ABD 52: ENDING

Romance Completed 1572856

ADRIAN bersandar pada tempat duduknya di dalam pejabat usai membaca berita tentang Eryna yang masih dibicarakan atas tuduhan menculik dan menyembunyikan Miya serta kesalahan membunuh pemandu lori yang juga warga Malaysia di rumah api Bahamas. Dua minggu lalu dia dan Miya ke Bahamas menjadi saksi perbicaraan. Eryna yang dilihatnya di dalam kandang tertuduh, jauh berbeza dengan Eryna yang dikenalinya sebelum ini. Kurus, cengkung dan selekeh. Wajahnya dipenuhi kesan lebam, mungkin bergaduh atau dibelasah oleh banduan lain. Kasihan? Ya, mungkin ada sedikit. Tetapi mengingat perbuatan Eryna yang telah membunuh Dahlia dan cuba membunuh Miya, perasaan kasihan itu serta-merta sirna. Bertukar menjadi benci yang tiada sempadan dan dia berharap Eryna dijatuhi hukuman berat. Untuk kesalahan membunuh Dahlia, dia tidak boleh didakwa di mahkamah Bahamas kerana kesalahan itu dilakukan di Malaysia. Tetapi, jika suatu hari nanti Eryna dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara di Bahamas dan kembali ke Malaysia, dia akan bertindak. Eryna, dia tidak akan biarkan bebas untuk mengganggu keluarganya.

.
. .

KETIKA Aisy Altair 22 bulan, Miya mengandung lagi.

"I'm pregnant," beritahu Miya ketika dia bersarapan bersama Adrian hujung minggu itu. Lora dan Aisy pula masih tidur.

Adrian yang baru beberapa teguk menghirup kopinya, tersedak. Terbatuk-batuk dia sehingga merah padam mukanya.

Miya menarik beberapa helai tisu lalu dihulurkan kepada suaminya itu sebelum belakang Adrian dia usap-usap untuk meredakan batuknya.

"What did you say?" soal Adrian sebaik batuknya reda.

"I said, I'm pregnant. Kenapa awak terkejut sangat? This is your child," balas Miya.

"I know that's my child. But, why are you pregnant? How did you get pregnant?"

Soalan Adrian itu membuatkan dahi Miya berkerut seribu. Melongo dia memandang suaminya itu dengan mata tidak berkedip. Soalan apa itu? Apa suaminya hilang ingatan?

"You asked me how did I get pregnant? You want me to tell you the whole process until this baby end up in my womb?"

Sekali lagi Adrian hampir tersedak air liurnya sendiri mendengar pertanyaan Miya.

"No, that's not what I meant."

"So tell me what do you mean?" tanya Miya. Agak sedih dan terkilan kerana Adrian seolah-olah tidak gembira dengan berita kehamilannya. Tidak seperti ketika ketika dia mengandungkan Aisy dulu.

"I mean, didn't you take the contraceptive?" soal Adrian.

"No, I didn't take the contraceptive." Miya menjawab dengan nada yang sedikit merajuk. Fikirnya Adrian tidak mahukan anak itu.

"Why?"

"Because I don't want to."

Kedengaran Adrian membuang nafas.

"Why do I have to take the contraceptive?" Soal Miya.

"Because I don't want you to get pregnant."

Berubah wajah Miya mendengar jawapan Adrian.

Menyedari perubahan wajah Miya, Adrian cuba meraih tangan isterinya itu tetapi Miya menepis.

"Miya..."

"Kalau awak tak nak anak, you're the one who should do a vasectomy."

Kali ini bukan lagi tersedak, malah Adrian hampir tertelan lidahnya sendiri mendengar kata-kata Miya. Ah, Miya sudah salah faham maksudnya.

"Kenapa asyik perempuan je kena fikir tentang contraceptive? Lelaki tak payah fikir pun. Senang hidup jadi lelaki. This is very unfair." Miya mengomel dengan mulutnya berdecit kesal.

"Baby..." Kali ini Adrian memegang bahu Miya yang sudah membelakanginya. Tetapi, sekali lagi Miya menepis.

"Dah lah! Kalau awak tak nak anak ni, saya tetap akan lahirkan dia, and I will raise him alone." Miya sedikit membentak.

"Miya, awak merepek apa ni? Siapa kata saya tak nak anak tu? Awak ni selalu sangat bercampur dengan auntie Clarisse, dah terikut perangai dia. Suka buat andaian sendiri."

Miya diam.

"Tadi awak kata awak tak nak saya mengandung."

"Listen here, Miya..." Adrian memusingkan badan Miya supaya mengadap ke arahnya. "Saya tak nak awak mengandung sebab saya nak badan awak betul-betul pulih dulu. You gave birth to Aisy through ceasarian. And doctors have advised that there should be at least two years before you can conceive again. I'm just worried about you."

"Apa bezanya dua tahun dengan setahun setengah? Biarlah saya mengandung. Lagipun, saya memang nak jarak anak yang rapat. Nanti bila besar, semua sebaya. Dan saya nak mengandung sebelum umur saya 35 tahun."

