Selesai majlis pelancaran, semua tetamu dijemput untuk ke ruang pameran bagi melihat dengan lebih dekat koleksi terbaru barang kemas yang dilancarkan.
Miya dan Adrian turut bersama tetamu lain, melihat semua koleksi yang dipamerkan. Seutas rantai dengan loket berbentuk bunga matahari 50.01 carat dengan bahagian disk floretnya ditatah dengan berlian berwarna kuning menarik perhatian Miya. Membongkok, dia memerhati koleksi itu penuh minat.
“You like it?” tanya Adrian apabila melihat Miya begitu tertarik dengan rantai itu.
Miya memandang Adrian sekilas dan tersenyum. “I don't really like it, but i love to see the uniqueness of every single detail of this design."
Melangkah mendekati Miya, Adrian turut memerhati rantai yang diberi nama Eternal Love itu.
"This is really not your style," ujar Adrian. Sepanjang pengamatannya, Miya tidak begitu sukakan aksesori yang terlalu menonjol.
"Yeah ..this luxurious necklace doesn't fit my ordinary styles."
Adrian jongket kening; tidak begitu bersetuju dengan Miya. "Well...Sometimes there's a lot of beauty in ordinary things."
Miya hanya tersenyum dengan kata-kata Adrian itu.
“The necklace with yellow diamond pendant is stunning.”
Suara yang tiba2 muncul dari belakang mereka itu membuat Adrian dan Miya menoleh.
Menyisihkan sedikit tubuhnya ke tepi, Miya memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu melihat lebih dekat koleksi 'Eternal Love'.
Dia cukup kenal pasangan suami isteri itu.Pasangan Kim; pemilik sebuah syarikat pengeluar barang kemas dari Korea Selatan dan dicatatkan sebagai salah 'potential buyers' mereka malam ini. Miya pernah mengikuti rombongan DayMond Jewels ke pameran barang kemas yang diadakan oleh syarikat pasangan itu di Seoul tahun lalu.
“This is a very luxurious citrine suite. The sunflower design of the pendant is unique, featuring forty eight round white diamonds totaling 105.22 carat encircling the 50.01 carat disk floret yellow diamond,” terang Miya.
Pasangan itu mengangguk-angguk; kelihatan berminat dengan koleksi Eternal Love itu.
"If you can get the couple to buy the Eternal Love, I will grant you one wish without second thought." Menyendengkan sedikit tubuhnya, Adrian berbisik kepada Miya.
"Really? Once it was said, you can't take it back."
"Yeah. I'm a man of my words."
"Believe it or not, I can sell at least three collections tonight."
"Your confidence level is truly amazing."
"That's the best accessory I can wear."
"Good luck." Adrian berbisik sebelum meninggalkan Miya dengan pasangan Kim sementara dia menghampiri tetamu lain yang berlegar-legar di ruang pameran itu.
“Hi, I’m Miya Liany, the Manager of Marketing Department at D-Mond Jewels.” Miya memperkenalkan diri. Akan dia gunakan segala kepakaran dan pengalamannya sebagai Pengurus Pemasaran sehingga cincin bernilai dua juta ringgit itu terjual kepada pasangan suami isteri itu. Pengaruh besar pasangan itu di Korea Selatan akan memberi publisiti yang meluas kepada DayMond Jewels jika mereka membeli salah satu koleksi yang dilancarkan malam ini.
“I’m really attracted to this necklace. Very unique and absolutely gorgeous” ujar Mr Kim.
“This collection is named Eternal Love” ujar Miya.
Each name given to this collection has its own love story. For the 'Eternal Love' collection, the designers were inspired by the love story of Odysseus and Penelope."
"Who are they?" Memandang Miya, Mrs Kim kelihatan berminat. "Love stories are usually associated with Romeo and Juliet, but the name you mentioned earlier, I have never heard."
"Oh, in Greek mythology, Odysseus was the son of Laertes and Antikleia and he was the King of Ithaca and also a leader of the Kephallenians. Long story short, Odysseus travels home after the Trojan war, while his wife, Penelope must reject the man who wants to try to take Odysseus's place, so they can rule the kingdom. One day, Odysseus had angered Poseidon, the God of the Sea, by killing the cyclops so that it would not be easy for him to return home. His wife and family didn't know if he was alive or dead after all this time. Yet his wife remained loyal to him, believing he could come home at any moment. Ten years after the Trojan war ended and after many adventures, Odysseus arrives home disguised as a beggar."
"So the loyalty of his wife is the symbol of Eternal Love."
"Yup...exactly."
SELESAI dengan pasangan Kim, Miya berbual dengan beberapa tetamu lain yang kelihatan berminat dengan koleksi terbaru yang dilancarkan. Tanpa rasa kekok atau canggung, tidak sukar dia menyesuaikan diri dalam majlis itu. Tidak berhenti dia bercakap dan memberi penerangan kepada tetamu-tetamu daripada kelas sosial tertinggi itu.
Tutur katanya fasih, teratur, dan riak wajah serta senyumannya sungguh mempesonakan. Setiap penerangan yang diberi begitu lancar, seolah-olah semuanya sudah terakam di kepalanya. Malah, senyuman professional yang sentiasa terukir di wajahnya membuat semua tetamu terpegun dengan penerangannya.
“Beautiful with brains, huh.”
Adrian menoleh apabila mendengar suara dari belakangnya. Ayahnya tersenyum sambil menghulurkan segelas jus oren kepadanya.
“Thanks.” Gelas itu bertukar tangan.
“She’s really good in marketing,” ujar Tan Sri Alexander.
Adrian tidak membalas, tetapi mengakui kebenaran kata-kata bapanya itu.
“Did you know that the Kims want to buy the citrine suite worth 2.6 million ringgits?”
Bulat mata Adrian memandang ayahnya.
“Really?” Adrian tertawa tidak percaya.
“Yeah. I think we could earn ten million ringgits in one night,” balas Tan Sri Alexander dengan nada bergurau membuat Adrian tertawa.
MAJLIS selesai menjelang pukul satu pagi. Berhasil menjual empat set koleksi dengan nilai jualan dua belas juta ringgit, Miya benar-benar puas. Ya, walaupun 12 juta itu tidak mengalir masuk ke dalam akaunnya.
Terasa berbayar segala penat lelah, jerih perih selama beberapa bulan ini. Rasanya majlis malam ini adalah kejayaan terbesar yang pernah dicapai sejak dia bekerja di DayMond Jewels.
BERSANDAR pada tempat duduk kereta, Miya merapatkan kelopak matanya. Letih dan mengantuk. Lapar juga.
Ah, baru dia teringat dia tidak menjamah apa-apa makanan sejak petang tadi. Majlis pelancaran tadi ada menyediakan makanan secara buffet, tetapi dia tidak sempat menjamahnya kerana sibuk bersama pelanggan berpotensi.
“I’m extremely hungry. Can we stop by to buy food?” ujar Miya.
“Nak makan apa?” tanya Adrian.
"Drive-thru McD jelah."
"Okay." Adrian bersetuju lalu mengarahkan Akram singgah di restoran Mcdonald beberapa ratus meter di depan.
Membelok masuk ke laluan pandu lalu restoran McDonald, Akram memberhentikan kereta berhampiran mesin pesanan.
“Nak order apa ni?” tanya Adrian sambi memandang Miya. Duduk di sebelah kanan, dia yang terpaksa membuat pesanan bagi pihak Miya.
“Ermm…” Miya kelihatan berfikir-fikir, sebelum tiba-tiba mengengsot ke arah Adrian.
Menjengukkan kepala ke luar tingkap, dia mula membuat pesanan. "One set of spicy chicken mcdeluxe, tapi air nak tukar milo ais."
Meletus tawa Adrian apabila Miy minta menukar minumannya. Terasa seperti Miya seusia Lora, minta ditukar minuman bergas kepada air milo. Namun dia tidak berkata apa-apa. Hanya memandang Miya yang separuh tubuh sudah berada di pangkuannya.
