya. Aku melihat ada senyuman yang terukir di wajahnya.
“Terima kasih, Alvin-kun. Tapi saya tetap akan membuatkan awak bento. Takde bantahan.” Katanya lalu berlari ke luar pintu utama. Aku hanya ketawa kecil melihat telatahnya. Memang benar kata Eiji, dia comel.

****************

Kini sudah dua minggu Haruka membuatkan aku bento. Aku juga semakin akrab dan selesa dengannya berbanding dengan pada mulanya kami berdua bertemu. Kadang-kadang dia pergi ke kelas ku untuk bertanya tentang matapelajaran maths dan bahasa Inggeris kepadaku kerana katanya dia lemah dalam kedua-dua subjek tersebut. Aito dan Eiji pula jangan ditanya. Mereka berdualah yang makin kerap mengusikku setiap kali Haruka berlalu ataupun limpas.
Tetapi hari ini lain sikit. Aku tidak nampak pun bekas bento di dalam lokerku. Dalam hatiku berfikir mungkin dia agak sibuk hari ini. Aku segera mengambil barangku dan pergi ke kelas.
Setibanya dikelas, aku menghampiri Aito.
“Aito, hari ini aku pergi ke kantin dengan kau dan Eiji.” Kataku kepadanya.
“Eh! Girlfriend kau hari ini tidak buatkan bento ke harini?” tanya Aito dengan selamba.
“Ish, kau ni! Mengarut betul.” Kataku sambil mencubit lengan Aito.
“Aduh! Sakitlah.” Kata Aito sambil menggosok bekas cubitan tersebit.
“Dahlah, nanti aku pergi ke kantin dengan korang.” Kataku lagi.
“ok ! Ok!” Jawab Aito. Aku beredar ke tempat dudukku.

***********

Sebaik sahaja selesai membeli makanan, tiba-tiba Asuka-sensei memanggilku. Aku menyerahkan plastik makanaku kepada Aito dan berjalan ke arah Asuka-sensei.
“Ada apa, sensei?” tanyaku kepada Asuka-sensei.
“Nah, ini buku nota English awak. Haruka-san yang minta tolong saya berikan sebab hari ini awak perlu pakai ini.” Kata Asuka-sensei sambil menyerahkan buku notaku yang dipinjam oleh Haruka tempoh hari. Asuka-sensei merupakan guru kelas Haruka. Aku mengambil buku notaku dari tangan Asuka-sensei.
“Terima kasih, sensei. Tapi, kenapa Yoshida-san tidak memberikan nota ni kepada saya sendiri?” tanyaku kepada Asuka-sensei.
“Oh, semalam kebetulan sensei ada singgah dekat café dia orang. Haruka-san tidak sihat jadi dia minta tolong sensei bagi buku ini kepada awak sebab dia tidak dapat datang ke sekolah hari ni.” Jelas Asuka-sensei.
“Oh, patutlah.” Kataku.
“Alvin, ini kali pertama saya melihat Haruka-san ingin berkawan dengan seseorang terutamanya lelaki. Jadi sensei harap, awak dapat menghargai setiap masa yang awak ada dengan dia.” Kata Asuka-sensei kepadaku. Aku kehairanan mendengar kata-katanya.
“Kenapa tiba-tiba sensei? Saya tak fahamlah sebab saya memang selalu menghargai setiap masa yang saya ada dengan kawan-kawan saya.” Kataku.

“Tak apalah Alvin-san. Bila masanya tiba nanti awak akan faham. Ok lah, awak boleh balik ke kelas. Nanti terlepas masa rehat awak.” Kata Asuka-sensei.

“Terima kasih Asuka-sensei.” Kataku sambil menunduk hormat dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience