MAB 26: NOT MEANT TO BE

Romance Completed 902447

Aaron mencepung Arianna masuk ke rumahnya. Arianna yang sudah tertidur pulas itu dibaringkan di atas katil. Berjongkok di sisi katil, dia mengamati wajah tidur Arianna. Tenang dan damai.

Wajah yang sekian lama dipujanya. Wajah yang sentiasa tersemat dalam hati dan fikirannya setiap kali dia melakar impian hidup berumah tangga. Arianna adalah sahabat masa kecilnya. Keluarga mereka amat dekat dan dia sering menghabiskan masa dengan Arianna dulu. Meningkat remaja, perasaan suka perlahan-lahan bertukar menjadi cinta.

Sama ada Arianna yang melayannya terlalu baik, atau dia sebenarnya yang terlalu berharap lebih, namun kedekatan dia dengan Arianna membuat dia yakin Arianna juga mencintainya. Namun dia silap. Dia silap menilai perasaan Arianna, atau mungkin juga silap menilai perasaannya sendiri. Arianna tidak mencintainya. Malah, Arianna lebih memilih rakan sepengajiannya yang bukan apa-apa atau siapa-siapa berbanding dirinya yang jauh lebih layak.

Dia mengalah. Dia pasrah. Apa guna mengharap jika orang tidak sudi. Namun saat dia sudah hampir melupakan perasaannya terhadap Arianna, dia mendapat berita teman lelaki Arianna meninggal dunia dalam kemalangan. Dia tidak tahu sama ada harus bersedih atau gembira dengan berita itu. Apatah lagi daripada khabar angin yang dia dengar, kemalangan itu berlaku ketika orang-orang Datuk Eric mengejar Arianna dan teman lelakinya.

Katakanlah dia ego dan mementingkan diri, saat Datuk Eric memberitahunya Qaiser masih hidup, dia memilih merahsiakan itu daripada Arianna. Dia memilih untuk menyembunyikan fakta itu daripada Arianna. Malah depresi yang dialami Arianna memberi peluang kepadanya untuk mendekati Arianna semula; menemani Arianna saat bertemu psikiatris, memastikan dia mengambil ubatnya mengikut waktu, mendengar setiap luahan kesedihannya, meminjamkan bahunya untuk Arianna menangis. Semua itu dia lakukan kerana dia mencintai Arianna. Sangat.

Sungguh dia tidak tega melihat Arianna beberapa kali melakukan cubaan bunuh diri. Beberapa kali dia cuba memberitahu Arianna perkara sebenar, namun ada sesuatu yang menahannya. Ego. Obsesi. Cinta. Ya, semuanya. Dia mahu memiliki Arianna. Dia mahu mencintai Arianna sepanjang hayatnya.

Namun, takdir Tuhan itu ternyata tidak pernah memihak kepadanya apabila bersabit dengan Arianna. Dia tewas sekali lagi. Kali ini dengan sahabat baiknya sendiri. Terpukul. Sakitnya terasa seperti ditindih ribuan bongkahan batu. Terasa sesak dan sempit dadanya saat melihat Arianna dalam pelukan Zahran di malam pertunangan mereka.

“Why?” Tangan Aaron terkepal, menatap Arianna yang masih belum sedar.
“Apa lagi yang kurang?”

“Apa lagi yang I tak buat untuk you?”

“Apa lagi yang tak kena?”

“Apa lagi yang you nak?”

“I’ve done everything for you, Arianna. Everything. And I only ask one thing from you. Love. Why is it so hard for you?”

Aaron menjatuhkan tubuhnya ke lantai. Satu tangannya menggenggam tangan Arianna. Dia bukan tidak tahu, dia juga bukan buta untuk menilai perasaan Arianna sebelum ini. Tetapi dia tetap berusaha dan berharap suatu masa hati Arianna akan luluh dan mencintainya. Namun, sehingga saat ini, detik ini, dia tidak nampak usaha dan harapannya akan berhasil sehingga terdetik mahu melakukan sesuatu supaya Arianna terus menjadi miliknya walaupun secara paksa.

Namun, saat melihat wajah tidur Arianna, kata hatinya melarang dia daripada melakukannya. Dia tidak mahu melukakan Arianna. Jika dia memiliki Arianna dengan cara itu, Arianna akan terus membenci dan menjauhinya. Dia tidak mahu hubungan dia dan Arianna seperti itu. Dia mahu membahagiakan Arianna, dia mahu menjalani kehidupan berumah tangga seperti ibu dan bapanya. Saling menyayangi dan mencintai walaupun usia perkahwinan sudah mencecah lebih 30 tahun.

“What should I do?” Aaron merintih.

“Should I give up on you and let you be with him?” Dia bertanya, walaupun tahu tidak akan mendapat jawapan daripada lawan bicaranya.

“Tell me, Arianna! Tell me what should I do?!!”

.
. .

ZAHRAN baru merebahkan tubuhnya ke katil apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej masuk. Malas melayan, namun memikirkan jika mesej itu penting, dia mencapai juga telefonnya di atas meja.

Berkerut dahinya saat melihat nama Aaron yang muncul pada notifikasi. Laju ibu jarinya menggeser skrin membaca pesanan itu.

‘I need to see you now.’ Begitu pesanan yang dihantar Aaron.

Tidak lama selepas itu, satu lagi mesej daripada Aaron sampai ke telefonnya. Kali ini dia menghantar lokasinya dan meminta Zahran ke sana dengan segera.

Tidak berfikir panjang, Zahran bangkit, mencapai kunci kereta lalu terus keluar, menuju ke lokasi yang dihantar Aaron.

ZAHRAN memberhentikan keretanya di sebuah kawasan yang agak sunyi. Kawasan berbukit dan hanya diterangi oleh satu lampu jalan sahaja. Dari dalam kereta, dia melihat kereta Aaron diparkir betul-betul di bawah cahaya lampu.

Sesaat, Zahran tertanya-tanya tentang tujuan Aaron mengajaknya bertemu di sini. Dia tidak mengesyaki apa-apa ketika keluar dari rumah beberapa minit lalu, namun kini dia diserbu rasa curiga tiba-tiba. Tidak berfikir lain, dia mengandaikan Aaron sudah mengetahui hubungan rahsianya dengan Arianna, lalu mahu membuat perhitungan dengannya.

Perhitungan seperti apa? Membelasahnya? Atau mengugutnya supaya berpisah dengan Arianna? Atau Aaron akan menyerah dan membiarkan dia bersama Arianna?

Di saat dia masih berteka-teki dengan otaknya sendiri, dia melihat Aaron keluar dari kereta. Sahabatnya itu kelihatan santai sahaja, tidak ada riak marah, berang, atau bengang. Sama sahaja seperti Aaron yang dilihatnya beberapa jam lalu di majlis Seelan.

Zahran akhirnya turut keluar dari kereta, lantas mendekati Aaron yang sedang bersandar pada keretanya sambil menatap langit.

“What’s up?” tanya Zahran; turut menyandarkan tubuhnya pada kereta Aaron sambil melemparkan pandangan ke arah yang sama.

“Friends are the family you choose,” ujar Aaron tiba-tiba.

Tiada jawapan daripada Zahran; menunggu perkataan seterusnya daripada Aaron kerana dia tahu bukan itu yang mahu diperkatakan sahabatnya itu.

“The strength of a family, like the strength of an army, lies in its loyalty to each other.”

Hening. Zahran seakan boleh mengagak arah pembicaraan Aaron apabila sahabatnya itu sengaja menekan suaranya saat menyebut ‘loyalty’. Mungkin benar segala andaian yang berlegar-legar di kepalanya tadi. Aaron sudah tahu. Tetapi bagaimana?

Debaran jantung Zahran meningkat, namun dia berusaha mengawal riak wajahnya. Kedua-dua tangan di dalam saku seluarnya terkepal erat. Jujur, jika ditanya apa perasaannya sekarang, dia akan menjawab takut. Ya, takut. Bukan takut dibelasah atau dipukul Aaron, tetapi dia takut jika persahabatan dia dan Aaron musnah gara-gara hubungannya dengan Arianna. Dia mengenal Aaron, jauh sebelum dia mengenal Arianna, dan jika selepas ini hubungannya dengan Aaron renggang, dia tidak akan menyalahkan sahabatnya itu. Aaron berhak marah dan Aaron berhak menjauhkan diri, malah mungkin juga menjauhkan Arianna daripadanya.

“You know what loyalty means to me?” Aaron bertanya, sambil menoleh mengamati riak wajah Zahran yang nampak bersahaja.

Tiada jawapan. Zahran seolah-olah membiarkan hanya dia yang berbicara. Sama ada lelaki itu kehabisan kata atau dia tidak mahu berbicara kerana bimbang terbocor rahsia yang entah sudah berapa lama disimpan.

“Loyalty is about people who stay true to you behind your back,” ujarnya apabila Zahran terus membisu.

“I don’t think you ask me to see you at this hour to talk about loyalty. Just straight to the point,” ujar Zahran.

Aaron tertawa sumbang. “I’m sure you’re smart enough to clearly understand what I’m talking about.”

“I will understand if you tell me clearly what are you talking about.”

Aaron ketap rahang. Tarik nafas dan menghembusnya perlahan meskipun di dalam sana terasa sangat sesak. Ibarat ada bongkahan batu yang maha besar menyekat laluan pernafasannya sehingga nafas yang dihela terasa begitu berat.

“Sampai bila kau nak rahsiakan daripada aku? Sampai bila kau nak buat aku nampak macam orang bodoh depan kau dan Arianna? You and Arianna are having an affair behind my back, and make me look like a clown in front of you two.” Aaron masih mengawal suaranya. Tepatnya, dia tidak ada upaya untuk sekadar marah atau menengking. Sedih, kecewa, terluka, rasa dikhianati semuanya berbaur membentuk rasa hampa yang luar biasa.

Zahran mematung, Tepat dugaannya. Aaron sudah tahu. Namun, reaksi Aaron sangat jauh dari jangkaannya. Aaron tidak terlihat marah. Yang ada, rona kecewa yang amat dalam terzahir jelas pada riak wajah sahabatnya itu.

“I’m sorry…” Hanya itu yang mampu Zahran ungkapkan sekali pun dia tidak tahu tidak akan pernah memadai.

Aaron tertawa sumbang. “You’re sorry? Just…sorry? You don’t have anything to say to me?”

“You know…” Zahran jeda, tunduk memandang tanah, dia menarik nafas, menyedut sebanyak mungkin oksigen bagi melegakan rongga dadanya yang terasa sesak sebelum perlahan dia lepaskan. Namun sayangnya, itu sedikit pun tidak membuatnya lega.

“…I’m sorry, I’m really sorry, but I’m having no words to say though I know I should, but I just…can’t. I mean…I don’t know how.”

Aaron menengadah sambil tertawa getir. Mudahnya Zahran berkata-kata selepas berhasil merampas Arianna daripadanya.

“I feel like I want to punch you in the face.”

“Then do it,” jawab Zahran selamba.

Aaron memandang Zahran dengan wajah tidak percaya. Namun, melihat wajah Zahran yang bersahaja, dia tertawa sinis.

“Jangan cabar aku.”

“I don’t.”

Aaron ketap bibir. Geram kerana Zahran berani mencabarnya dan seolah-olah menunjukkan dia tidak bersalah.

“Don’t regret if I really did it.”

“I won’t.”

“If I punch you, will Arianna fall in love with me?”

“Definitely not.” Yakin Zahran menjawab kerana dia pasti itu tidak akan berlaku.

Tangan Aaron terkepal. Jawapan Zahran itu benar-benar menyulut amarahnya. Dia benar-benar ingin menumbuk muka Zahran saat ini. Sekali lagi Zahran mencabarnya, dia akan pastikan penumbuknya benar-benar singgah ke muka Zahran.

“I know you really want to do it. Just do it. Come on!” cabar Zahran.

“Fine. You asked for it.” Aaron menurunkan tangannya yang sedang bersilang di dada, sebelum lengan kemejanya dilipat sehingga ke paras siku dan tanpa amaran, satu penumbuk dia layangkan ke muka Zahran membuat tubuh Zahran terdorong jatuh ke tanah.

“I told you not to challenge me,” ujar Aaron. Puas hatinya melihat Zahran mengelap darah dari bibirnya yang pecah akibat penumbuk sulungnya.

Perlahan Zahran bangun sambil menepuk-nepuk tanah yang melekat pada punggungnya. Gelagatnya yang santai dan bersahaja itu benar-benar membuat Aaron geram.

“I won’t challenge you if I’m not ready,” ujar Zahran lantas melayangkan penumbuk sulungnya ke muka Aaron membuat sahabatnya itu terlentang ke tanah.

“Shit! What the hell!”

“What? You think when you punch me in the face, I won’t punch back?” Zahran tertawa sinis, sengaja mencabar Aaron.