“Do you want anything?” tanya Miya sambil memandang Adrian. Ketika itu baru dia sedar dekatnya jarak dia dan Adrian. Merona merah wajahnya apabila dalam jarak sedekat itu, dia boleh melihat imejnya sendiri di dalam mata Adrian.
“No.”
"Please add two sundae chocolate." Miya mengakhiri pesanan sebelum cepat-cepat kembali ke tempatnya. Dikuis-kuis helaian rambut yang jatuh di dahi, mengurangkan rasa malu.
“What’s wrong? It's not like you've never sat on my lap before. In fact you look so comfortable every time you do it.” Adrian sengaja mengusik. Semakin Miya malu, semakin seronok dia mengusik. Suka dia melihat muka Miya merah menahan malu.
“Awak yang tarik saya, bukan saya duduk secara suka rela and I will not let myself to get too comfortable with it,” balas Miya.
“Why?” Adrian tidak menyangka Miya akan menjawab. Fikirnya, Miya hanya akan diam dan tidak melayan usikannya itu.
“Because, when you’re not around, I’m afraid that I will find another man’s lap to...”
“Say it again, Miya!” Bulat mata Adrian memandang Miya.
“I said…..”
“Listen here Miya Liany...Dare you to find another man’s lap, I swear I will break your legs. Understand?!” Adrian mengancam.
Miya tersengih.Tidak sangka Adrian akan berang dengan jawapannya, sedangkan dia hanya bergurau.
“You’re so funny," ujarnya lalu terkekeh perlahan.
Kecil mars Adrian memandang Miya. Ikutkan rasa geram, rasa mahu diterkam.dan dikunyah Miya hidup-hidup.
“How dare you make fun of me huh! Let’s see how can I teach you a lesson.”
Miya ingin menjawab, tetapi ketika itu mereka sudah sampai ke kaunter pengambilan makanan. Akram mengambil makanan yang telah siap dibungkus dan menghulurkannya kepada Miya.
“Terima kasih,” ujar Miya.
“Sama-sama puan.”
"Here, your ice cream." Miya menghulurkan satu cawan ais krim sundae chocolate kepada Adrian.
"For me?"
Miya angguk. "You give me black card and I pay it with sundae chocolate."
Teragak-agak Adrian mahu ketawa. Black Card dibalas dengan secawan ais krim?
"This is not a fair pay at all," balas Adrian lantas menyambut ais krim yang dihulurkan Miya.
"Saya tak pernah bagi apa-apa pada awak sejak kita kahwin while you've given me a lot. So anggap tu pemberian pertama saya. Let me be you sundae, and you'll be my favorite topping."
"I like the quote. It decribes me and you accurately."
Berkerut dahi Miya. "How?"
"You're my sundae and I'm your topping because I'm always on top and you as a sundae, slowly melting under me."
Bersembur burger dari mulut Miya yang belum lumat dikunyah. Terbatuk-batuk dia sehingga merah mukanya.
Akram di depan juga berdehem beberapa kali sebelum Adrian menekan suis menaikkan penghadang yang memisahkan tempat duduk depan dan belakang.
Dengan wajah tidak bersalah, dia menghulurkan tisu kepada Miya sebelum menikmati ais krimnya.
Mendengus sebal, Miya tidak berani berkata apa-apa lagi selepas itu. Bimbang dimanipulasi dan berakhir dia yang malu.
Bunyi telefon Adrian memecahkan keheningan antara mereka.
Tertanya-tanya juga Miya, siapa yang menghubungi Adrian pada waktu begini. Namun, tidak lama pertanyaan itu bersarang dalam benaknya apabila mendengar nama Eryna keluar dati mulut Adrian saat menjawab panggilan.
"Yeah... Everything went smoothly. Miya managed to sell four out of twelve collections."
Miya toleh apabila namanya disebut. Apa Eryna menghubungi Adrian semata-mata untuk bertanya tentang itu?
"I dalam kereta dengan Miya. On the way balik. You should go to bed and have a good rest."
"..."
"Yeah...bye... Good Night." Menamatkan panggilan Eryna, Adrian menyimpan semula telefon di dalam saku dalam blazernya.
"You and Eryna seem to have a very close relationship."
"Dia dah kerja dengan saya lama, sebelum saya kenal Dahlia lagi."
"Selalu dia telefon awak waktu-waktu macam ni?"
"Tak jugak."
"Maksudnya ada la?"
Berkerut dahi Adrian dengan soal jawab Miya. Sejak bila Miya jadi cerewet begini?
"Of course la ada. She's my PA."
"Pukul satu pagi, dia call sebagai PA?"
Adrian pandang Miya tidak berkelip.
"What's wrong with you?"
"Nothing wrong with me. Saya cuma tanya because I'm curious." Miya menjawab selamba lalu menggigit burger di tangannya.
"Curious about what?"
"Isteri awak tak marah dia call waktu-waktu macam ni?" Tidak menjawab pertanyaan Adrian, Miya malah bertanya balik.
Bertambah-tambah kerut di dahi Adrian dengan pertanyaan Miya.
"Which wife?! You're my wife!"
"Oh..." Miya terkebil-kebil. Dia memaksudkan Dahlia, terlupa pula dia juga isteri Adrian. ".. lupa...I mean your previous wife."
"She never questioned me about my relationship with Eryna. And what do you say just now? Lupa? Lupa yang awak isteri saya?"
"Bukan macam tu. When I mentioned wife, I was referring to Dahlia."
"Dia dah meninggal. You're my wife now."
"Itu yang saya tanya. Saya yang...." Miya terhenti. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Adrian.
"Saya yang apa?"
"Saya...cuma...Maksudnya, saya yang...
isteri sementara pun rasa a little bit weird and not comfortable bila ada perempuan call awak waktu-waktu macam ni walaupun dia PA." Terbata-bata perkataan Miya kerana bimbang kata-katanya memancing kemarahan Adrian. Takut-takut dia menjeling Adrian melihat reaksi suaminya itu, namun Adrian hanya diam.
"PA should work within office hour, right? Kalau nak hire PA yang boleh kerja 24 hours, baik awak kahwin dengan PA awak. Ataupun awak lantik isteri awak sebagai PA."
"Are you jealous, Miya?"
"No, I'm not jealous..."
Adrian jongket kening, tidak percaya dengan penafian Miya.
"I just feel uncomfortable. Awak dah seharian dengan dia dari pagi sampai petang, kenapa dia masih nak ganggu awak malam-malam? Oh bukan malam okay? Awal pagi."
"Dia cuma tanya tentang majlis tu."
"I know. That's not the point. The point is...masa tak sesuai. Bila awak dah tinggalkan pejabat, dia dah tak boleh ganggu awak semata-mata nak tanya tentang majlis yang dia tak ada kena mengena."
Adrian merenung Miya lama. Apa Miya cemburu dengan Eryna? Ya, itu yang dia rasa, tetapi Miya menafikannya.
"When you with me, you're mine. Totally mine. And you're my husband. Dan selagi awak masih suami saya, saya ada hak ke atas awak. Saya ada hak untuk rasa tak suka bila ada perempuan call suami saya pada waktu macam ni."
Adrian mahu menjawab, tetapi Miya pantas menyela.
"Saya belikan awak ais krim because I want to share with you something I really like. I want you to taste it and say, errmmm this is good. Tapi awak letak tepi ais krim yang saya beli which is pemberian pertama saya, untuk jawab telefon dari perempuan lain."
Adrian melirik ais krim yang diberi Miya tadi yang diletakkan di atas 'arm rest'. Saat tangannya mahu mengambil semula ais krim itu, Miya terlebih dahulu menyambar.
"Dah cair. It doesn't taste good anymore." Dicedok ais krim itu lalu menyuap ke mulutnya.
"Baru berapa minit, tak sempat cair pun."
Tiada jawapan daripada Miya. Bergilir-gilir dia menyuap ais krimnya dan ais krim Adrian ke mulutnya.
Adrian hanya memerhati sambil mengulum senyum.
"Let me taste it," ujarnya.
Tiada jawapan.
"Miya..."
Tidak merespon Adrian, Miya menonggak semua sisa ais krim di cawan Adrian sehingga licin, sebelum menghabiskan ais krimnya.
"Tawaran tak datang selalu. Once it is ignored, then there is no second chance," balas Miya lantas menjilat sisa ais krim pada bibirnya.
"But I still can get a chance to taste the ice cream."
"Of course you do. McDonald bersepah dekat KL ni. Anytime boleh dapat."
"No. Saya tak ada masa nak singgah McD malam-malam ni."
"Esok pun boleh." Entah mengapa Miya begitu berani menjawab dengan Adrian malam ini. Mungkin kerana sebal dengan panggilan Eryna tadi.
"Saya nak rasa ais krim pemberian pertama awak." Menarik tubuh Miya ke arahnya, satu tangan menahan pinggang Miya, satu tangan lagi menelusup ke belakang kepala Miya, sebelum lidahnya menjilat sisa ais krim yang menempel pada sudut bibir isterinya itu.
"It taste good," ujarnya. "...too good that I can't get enough of it."
"I have more in my mouth," balas Miya.
Kata-kata Miya itu membuat Adrian menyambar bibirnya sekali lagi. Tangan Miya bergerak menelusup di sela-sela rambut Adrian dan menikmati ciuman suaminya itu. Lenguh menyendeng, Adrian menarik tubuh Miya sehingga terduduk di pangkuannya tanpa melepaskan tautan bibir mereka. Tidak tahu berapa lama ciuman panas itu berlangsung, sehingga ketukan pada cermin kereta membuat mereka terhenti.
Cepat-cepat Miya turun dari pangkuan Adrian dan bersandar pada tempat duduknya. Sesaat mereka terdiam dengan nafas memburu.
"Dah sampai,tuan." Terdengar suara Akram dari luar.
Miya tutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Malunya ya Tuhan! Apa Akram melihat apa yang dia lakukan dengan Adrian tadi? Selalunya, Akram akan terus membukakan pintu kereta untuk Adrian sebaik sahaja sampai, tetapi kali ini pemandu suaminya itu mengetuk cermin terlebih dahulu.
"Dah, cepat turun. Akram nak balik tu," ujar Adrian lalu membuka pintu, keluar dan berjalan melewati Akram seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Miya pula menunduk, sambil berlari-lari anak mengikuti langkah Adrian menuju ke lif. Tidak berani dia mengangkat muka memandang Akram.
"Malunya..." Desis Miya. Tapak tangan menutup muka, Miya tidak dapat membayangkan bagaimana muka Akram saat melihat aksi dia dan Adrian tadi.
"Awak tahu macam mana nak hilangkan rasa malu tu?" Adrian bersuara sambil menyendengkan sedikit tubuhnya ke arah Miya.
Mengalihkan tangan dari wajahnya, Miya pandang Adrian. "How?"
"We have to do it frequently."
Ketika otak Miya masih mentafsir kata-kata Adrian itu, pinggangnya dirangkul lalu bibirnya diraup sekali lagi tidak memberi celah untuk dia menolak.
"Adrian... There's CCTV here," ujar Miya di sela ciuman mereka.
"I don't care."
Ciuman panas itu bersambung sehingga mereka sampai di depan pintu. Menekan kata laluan tanpa melepaskan ciuman mereka, Adrian memusingkan tubuhnya dan menolak daun pintu dengan belakangnya sebelum mencepung tubuh Miya ke bilik mereka.
“I'll go to Shanghai next week,” ujar Adrian sambil memandang Miya yang berada di dalam pelukannya. Bahu Miya yang terdedah diusapnya lembut.