"Why?"

"Sebab bila saya dah 35, awak dah 42. Macam dah tua. Nanti bila awak masuk teman saya kat labor room, nurse kata, eh pakcik, suami je boleh masuk. Ayah tunggu kat luar.." Miya mengekeh. Namun sesaat kemudian dia meringis apabila Adrian menjentik keningnya.

"Listen baby, you need to know that for men, life begins at 40."

Miya memicingkan matanya, "Life begins at 40, huh? Then, I'll make sure that your life ends at 41."

Adrian tertawa. Ditarik tubuh Miya supaya duduk di pangkuannya.

"Nanti kita pergi hospital for pregnancy check up."

"So, you want this baby."

"Mestilah saya nak. Saya cuma takut badan awak tak mampu..."

"Don't worry. I'll take care of my body."

"I'll take that as a promise," ujar Adrian lalu mencuit hidung Miya.

.
. .

Miya tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang dia mengandung walaupun jaraknya agak rapat. Dia masih bekerja sebagai PA Adrian, tetap setia menemani suaminya itu ke mana sahaja tanpa rasa lelah termasuk ke luar negara. Setiap kali Adrian melakukan bussiness trip ke luar negara, mereka akan membawa anak-anak dan pengasuh mereka bersama. Baik Adrian mahupun Miya, mereka tidak mahu kesibukan membataskan hubungan dan komunikasi mereka dengan anak-anak. Setelah selesai urusan kerja, masa yang ada akan diluangkan bersama. Cuma Lora sudah jarang dapat bersama kerana sudah mula bersekolah. Tetapi panggilan video akan sentiasa menghubungkan mereka kerana Miya dan Adrian tidak mahu Lora rasa tersisih dan diabaikan.

Pada usia kandungan 38 minggu, Miya selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki, dan kali ini Adrian membiarkan Miya memilih nama untuk anak mereka, asalkan ianya bermula dengan huruf A, termasuk nama kedua. Akhirnya Miya menamakan bayi comel itu Aidan Alfian.

"Thank you, baby. I love you so much," ucap Adrian selepas Miya selamat melahirkan Aidan.

Miya tersenyum, "I love you too."

Adrian menggenggam tangan Miya dan mengucupnya lembut. Bahagia. Dia bahagia.
. .
. Empat tahun kemudian, Miya melahirkan seorang lagi anak lelaki. Aakif Akhtar. Allah mendengar doa Adrian yang mahukan ramai anak lelaki, untuk menjadi sekutunya. Supaya sesekali apabla berdebat dengan Miya, dia akan memperoleh kemenangan kerana selalunya Lora akan menyebelahi Miya. Namun, kenyataan tak seindah harapan. Kesemua anaknya menjadi sekutu Miya, kecuali Aisy yang selalu menyokongnya. Aisy agak rapat dengannya kerana semasa Miya melahirkan Aidan, dia yang banyak menguruskan anak lelakinya itu. Tak apalah, asalkan ada rakan sekutu walaupun seorang.

Seringkali mereka berdebat setiap kali mahu makan apa, mahu bercuti di mana, raya tahun ni baju warna apa? Selalunya cadangan Miya yang akan disokong oleh anak-anak, kecuali Aisy akan berkata "Aisy ikut daddy." Oh, anak keduanya itu memang pandai mengambil hati. Miya juga sering mengingatkan anak-anak mereka supaya apa-apa keputusan yang diambil, mesti bertanya daddy terlebih dahulu. Ah, bagaimana dia tidak menyayangi isteri cantiknya itu. Yang sentiasa mendahulukannya dalam semua perkara.

Namun, kadangkala jadi agak merimaskan.

"Omma, can I go to Delia's birthday party?" Lora
"Ask daddy."

"Omma, can I eat chocolate?" Aakif
"Ask daddy."

"Omma, can I stay at grandma's tonight?" Aidan
"Ask daddy."

"Omma, can I go camping with uncle Adam?" Aisy
"Ask daddy."

Namun, dia menikmati semua momen ini. Momen indah yang tidak mungkin terulang jika dia terlepasnya.

"Thank you Miya, for making me the happiest man, husband, and father in the world," ucapnya sambil memeluk pinggang Miya dari belakang dan meletakkan kepalanya di atas bahu isterinya itu. Mereka berdiri di balkoni kamar sambil menikmati langit malam yang ditaburi ribuan bintang.

Miya tersenyum lalu meletakkan tapak tangannya di atas tangan Adrian yang melingkar di pinggangnya.

"I'm also the happiest woman, wife, and mother in the world. Thanks to you."

"Hmm.." Adrian hanya menjawab gumaman. Sudah lebih sepuluh tahun usia perkahwinannya dengan Miya, namun kasih sayang mereka tidak pernah berkurang, malah semakin mekar, dengan hadirnya 4 cahaya mata yang melengkapkan lagi kebahagiaan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience