Completed
1089
" Sekarang undi rumah masing - masing. Akan ada seorang yang dapat rumah bersepah. Aku tak sempat upah orang kemaskan. " Arah lelaki sasa bersut putih.
Seorang lelaki berbaju hitam membawa kotak berisi empat keping kertas berlainan warna. Seorang perempuan tinggi lampai mengambil sekeping kertas sebelum diikuti dua perempuan lain. Ifra Mikayla hanya diam kaku termenung.
" Hey kau. Ambil cepat sebelum aku ubah fikiran. " Kata lelaki bersut putih. Suaranya mulai naik satu oktaf. Lelaki berbaju hitam menghulurkan sekeping kertas berwarna coklat kepada Ifra Mikayla.
Ifra Mikayla hanya diam kaku sedingin ais di kutub. Lelaki bersut putih mencerlung tubuh kecil milik Ifra Mikayla sebelum menarik nafas dalam.
" Rumah yang bersepah nanti beri pada perempuan degil ini. Tulis nama dan umur pada kertas masing - masing. Akad nikah tiga hari dari sekarang di sempadan. Sesiapa melawan seluruh keluarganya akan dibunuh di hadapan mata masing - masing. Aku tak suka ulang apa aku cakap. Jadi simpan dalam kepala otak masing - masing. " Kata lelaki bersut putih tegas sebelum memandang ke arah lelaki bebaju hitam.
Lelaki berbaju hitam mengedarkan pen kepada tiga perempuan selain Ifra Mikayla. Semua menurut arahan yang diberikan kecuali Ifra Mikayla.
" Aku Hezairil Hariz. Panggil aku Zairil. Apa - apa boleh berurusan dengan pembantu aku , Qil. Sekarang perkenalkan nama sebenar , nama panggilan dan umur masing - masing. Mula dari kau. " Kata lelaki bersut putih sebelum menunding jari ke arah perempuan di hujung kiri.
" Nama saya Dhia Damia. Panggil Dhia. Umur dua puluh empat. " Balas Dhia takut - takut. Ril mengangguk sebelum memandang perempuan di sebelah Dhia.
" Saya Suri Delaila. Panggil Ila. Umur dua puluh tiga. " Balas Ila.
" Naurah Qaisara. Panggil Sara. Umur dua puluh lima. " Balas Sara.
Suri Delaila menepuk bahu Ifra Mikayla sebelum menyuruhnya memperkenalkan diri.
" Saya Ifra Mikayla. Panggil Ifra. Umur dua puluh dua. " Balas Ifra lemah.
" Qil , kau tak bagi Ifra ini makan ke ? " Soal Hezairil Hariz sambil melihat jam tangannya.
" Bagi tapi dia tak nak makan. " Balas Qil patuh.
" Baiklah aku ada kerja. Dengar arahan Qil. Jangan sampai aku guna kekerasan. Aku boleh baik selagi kau tak buat pasal dengan aku. Kalau rasa tak nak sakit ikut arahan aku sepenuhnya. Jangan cabar aku. " Ugut Hezairil Hariz sambil memandang keempat - empat wanita yang ada.
Usai berkata - kata Hezairil Hariz keluar dari bilik kecil yang suram meninggalkan semua yang ada. Qil menghantar Hezairil Hariz keluar dengan pandangan mata.
Sebaik Hezairil Hariz keluar Qil mula memberi arahan.
" Memandangkan umur beza setahun jadi giliran ikut umur. Mula dengan Sara , Ila , Dhia dan Ifra. Baju nanti aku beritahu kemudian. Dan Ifra kau kena makan. Kalau Zairil marah aku kau siap. Kau jangan nak buat hal. " Kata Qil tegas.
Ifra Mikayla menggelengkan kepalanya. Qil mendengus geram.
" Sara , Ila dan Dhia ikut aku. Ifra tinggal sini sampai kau ubah fikiran untuk makan." Kata Qil tegas sebelum membuka pintu.
Naurah Qaisara , Suri Delaila dan Dhia Damia bangun meninggalkan Ifra Mikayla sendirian mengikut arahan Qil. Suri Delaila menggosok bahu Ifra Mikayla.
" Makanlah. Ikutkan sahaja. " Bisik Suri Delaila sebelum pergi.
Ifra Mikayla hanya diam membatu memerhati mereka keluar.
Ifra Mikayla merebahkan badannya di atas tikar lusuh yang disediakan sebaik mereka pergi. Air matanya mulai menitis membasahi wajahnya. Mengigil - gigil tubuh kecilnya menahan esakan yang menggila.
Share this novel