bab 4

Action Completed 1506

"apa yang awak kata kan ni, Syaina.saya tak faham lah.saya tahu yang ini bukannya diri awak..."kata Eisya yang terkejut dengan apa yang Syaina katakan padanya.

"takkan lah kau tak ingat apa yang kau buat kat aku. hah?!"jerit Syaina.
Eisya agak terkejut. sedikit sahaja lagi dia mahu pengsan. tetapi,sempat ditahan.

"saya tak tahu apa apa pun..kita kan dah lama tak jumpa...apa salah saya...bagi tahu saya...supaya saya dapat bagitau awak yang mungkin ianya hanyalah satu salah faham.."kata Eisya sayu...

"itulah masalahnya!sebab kita dah lama tak jumpalah aku marah sangat kat kau!kita kan dah janji untuk selalu bersama..
takkan kau dah lupa?"tanya Syaina.

"saya ingat tapi...."belum habis Eisya bercakap, Syaina menyampuk

"tapi apa?hah..tapi apa?"Shaina hampir membuatkan Eisya pengsan lagi.
nasib baik sempat ditahan juga.

"tapi takkan lah saya nak fokus kat awak je..saya pun ada life saya juga.saya kan dah masuk universiti.saya perlu fokus kepada pelajaran saya. bukan awak..."kata Eisya.

"tapi kau kan dah pandai. buat apa nak belajar lagi. kau sepatutnya masuk kelas mempertahankan diri bukan nya belajar je."kata Syaina sinis.

"macam mana awak tahu pasal tu?"tanya Eisya.

"aku dah intip kau dari mula kau masuk universiti.kau je yang tak perasan."kata Syaina.

"kau memang tak tahu apa apakan?aku dah ikut kau dari awal hingga akhir."kata Syaina lagi.


`awak tak tahu apa apa pasal saya.awak hanya tengok luaran sahaja.tak tengok dari dalaman.'kata Eisya dalam hati.


"aku nak tanya kau.kenapa kau dah berubah,hah?dengan berpurdah, berjilbab dan berjubah bagai..berubah gila.."kata Syaina.


"awak yang ajar saya semua ni.awak tu pula dah kenapa pakai pakaian yang tidak menutup aurat..itu berdosa lah..."kata Eisya.


"kau tak payah nak ajar aku bab agama.
kau ni tak padan dengan hitam kan.."ejek Syaina.


"biar hitam diluar tapi tak hitam didalam."kata Eisya.

"sapa yang kata macam tu hah?"Tanya Syaina.

"awak lah.saya ingat lagi."jawab Eisya

"kau ni sekali aku tumbuk kau,lebam kau tahu tak?"kata Syaina dengan riak nya


"saya tak kisah apa yang awak nak buat asalkan awak bahagia."kata Eisya.


"siapa kata?jap.sebelum kau kata apa apa,ni mesti aku zaman dulu kan?"kata Syaina.


"bukan. tapi arwah ibu awak..."kata Eisya.

"apa?"terkejut Syaina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience