"Yunus... Mak ada sesuatu nak katakan kepada kamu.Mungkin keputusan mak ini akan memberi manfaat kepada kamu suatu hari nanti.Mak harap bila kamu dah cukup matang, kau akan faham kenapa mak buat keputusan ini..."
Waktu itu aku masih kecil... Mungkin dalam lingkungan 3-4tahun.Jika di ikutkan kajian,kanak-kanak diketika itu masih dalam sesi memahami.Mungkin?...Namun tidak untuk aku.Aku di latih oleh ibu aku untuk menjadi manusia yang berfikiran jauh dan matang.Aku di ajar untuk jadi manusia berdikari untuk diri sendiri di saat ibu aku sedang bekerja di luar.
Tetapi,wajah nya ketika dia menyampai kan pesanan itu seperti nya akan terjadi sesuatu di luar jangkaan aku.Aku jarang sekali lihat wajah ibu aku pucat dan tidak bermaya,kerap letih,luka di tangan nya yang beberapa minggu lalu masih tidak sembuh.Perasaan aku tidak nyaman seperti nya aku di hempap pokok ketika ribut.
Dengan tenang aku merapat di tepi tempat ibu ku menyandar,lalu mendengar apa yang ibu aku cuba sampaikan...
"Mulai bulan hadapan,Yunus akan tinggal dengan pakcik/makcik kamu di kampung lama.Nanti pakcik/makcik kau akan aturkan segala urusan persekolahan dan selebih nya.Mak sudah berbincang dengan pakcik/makcik kau minggu lepas."
"Tinggal di Kampung Lama?! Berapa lama Yunus nak tinggal di sana?! Habis tu mak pergi mana?!"
Pelbagai soalan aku sampaikan kepada ibu aku, namun tiada jawapan dibalas.Aku sedih,aku memberontak.Aku sebagai anak lelaki yang masih kecil tidak mampu menahan amarah yang ada dalam hati di waktu itu.Aku keluar dari rumah,cuba untuk tenangkan diri.
Jauh aku berjalan... Kesana ke sini tidak tentu arah tuju hendak aku lalui.Dalam kebingungan yang melanda di fikiran, aku duduk di bangku taman berhampiran dengan rumah aku.Tiba-tiba kedengaran suara dari jauh memanggil aku...
"YUS....! lama pakcik tak tengok kau! kau sihat? lama pakcik tak tengok kau pergi kedai pakcik?!...Atau kau dah ada kedai lain kau pergi sekarang."
"Oh... Pakcik Kedai Moktar... sihat je yus ni. Mak pun sihat juga."
Pakcik Moktar, dia banyak tolong mak aku ketika aku masih bayi. Dia sering hantarkan barangan keperluan dapur dan sebagainya.Sejak umur aku melonjak ke 2 tahun, aku jarang jumpa pakcik moktar.
"Pakcik dengar nanti kau tinggal kat Kampung Lama dengan Adik beradik mak kau?...Jaga baik-baik diri kau dekat sana.Jangan nakal sangat.Nanti mak kau marah siapa nak backup kau nanti.Dah sekarang kau balik.Dari jauh pakcik tengok kau ke hulu ke hilir tak tentu arah.Risau mak kau asyik tunggu kau depan rumah tu.Aku pulak yang kesian.Balik lah nak ya.Apa-apa keputusan pun mak kau buat.Itu adalah muktamad.Jangan kau melawan sedikitpun.Nanti kau terbiasa bila kau dah besar.Tak baik!"
"Baik pakcik..."
"Jom pakcik hantarkan kau pulang.Naik Motorsikal pakcik!"
Hati bukan berniat jahat tapi perasaan sangkaan buruk aku terhadap pakcik moktar sedikit demi sedikit hilang selepas dia beri nasihat dengan aku.Aku rasa pakcik moktar pernah lalui apa yang aku tengah lalui di waktu itu.Sedikit demi sedikit nasihat nya aku hadam ke dalam otak ku yang kecil waktu itu.Aku rasa bahagia bila orang yang aku anggap seperti ayah ku sendiri memberi sesuatu pengajaran yang bermakna untuk seumur hidup aku.
Sesudah aku tiba di rumah ku... Ibu ku berlari memeluk kebingungan.Aku dapat rasakan jatuhnya airmata ke baju ku masa itu.
"Yunus...Maafkan mak! Jangan lari dari mak lagi... Sekali ini saja! Jahat mana pun keputusan mak,tolong lah fahami walaupun yunus masih kecil.Ini saja permintaan mak buat kali terakhir".
Buat kali terakhir... Ya itulah permintaan terakhir nya sebelum dia pergi... Permintaan seperti itu aku selalu katakan kepada ibu ku sekiranya aku ingin sesuatu.Kadang-kadang dia sengaja tidak menepati kerana ada nya sesuatu yang aku tidak harus miliki sehingga cukup waktunya.
"Maafkan Yunus Mak! Yunus tak akan buat lagi! Yunus anak baik! Yunus sayangkan Mak! Yunus akan dengar cakap Mak hari-hari!"
"Terima kasih Yunus...Terima kasih Moktar! Aku tak tahu macam mana lagi aku nak balas jasa kau..."
Pakcik Moktar tersenyum lebar dan mengangkuk sebagai tanda balas terima kasih dari ibu ku.
"Tak mengapa dayang...Tadi pun aku terjumpa di duduk dekat taman perumahan sana.Yunus, ingat pesan pakcik tadi... Jangan sesekali lupakan.Dah aku balik dulu Dayang.Bawa Yunus masuk rumah cepat,nanti terbalik pulak dunia.Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam..."
3 minggu pun sudah berlalu...
Aku tetap terus jalani rutin harian ku setiap pagi.Melihat kartun kegemaran,Main mainan kegemaran aku.Semakin masa berlalu dengan pantas.Aku mulai sedar,Ibu aku masih belum bangun lagi.Selalunya dia bangun lebih awal sebelum aku bangun dari tidur.Aku terus ke bilik ibu ku dan cuba mengejutkan nya.
"Mak... hari dah nak tengahari ni... Mak bangun lah... Yunus lapar dah ni... Hari ini kan mak janji nak masak Ayam kuning(Ayam kunyit)."
Beberapa kali aku cuba sedarkan ibu ku.Tetapi tiada sedikit pun pegerakan dari ibu ku.Semakin lama semakin aku hairan.Sekali lagi aku cuba kejutkan ibu aku sambil memegang tangan ibu ku yang sejuk dan pucat.
"Mak! Yunus dah lapar sangat ni... Mak jangan gurau dengan Yunus...Kenapa tangan mak sejuk sangat ni? Mak demam? Jawab mak?! kalau tak Yunus pergi kedai pakcik moktar lepas ni! Yunus belanja banyak-banyak beli keropok baru mak tahu!"
Masih tiada jawapan... Kemusykilan aku semakin melonjak tapi aku endahkan seketika.Aku mengambil sedikit wang dari dompet ibu ku... Aku pergi ke kedai pakcik moktar lalu membeli beberapa jenis keropok untuk menghilangkan rasa lapar aku sementara menunggu ibu ku bangun.Aku pergi ke kaunter hadapan lalu pakcik menyapa ku sambil mengira kudap kudapan yang aku beli.
"Aik? kau seorang saja Yunus? Mak kau tidak ada?"
"Mak lagi tidur.Mak demam...Tangan mak sejuk...Muka mak pucat macam biru...Mak demam mungkin.Yunus beli keropok untuk hilang lapar.Sebab tu Yunus pergi kedai pakcik..."
Wajah Pakcik Moktar berubah.Dari wajah nya gembira menjadi pucat seketika.Seperti nya Pakcik Moktar tahu apa yang terjadi dengan Ibu aku.
"MINAH! KITA TUTUP KEDAI SEKEJAP! KITA PERGI RUMAH DAYANG SEKARANG! YUNUS CAKAP MUKA MINAH PUCAT SEJUK!"
Makcik Minah...Dia selalu datang ke rumah aku ketika aku kecil untuk mengurut ibu aku... Ketika ibu aku sakit,Dia lah orang pertama yang datang untuk melawat ibu ku.
"HAH?! SEKEJAP SAYANG SAYA KEMAS SEKEJAP!"
"Cepat sikit minah! Oh ya Yunus... Yunus bawa balik keropok ni...Yunus ambil mana-mana air kesukaan Yunus.Pakcik Bagi percuma.Lepas tu,Yunus tumpang pakcik dan makcik kita pergi ke rumah kau."
"Boleh! Terima kasih pakcik! Sayang Pakcik!"
"Sama-Sama...(Maafkan Pakcik Yunus... Hari ini Pakcik terpaksa tipu diri Pakcik Sendiri.)"
Beberapa waktu telah berlalu.Aku pun pulang di temani Pakcik Moktar Dan Makcik Minah.Mereka bergegas ke bilik tidur ibu.Dan wajah mereka hampa dan sedih.
"Innalillah Wa inalillah hirojiun...! Minah...Aku pergi jumpa imam sekarang.Kau telifon Hospital.Lepas tu aku nak kau telifon keluarga Dayang,kata kat mereka yang Dayang meninggal..."
"Baik sayang, tapi macam mana saya nak cakap dengan Yunus? Dia masih budak lagi!"
"Kita biarkan keluarga mereka yang katakan hal ini.Yang penting selepas kau selesai semua,Kau bawa Yunus Balik Rumah...Buat sementara kita jaga Yunus.Habis saja semua,Kita biar keluarga dia jaga Yunus."
"Baik Sayang..."
Bersambung...
Kisah seperti benar, Namun ada tapisannya, Biar jadi rahsia yang sebenar, Jadikan ingatan sepanjang masa.
Share this novel