Aaron tidak menjawab, namun tampang Zahran direnung tajam. Namun sayangnya renungan itu tidak membuat Zahran kecut. Malah lelaki yang telah lancang merampas tunangnya itu tertawa sinis.

“You’re such an idiot, Aaron. Once your fist touch my skin, I will fight back. Zach McGowan said it is basic survival.”

Aaron tertawa sumbang. “Basic survival, huh? Then I’ll show you the real basic survival.”

“Yeah, show me.”

Aaron menggenggam buku lima, lantas dilayangkan ke muka Zahran. Namun kali ini Zahran sempat mengelak.

“Oh come on. Takkan tu je kau mampu.” Zahran sengaja memprovok, mahu memancing kemarahan Aaron.

“Damn it!” Aaron ketap rahang; tidak berpuas hati kerana gagal menumbuk muka Zahran dan berang dengan provokasi saingannya itu. Direntap kedua-dua tangannya; meregang dan melonggarkan sendi-sendi yang sudah lama tidak digunakan untuk membelasah orang. Dia,Zahran, Zahrin, dan Seelan sering ke pusat boxing, namun kesibukan mereka sejak akhir-akhir membuat mereka sudah jarang ke sana.

Setelah dirasakan cukup bersedia, sekali lagi dia melayangkan penumbuk ke muka Zahran. Kali ini mengena, membuat dia bersorak kemenangan. Segera diterkam dan kolar baju Zahran dicekak dengan tangan kiri, manakala tangan kanan menumbuk perut Zahran.

Zahran tidak membiarkan dia terus-terusan menerima serangan Aaron. Tangan Aaron yang sedang mencengkam kolar bajunya disentap kasar, sebelum penumbuknya singgah ke muka sahabatnya itu.

Aaron membalas serangan itu, sehingga akhirnya mereka sama-sama terguling di tanah. Sekejap Aaron di atas, sekejap dia di bawah. Perlawanan itu sepertinya tidak akan ada pemenang. Baik Aaron mahupun Zahran, kedua-duanya tidak mahu kalah.

30 minit berlalu, sehingga akhirnya kedua-dua mereka terbaring lelah di atas tanah, tangan terdepang, mata menatap langit, dengan dada turun naik saking penat.

“Is that true…” Aaron bersuara memecahkan keheningan. “…when two men fight over a woman, it’s the fight they want, not the woman.”

“Nope. That’s not true. I want her.” Zahran tidak berselindung lagi. Alang-alang Aaron sudah tahu, lebih baik dia berterus terang saja. “I really want her. Aku tahu aku tak patut cakap macam ni, but…I fell in love with her before I knew she was your fiancé.”

Tiada jawapan daripada Aaron; masih dalam posisi tadi, dengan mata yang merenung jauh ke dada langit.

“I don’t know when and how, but I was disappointed when I found out that she was engaged to you. Only then did I realize that I’d fallen in love with her.”

Masih tiada jawapan daripada Aaron. Entah apa yang difikirkannya, Zahran tidak tahu. Jangan ditanya, apa dia tidak rasa bersalah? Sudah tentu rasa bersalah menghimpit-himpit rongga dadanya sehingga saat ini. Sengaja dia memprovokasi dan memancing kemarahan Aaron supaya membelasahnya. Hanya dengan cara itu, dia rasa akan dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Aaron. Namun nyatanya, itu masih tidak berhasil. Melihat wajah kecewa Aaron saat melepaskan tumbukan ke mukanya membuat rasa bersalahnya semakin menggunung. Tetapi untuk mengetepikan perasaannya pada Arianna, dia tidak mampu.

“I tried to stay away from her, but I can’t. I’m sorry. I’m really sorry.”

“Bila aku nampak kau dan dia berpeluk dekat sekolah muzik kau, I could already tell how our relationship would end. She never loved me.” Aaron bersuara perlahan, namun tatapannya tidak beralih dari dada langit. Malam itu, selepas Arianna lari dari majlis pertunangan mereka, dia mengekori gadis itu. Bukan berniat mahu mengintip, tetapi sekadar mengawasi, bimbang Arianna melakukan sesuatu yang akan membahayakan nyawanya. Namun tanpa dia tahu, tindakannya itu membuat dia sedar satu kenyataan. Kenyataan yang Arianna tidak pernah mencintainya. Melihat Arianna berpelukan dengan Zahran pada malam yang sepatutnya menjadi malam indah mereka, membuat hatinya luluh lantak. Dari dalam kereta, dia melihat dengan jelas betapa eratnya pelukan mereka di dalam galeri muzik Zahran yang berdinding kaca itu.