“Berapa hari?” tanya Miya. Telunjuknya bergerak melakar dada Adrian.
Adrian memerhatikan jemari Miya yang halus dan runcing itu. Kulitnya yang putih jernih membuatkan urat-urat hijau kelihatan jelas di tangannya.
“Why? Will you miss me?” tanya Adrian dengan nada bergurau.
“No. Honestly I’m happy when you’re not around. At least no one will annoy me for a while.”
Tercekik Adrian dengan jawapan Miya itu. Sejak bila Miya Liany pandai menjawab?
"You're quite annoying sometimes," desisnya.
Tiada balasan daripada Miya. Cuba melelapkan mata setelah seharian hari ini tenaganya dikuras.
"Miya..."
"Hmm..."
“Will you remarry after we divorce?” tanya Adrian tiba-tiba.
“If I get married will you come to my wedding?” Tanpa menjawab soalan Adrian, Miya bertanya semula.
“Am I invited?”
“Of course. It would be an honour if the Chairman of DayMond Jewels can take the time to attend my wedding.”
Adrian terdiam. Seketika dia bingung. Jika Miya berkahwin, mahukah dia hadir di majlis perkahwinan bekas isterinya itu nanti? Bagaimana rasanya melihat wanita yang pernah tidur sekatil dengannya, berada di atas pelamin bersama lelaki lain?
Melihat Adrian terdiam lama, Miya berkata, “Sebenarnya bila saya broke up dengan Iqmal, saya tak terfikir nak kahwin pun. In fact, saya rasa saya tak nak kahwin dan saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya. I thought I will die lonely as a virgin. But now, hmmm..looks like I’ll die as a widow.”
Adrian yang sedang tenggelam dalam lamunannya, tertawa dengan kata-kata Miya.
“Awak tak nak anak?”
“Giving birth to a child in very painful. Saya takut sakit. So I thought of adopting a daughter to accompany me.”
Berkerut dahi Adrian memandang Miya. Adakah Miya serius dengan perancangannya itu? Benarkah Miya mahu bersendirian sepanjang hayatnya dan membesarkan anak angkat? Tidakkah dia mahu mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri?
“Awak tak pernah lahirkan anak, macam mana awak tahu sakit?”
“Orang cerita.”
Tertawa Adrian dengan jawapan Miya. “Saya tak nafikan yang...giving birth to a child is indeed very painful. I was with Dahlia when she gave birth to Lora. I saw her pain, her sweat, and all her sacrifices.”
Menangkup kedua-dua tangan dijadikan alas kepala, Miya mengiring, mengadap Adrian dan mendengarnya bercerita tentang Dahlia.
“Tapi, pengorbanan tu berbaloi. We got a cute girl.” Adrian toleh, menatap Miya yang sedang memandangnya.
“That’s why you love her so much, hmm?”
“Yeah, that’s one of the reason.”
“Another reason?”
“There’s no reason to love someone. I love everything about her. Her strength, her weakness, the most beautiful and ugly part of her. Everything.”
Miya tersenyum. Alangkah indahnya jika ada lelaki yang mencintainya begitu dalam. Tetapi sehingga hari ini, dalam hal cinta, nasib masih tidak menyebelahinya.
“Awak tak pernah bawak Lora melawat kubur dia?”
“Selalu. Saya tak nak Lora lupakan dia walaupun dia dah tak ada. Bukan mudah untuk saya dan Lora terima hakikat yang kami dah kehilangan Dahlia. Setahun ni saya dan Lora macam hilang arah, tak sangka Dahli akan pergi secepat ni."
Miya diam. Benar-benar dia kagum dan cemburu dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Dikasihi, disayangi, dan dicintai oleh suaminya walaupun sudah meninggal dunia.
Mampukah dia memiliki lelaki seperti Adrian dalam hayatnya ini? Atau dia hanya akan menghabiskan sisa hidupnya bersendirian?
Share this novel
Adrian Dh syok kt miya tu..Dh ade bau2 Bacang hahaha