Spin off Mungkinkah Bahagia. Mengikhlaskan Irdina bersama Zahrin ternyata tidak mudah bagi Zahran. Menyingkirkan satu rasa yang bertahun terpahat kukuh dalam hati tidak segampang membersihkan kotoran pada baju. Namun kemunculan Arianna dalam satu peristiwa konyol seketika mengalih fikirannya daripada Irdina. Seronok mempermainkan gadis itu sehingga tumbuh satu perasaan yang dulunya hanya wujud untuk Irdina. Tanpa dia tahu Arianna bukanlah gadis yang sepatutnya dia taruh perasaan cinta. Tertampar dengan kenyataan, sekali lagi dia harus singkirkan perasaan itu jauh-jauh. Tetapi kedegilan Arianna yang mahu terus bersamanya membuat hatinya berbelah-bagi Mampukah Zahran merebut dan memiliki Arianna atau sekali lagi dia terpaksa melepaskan gadis itu sebagaimana dia melepaskan Irdina? Mungkinkah ada bahagia untuk lelaki bernama Zahran Ashfan?
View All Chapters (Total 40 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-10-23 1 Replies
camne nak baca klau yg lock tu
2024-02-16
Tak ada story baru ke author? Rindu dh nak baca karya baru dr author.. Hihi
2024-02-16
Tak ada story baru ke author? Rindu dh nak baca karya baru dr author.. Hihi