Ingin rasanya dia berlari turun dan menyergah mereka, namun entah mengapa saat itu seluruh kekuatannya hilang, dimamah rasa kecewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia menunggu. Menunggu Zahran atau Arianna berterus terang kepadanya, namun kedua-duanya lebih memilih diam; membuat dia kelihatan tidak ubah seperti badut yang memperbodohkan diri sendiri dan membuat mereka terhibur dengan kebodohannya.

“I’ve loved her in ways she could never love me back.”

Zahran toleh, memandang Aaron yang kelihatan benar-benar kecewa. Dia tidak pernah melihat wajah Aaron begitu semenjak mereka bersahabat lebih 15 tahun lalu.

“I don’t know why I’m still loving her when she never loved me.”

“I’m sorry, Aaron.” Zahran tidak tahu entah sudah berapa banyak kata maaf yang dia ungkapkan malam ini. Sungguh, mengecewakan sahabatnya adalah perkara yang tidak pernah terlintas untuk dia lakukan. Tetapi, perasaannya pada Arianna benar-benar tidak dapat dibohongi. Semuanya berlaku begitu sahaja tanpa dia sedar sejak bila rasa cinta itu wujud. Perasaan itu datang dengan sendiri, saat dia mula berasa senang dengan kemunculan Arianna dalam hidupnya. Sumpah, jika dari awal dia tahu Arianna adalah tunang Aaron, tidak akan dia menjebakkan dirinya sehingga sejauh ini.

“Why do I love a girl who doesn’t love me in return? Why do I always think about her, if she never thought about me? Why do I always wait for her, if she have never waited for me? Why do I see her, but she doesn’t see me? Why? Tell me why? Am I stupid? Am I a loser? Am I an idiot?”

“No…You’re none of them. It’s just that…she’s not for you. She’s not for you, nor you for her. If it wasn’t for me, you two still wouldn’t be together because…something are just not meant to be, no matter how much we wish they were.”

Aaron tidak membalas, namun dia mengangkat tubuhnya, lalu duduk memeluk lutut. Satu keluhan berat lolos dari bibirnya.

“Yeah…Maybe you’re right. Maybe it’s just not meant to be and maybe it’s for the better.” Bertopang pada satu tangan, Aaron bangun dan dengan langkah gontai, menuju ke keretanya. Tidak lama kemudian, enjin keretanya menderum meninggalkan kawasan perbukitan itu.

Zahran masih terkebil-kebil di tempat duduknya. Sendirian di situ, baru membuat rasa sakit akibat ditumbuk dan dibelasah Aaron tadi terasa menyengat.

“Sakit gila sial,” gerutunya lalu bangun dan terhincut-hincut menuju ke kereta. Kakinya tidak cedera, tetapi entah mengapa langkahnya menjadi tempang. Mungkin kerana dihenyak dan dilanyak Aaron membuat pinggangnya terasa seperti mahu patah.

“Melampau betul. Belasah sikit-sikit sudahlah. Ini dilanyak sampai setengah mati aku.”

.
. .

ZAHRIN terpisat-pisat meraba telefonnya di atas meja. Entah sudah berapa lama berbunyi, dia tidak tahu. Saat tangannya berhasil mencapai benda pipih itu, segera dia menggeser skrin, menjawab panggilan supaya bunyi yang memekakkan telinga itu tidak mengganggu tidur Irdina di sebelahnya.

“Hallo,” ujarnya malas. Masih mamai sehingga dia terlupa melihat nama pemanggil.

“Rin, kau dah tidur ke?”

Zahrin mendengus geram saat mendengar suara abangnya. Mendongak sedikit, melihat jam digital di atas meja bersebelahan katilnya, membuat dia bertambah kesal. Baru pukul empat pagi. Pantaskah Zahran bertanya soalan itu? Sudah tentulah sedang tidur.

“Taklah. Tengah sikat bulu Mochi,” jawab Zahrin sebal dengan mata terpejam.

Tiada jawapan di hujung sana. Hanya desah nafas yang kedengaran menunjukkan talian masih tersambung, membuat Zahrin diserang rasa bersalah pula tidak semena-mena.

“Kau kenapa? Tak boleh tidur? Nak aku dodoikan?”

“Kau boleh datang kondo aku tak?”

“Sekarang?” tanya Zahrin tidak percaya.

“Emm…”

“Kau kenapa ni? Saja nak perdajalkan aku ke? Pukul empat pagi ni kot. Agak-agaklah.”

“Aku sakitlah. Boleh datang tak? Emergency ni”

Mata yang pejam, sontak celik saat mendengar penuturan Zahran. Pantas Zahrin bangkit menegakkan tubuhnya.

“Kau sakit apa? Nak pergi hospital ke?” tanyanya.

“Aku tak nak pergi hospital. Aku nak kau datang sini.”

“Okay, aku datang sekarang.” Zahrin memutuskan panggilan lantas turun dari katil, menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka.

Berdebar-debar pula dia memikirkan Zahran yang sakit. Semasa di majlis resepsi Seelan tadi, abangnya itu terlihat baik-baik sahaja. Kenapa tiba-tiba jatuh sakit?

“Ash, you nak pergi mana?” Irdina yang terbangun, berkerut dahinya melihat Zahrin tergesa-gesa bersiap. Saat dia melirik jam tadi, baru beberapa minit melepasi pukul empat pagi.
“Zahran call suruh pergi kondo dia. Emergency katanya,” jawab Zahrin sambil mencapai telefon di atas meja.

“Emergency apa? Dia mintak benang dengan jarum lagi ke? Yang hari tu pun dia tak hantar lagi.” Irdina merungut dengan suara seraknya.

“Entahlah. Tapi dia suruh I datang kondo dia sekarang.”

“Jangan lupa mintak balik benang dengan jarum I. Dah pinjam tak pandai nak hantar balik,” ujar Irdina sebal. Geram kerana Zahran suka mengganggu Zahrin pada waktu-waktu begini. Apa dia tidak tahu, hujung minggu hari suami isteri bersantai-santai mengeratkan kasih sayang?

“Kita beli baru je nanti. Jangan berkira sangat nanti rezeki payah masuk.”

“Siapa berkira? Jarum dengan benang je pun, bukan I mintak balik jantung Dini.”

Zahrin tertawa. “Dia sakitlah. Tu dia suruh I pergi kondo dia.”

“Sakit apa?” tanya Irdina, mengendurkan sedikit suaranya apabila mendengar kata-kata Zahrin.

“Entahlah. Tapi dia tak nak pergi hospital.”

“Kalau nampak dia teruk sangat, bawak pergi hospital.”

“Dia tu kan degil.”

“Panggil ambulans, JPAM, RELA, semua angkut dia bawak pergi hospital kalau dia degil.” Walaupun sebal dengan Zahran, namun saat mendengar kembar suaminya itu sakit, terbit juga rasa bimbang.

Zahrin tertawa; berjongkok di birai katil, lalu memberi satu ciuman di pipi Irdina.
“I pergi dulu,” ujarnya sebelum berlalu keluar.

.
. .

DUA puluh minit menempuh perjalanan di awal dinihari, Zahrin akhirnya sampai di depan kondo Zahran. Hanya sekali sahaja dia menekan loceng sebelum pintu dibuka. Bulat matanya melihat keadaan Zahran.

“Eh, kenapa dengan muka kau? Siapa belasah kau? Kau bergaduh dengan siapa?” Belum pun melangkah masuk, baru tercegat di muka pintu, Zahrin sudah mencecar Zahran dengan berbagai pertanyaan. Cemas dia melihat muka Zahran yang luka dan lebam di sana sini. Tidak hanya itu, kemeja putih yang tersarung di tubuhnya kotor berdebu, dengan butang yang sudah tercabut. Tidak ubah seperti suami curang yang dipergok si isteri dan dibelasah sehingga setengah mati oleh abang-abang dan adik-adik ipar.

“Masuklah dulu.” Zahran melebarkan bukaan pintu, memberi laluan Zahrin masuk.

“Kau kenapa? Kena samun ke? Kat mana?” tanya Zahrin lagi; belum berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan daripada Zahran.

“Aku sakitlah. Tolong tuamkan muka aku.” Tanpa menjawab pertanyaan Zahrin, Zahran terus merebahkan tubuhnya ke sofa.

Mahu tidak mahu, Zahrin melangkah ke dapur, mengambil beberapa ketul ais, memasukkannya ke dalam plastik, sebelum kembali ke ruang tamu. Namun, sebelum menuam muka Zahran, dia mengeluarkn telefon dari saku seluar lalu mengambil gambar muka abangnya itu dari berbagai sudut. Mendengar nada klik dari bunyi kamera itu membuat mata Zahran yang terpejam, sontak celik.

“Kau buat apa?” tanyanya.

“Ambik gambar kau. Kalau kau tak bagitahu aku siapa belasah kau, aku hantar gambar ni kat ibu.” Zahrin mengugut sambil tangannya mengacah-acah mahu menyentuh skrin seolah-olah mahu menghantar gambar-gambar itu kepada PS Wahida.

“Don’t you dare…” Zahran cuba merampas telefon itu dari tangan Zahrin, namun Zahrin menjauhkan tangannya.

“Bagitahu dulu, kau bergaduh dengan siapa? Sial mana yang tumbuk kau? Kenapa kau tak balas balik? Kenapa dah lunyai macam ni baru call aku?”

Zahran berdecit; tidak suka mendengar bebelan Zahrin. “Sikit jelah ni. Kalau lunyai aku dah arwah.”

“Lepas ni kita pergi buat report polis,” tegas Zahrin sambil melekapkan plastik berisi air batu itu pada lebam di wajah Zahran, membuat abangnya itu berdesis.

“Sakit ke?” tanya Zahrin.

“Sakitlah. Kena belasah kot, bukan kena cium.”

“Itulah aku tanya, siapa belasah kau? Siang nanti aku pergi cari dia.”

Zahran diam; tidak mahu menjawab pertanyaan Zahrin.

“Kenapa diam? Yang boleh belasah kau cuma aku dengan Lily. Yang kau pergi biar orang lain belasah kau kenapa? Bodoh betul.” Sambil berleter, tangan Zahrin tetap berhati-hati menekap lebam dan bengkak pada wajah Zahrin.

“Sebab aku yang salah.”

“Salah apa?”

Lagi-lagi Zahran mendiamkan diri. Bukan dia mahu merahsiakan daripada Zahrin, tetapi dia takut andai berterus-terang, Zahrin akan benar-benar mencari Aaron dan membelasah sahabat mereka itu.

“Boleh tak kau jangan tanya? Dan kalau boleh jangan bagitahu ibu dengan ayah. Aku akan cerita nanti, tapi bukan sekarang. Please…”

Zahrin keberatan, namun melihat wajah Zahran yang benar-benar berharap agar dia tidak bertanya, juga perkataan ‘please’ yang disebut Zahran, membuat dia akhirnya akur.

“Asalkan dia tak ganggu kau lagi, aku akan diam. Tapi lepas ni kalau aku dapat tahu kau kena belasah lagi, aku cari orang tu sampai lubang cacing.”

“Dia takkan belasah aku lagilah. Aku jamin.”

Zahrin tidak menjawab, walaupun dalam hati masih tertanya-tanya. Zahran bukan kaki gaduh, malah boleh dikatakan abangnya itu tidak mempunyai musuh yang ada kecenderungan untuk membelasahnya. Dan cara Zahran berbicara itu seolah-olah orang yang memukulnya adalah orang yang sangat dikenali. Siapa? Ingin sekali Zahrin tahu, namun demi menghormati permintaan Zahran, dia diamkan saja. Selagi tidak mengancam nyawa dan keselamatan Zahran, dia tidak akan ikut campur jika Zahran tidak mahukannya.

“Kau nak tidur dengan baju macam ni ke?” tanya Zahrin apabila melihat Zahran mula memejamkan matanya.

“Aku tak laratlah. Boleh tak kau tolong tukarkan baju aku?”

“Eh, tak nak suruh aku mandikan sekali?” balas Zahrin sebal.

“Kau jangan mengungkit. Dulu masa kau alahan Dina mengandung, siapa yang sapu minyak kat belakang kau kalau bukan aku?”

“Kau pun sama mengungkit.”

“Kau yang mengungkit dulu.”

Malas melayan karenah jengkel abangnya, Zahrin bangun, menuju bilik mandi dan menyiapkan air untuk Zahran berendam di dalam tub. Ah, dia terasa seperti isteri yang berkhidmat untuk suami.

Sengaja dia menyediakan air sejuk untuk melegakan lebam dan sakit-sakit pada tubuh Zahran.

“Dah, aku dah siapkan air. Pergi mandi dulu. Pengotor betul tidur dengan baju berdebu macam tu.”

Zahran yang sudah terlelap, terpaksa juga bangun sebelum Zahrin menyeretnya ke bilik mandi. Bab kebersihan jangan dibuat main dengan Zahrin. Sungguh cerewet.

“Rin, ambikkan tuala aku!” Zahran menjerit dari dalam bilik mandi.

Zahrin mendengsus sebal. Namun dia mengambil juga tuala untuk Zahran. “Memang patut kau kena belasah.”

“Gila sejuk oi!!! Kurang ajarlah kau!”

“Hahahahaha! Padan muka!”

.
. .

ARIANNA mengerjapkan matanya beberapa kali saat dia tersedar dari tidur yang dirasakannya amat panjang. Seingatnya dia hanya mahu tidur sebentar, di dalam kereta Aaron sementara dalam perjalanan menuju ke rumahnya. Tetapi mengapa tidurnya terasa lama sekali.

Arianna bingkas, apabila perkara terakhir yang diingatnya ialah dia meminta Aaron mengejutkannya jika sudah sampai ke rumah? Mengapa sekarang dia sudah berada di rumah?

Tunggu!

Ini bukan rumahnya dan ini juga bukan biliknya. Tidak perlu melilau, aroma maskulin di bilik ini sudah cukup menjelaskan yang ini bukan biliknya. Arianna tunduk, melihat tubuhnya. Syukur pakaiannya masih melekat sempurna tanpa ada yang kurang.

Di mana dia sekarang? Apa di rumah Aaron? Mengapa Aaron membawanya ke sini? Mengapa tidak dihantar ke rumahnya saja?

Arianna segera mengengsot turun dari katil dan terus menuju ke pintu. Gopoh-gopoh dia menarik tombol. Dalam bayangannya, Aaron mengurungnya di dalam bilik sehingga tiba hari perkahwinan mereka, namun dia silap. Pintu tidak dikunci.

Melangkah keluar dari bilik, dia segera menuruni anak tangga. Namun sebaik sampai di anak tangga terakhir, tepat di saat itu juga, pintu utama terbuka. Muncul susuk Aaron dengan rambut berantakan, kemeja putih yang sudah bertukar menjadi warna coklat dengan beberapa butang yang sudah tertanggal, serta wajah lebam. Langkahnya juga nampak sempoyongan.

“A…Aaron…What happened to you?” tanyanya cemas lantas mendekati lelaki itu. Tangannya terhulur mahu menyentuh wajah Aaron. Namun Aaron cepat menangkap pergelangan tangannya sebelum perlahan Aaron menjauhkan tangan Arianna dari wajahnya.

“I called your driver. You pergilah balik,” ujar Aaron lalu melangkah meninggalkan Arianna termangu-mangu di situ.

Arianna mengekori langkah Aaron. Dia tidak akan meninggalkan Aaron dalam keadaan begitu.

“Biar I tengok lebam you tu,” ujarnya, membuat langkah Aaron terhenti.

“Don't make me change my mind by being nice to me,” jawab Aaron tanpa menoleh.

Arianna tercengang. “I don’t get it. Change your mind, for what?”

Perlahan Aaron memusingkan tubuhnya. Menatap Arianna dalam, sebelum berkata, “To let you be with the man you love.”

Sejenak, Arianna mematung. Bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Terkejut dengan kata-kata Aaron dan terkejut juga kerana Aaron sudah tahu. Aaron tidak mengatakannya langsung, tetapi ayat yang keluar dari mulutnya sudah jelas menunjukkan dia tahu.

“Aaron…” Bibir Arianna bergetar.

“I finally accepted that you never loved me. I thought you were mine all these while and you don’t even love me one bit. I’m sad but glad I found out even it is too late.” Dia bukan tidak tahu, dia bukan tidak sedar sebelum ini, tetapi dia membutakan mata dan memekakkan telinga kerana dia berharap suatu masa, Arianna akan membalas cintanya. Tetapi dia silap. Walau selama mana dia menunggu, walau sebanyak mana dia berkorban, walau sekuat mana dia berusaha, takdir tetap tidak memihaknya untuk memiliki Arianna.

“I’m sorry…” Air mata Arianna jatuh. Benar, dia tidak mencintai Aaron, tetapi melihat betapa terlukanya lelaki itu saat ini membuat dia benar-benar dihempap rasa bersalah.

“It’s okay. Loving someone who doesn’t love you back is like hugging a cactus. The tighter you hold on, the more it hurts. And now I choose to let go.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience