Completed
1098
Setahun kemudian, aku beranikan diri untuk menyatakan hasrat bahawa aku ingin dia menjadi pelengkap agamaku.
Diawali dengan salam,
aku terus sampaikan niatku tanpa menanti jawapan langsung daripadanya.
Entah kenapa, jantungku berdegup kencang seakan nak tercabut dari tempatnya.
Adakah sebab aku menanti jawapan yang aku ingini atau petanda bahawa hasilnya bercanggah dari harapan.
Seperti yang telah diduga, dia tak membalas pesanan teks tersebut.
Sebaliknya, beberapa hari berselang, aku didatangi oleh salah seorang rakan karibnya sebagai wakil dirinya untuk menyampaikan balasan.
Tak dapat nak dipastikan sama ada aku rasa sedih atau kosong ataupun biasa sahaja.
Namun, jawapan itu tidaklah asing dan telah ku ramal dari awal sebelum aku bertindak untuk menyatakan perasaanku terhadapnya.
Pada awalnya, aku marah kerana perlu ke menggunakan orang tengah untuk menyatakan jawapan?
Seolah-olah dia dah menceritakan segalanya kepada orang lain perihal aku yang ibarat "perigi mencari timba".
Share this novel