PART 2

Horror & Thriller Completed 2032

Bermacam- macam bunyi kedengaran. Namun, oleh karena ngantuk Akhirnya.. Aku tertidur juga. Apabila buka mata,, Sudah pagi. Aku melihat kawan2 dah bersiap! "kenapa lambat bangun?" tanya Enn.Tersenyum. Aku tidak jawab tetapi langsung ambil Towel Gooo! Mandi.!
Malam tu selesai kerja Aku disuruh untuk mengunci pintu belakang Restoran sebelum Naik. baru saja memasang mangga kunci, Aku terhenti.. ada bunyi kedengaran didalam tandas yang terletak diseblah kiri Restoran ini. Aku melangkah ke arah pintu tandas. Pintu belum dikunci. Aku menolak pintu itu dengan luas terpampang. Namun tiada sesiapa. Aku memandang paip tapi tiada air pun yang tercurah..! Aku pun menutupnya kembali lalu mengunci nya. Ssrruussshh. Sekali lagi bunyi curahan air kedengaran dalam tandas, gatal saja tanganku ingin membuka pintu namun terhenti..."Woii.. Ana! apa kau buat dibelakang tu?! kunci pintu pun lama kah!?" suara Nayih kedengaran melaung. "Kejap.!" jawabku. Aku memasang telinga sekali lagi ke arah tandas tapi tiada bunyi sudah. Sepi. Aku pun segera mengunci pintu belakang Restoran lalu bergegas kedepan. Kelihatan Nayih dan Enn sedang menungguku. yang lain mungkin sudah naik. "kenapa lambat?" tanya Nayih. Aku hanya menggeleng. kami pun naiklah. Didalam bilik kami bercerita dan bergurau.. Gurau dan gurau.. Akhirnya ambil keputusan untuk tidur. yang aku ni belum mandi lagi.
Dengan Tuala dibahu, aku melangkah ke kamar mandi. Tiba-tiba.... kaki terhenti.! Aku melihat seorang perempuan bertuala putih berambut pendek separas bahu keluar dari kamar mandi dan keluar menuju ke tempat menjemur pakaian. Aku memerhati nya, tapi muka nya tak begitu jelas karena suram sedikit. Aku rasa itu inah. Sebab diantara kami 6orang perempuan inah saja yang berambut pendek. Tanpa berlengah Aku segera menyusulnya, hingga ke pintu saja.. oleh kerna suram, aku tak nampak sesiapa lah. Aku pun masuk kembali, kira mahu mandi Tapi terlambat... kamar mandi sudah tertutup rapat dan bunyi pancuran air didalamnya menandakan ada orang mandi. Tiada perasaan apa2x .. Sungguh!! aku belum mengenal takut.! Lantas aku menyandar membelakangi dinding kamar mandi. disebuah bilik depan tu kamar mandi, kelihatan inah sedang membawa towel dan tersenyum mendekati aku. Aku pelik. "kamu tunggu siapa na?" tanya inah. "kau dari mana?" tanpa menjawab aku bertanya kembali. "dari bilik lah. baru mahu mandi ini.. kamu mandi lah dulu." kata inah. "bukannya kamu sudah mandi kah?" Aku tak puas hati bertanya. kelihatan inah mengerutkan dahi."belum. baru jah nie aku keluar. tadi aku kemas bilik." jawab inah. Aku diam. "tunggu apa lagi na? mandilah dulu..." kata inah. aku memandang inah.hairan." masih ada orang mandi lah inah." kataku. kali ini giliran inah pula memandang aku..! "pintu itu terbuka, kamu bilang ada orang mandi??" tanya inah. Aku terus berpaling ke arah pintu disampingku. Terbuka luas! 'wah.. memang sah!! aku dah gila.!' Aku paksa kan diri untuk masuk mandi. Selesai. Pintu aku buka, kelihatan inah tersenyum setia menanti aku. "na. tunggu aku ya." pinta inah. iya.tak.iya. terpaksa aku tunggu lah. di dapur kedengaran bunyi yang sukar untuk aku jelaskan. pelan2 aku melangkah. aku memandang sekeliling, TIADA sesiapa!! "perasaanku saja kali..!?" bisikku. trrriiicckk. Aku tersentak. inah. "cepatnya mandi."ujarku. "malas aku lama2 didalam ni.. lain macam." Rungut inah. Aku ketawa. 'Penakut rupanya.!' sempat lagi berkata hatiku.. inah sengaja tak mahu dengar. kami pun masuk bilik masing2x. Malam ke malam. hampir setiap malam aku terdengar bunyi bermacam-macam. tapi aku percaya hatiku memang tak mudah tergoncang. ada kalah aku mahu tanya soal tempat ni, tapi aku putuskan untuk berdiam sahaja. hinggalah suatu malam... sewaktu kami asyik bercerita.. kira2 pukul 11:56 malam.. Tukk!!Tukk!!.. kami berempat terdiam. Cerita kami terhenti. masing2x memasang telinga dan saling berpandangan.. Tukk!!!Tukkkk!! ketukan itu semakin kuat.. Aku ni fikir si Nayih." Woii.. apa ketuk2x..?!" suara ku separuh menjerit. tiada sahutan. Selalu nya kalau Nayih pasti panggil nama kami juga sambil mengetuk. "Jom! tidurlah.." ajak ija. kami pun turut saja lah. masing2x baringkan badan. Tukk!!Tukk!!.. sekali lagi.. 'wah ini bikin panas betul oh.!' Rungutku.. Aku melangkah pelan2x mendekati pintu. Tanganku sudah sedia ni membuka. 'ini kali matilah kau nayih.. aku kerjakan!!' geram aku. Tukkk!! Aku langsung membuka pintu..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience