ABD 33: THANK YOU ERYNA

Romance Completed 1572856

KENCANG berdetak jantung Miya melihat dua garis merah pada alat penguji kehamilan. Sudah empat kali dia mengujinya, menggunakan alat penguji dengan jenama berbeza, dan keempat-empatnya menunjukkan positif.

Terduduk di birai tub mandi, tapak tangan dilekapkan ke dada; merasai hentaman jantungnya yang berayun laju di dalam sana. Tidak tahu kenapa dia begitu berdebar-debar. Entah itu kerana takut, teruja, atau terkejut. Atau mungkin ketiga-tiganya.

Ketika dia mengambil keputusan berhenti mengambil pil perancang tiga bulan lalu, dia sangat mengharapkan agar dia mengandung. Sekarang apabila dia benar-benar hamil, dia tidak tahu perasaan apa yang sedang dia alami. Segalanya terasa kacau dan berkecamuk di dalam sana, sehingga terasa seluruh sarafnya lemah. Gigil tangannya usah ditanya. Gugup.

Mengapa jadi seperti ini? Mengapa perasaannya jadi tidak keruan? Seharusnya dia gembira bukan? Ini yang dia mahukan. Ini yang dia tunggu. Jadi, mengapa dia harus berdebar seperti melakukan kesalahan besar? Ini anak daripada perkahwinan yang sah. Ada nasab yang jelas, sekalipun mungkin bapanya tidak mahu mengakuinya.

Mengenang itu, membuat tubuh Miya melemah. Ya, Adrian tidak mahu dia mengandung. Sejak awal pernikahan, Adrian sudah menegaskan itu. Dulu dia tidak terlalu memikirkannya kerana matanya dikelabui wang. Wang sejuta dan sebuah kondo bernilai tiga juta ringgit, siapa yang tidak gelap mata? Apatah lagi apabila memikirkan yang dia tidak perlu terbeban dengan komitmen bulanan membeli rumah yang mungkin menguras hampir separuh dari gajinya, membuat dia tidak begitu memikirkan tentang syarat supaya tidak mengandung itu.

Namun, seiring berlalunya waktu, keinginan untuk memiliki anak itu datang dengan sendiri. Setiap hari dia menguruskan Lora, mendengar celotehnya, menemaninya sebelum tidur, membuat dia begitu ingin memiliki anak sendiri. Setidaknya, ada yang menemaninya selepas diceraikan Adrian kelak.

Ya, dia akan lahirkan anak ini dan menjaganya tanpa pengetahuan Adrian. Kurang sebulan sahaja lagi dan selepas itu dia akan bebas. Dengan wang sejuta itu nanti dia akan bersembunyi di mana-mana sehingga selamat melahirkan anak.

Suara jeritan Lora yang memanggilnya, menyentak lamunan Miya. Cepat-cepat dia mengambil tisu, membungkus keempat-empat alat penguji kehamilan tadi dan membuangnya ke dalam tong sampah. Kelam kabut perbuatannya kerana Lora sudah mula mengetuk-ngetuk pintu bilik mandi dengan jeritan nyaringnya.

“Omma!”

“Ya…Ya…Sekejap.”

Mendengar suara Miya, tiada lagi jeritan Lora di luar sana.

Miya menilik wajahnya melalui cermin. Nampak agak cengkung dan gelap di bawah mata kerana beberapa hari ini dia tidak begitu berselera. Hanya mengalas perut dengan buah dan roti sahaja. Susu pun tidak boleh ditelan kerana baunya saja sudah membuatnya loya.

Tarik nafas. Hembus perlahan. Kedua-dua pipinya ditepuk perlahan bagi memastikan riak wajahnya tidak terlihat terlalu tegang sehingga menimbulkan curiga Adrian.

Setelah dirasakan sedikit tenang, barulah dia keluar dari bilik mandi. Terundur sedikit langkahnya kerana terkejut melihat Lora sedang tegak di depan pintu.

“Omma!” Segera Lora menerpa memeluk Miya sambil wajahnya ditenggelamkan ke perut Miya.

Tertawa Miya dengan aksi Lora. “Hey, kenapa ni?”

“Atuk mama kata, ada baby dalam perut omma.”

Berubah wajah Miya dengan penuturan Lora. Menegang tubuhnya, apatah lagi melihat Adrian juga turut terkejut dengan apa yang baru didengar.

“W…What are you talking about?” Sedikit bergetar suara Miya kerana dia benar-benar tidak menjangka akan mendengar kata-kata seperti itu dari mulut Lora. Bagaimana Lora tahu?

“I told atok mama, omma muntah-muntah, then atok mama said, maybe ada baby ada perut omma. I can’t wait to see the baby.”

“Oh…” Miya tertawa canggung. Tidak berani dia melirik Adrian kerana dia yakin lelaki itu juga sedang menatapnya. Tentu sedang menelisik kebenaran di sebalik wajah dan gerak gerinya.

“There’s no baby in my belly. Omma cuma masuk angin because I've been so busy these days that I haven't paid much attention to my diet.”

Wajah Lora jelas tergambar kecewa. Pelukannya pada perut Miya melonggar.

“But I want baby,” ujarnya perlahan. Kecewa.

Miya tersenyum nipis. Bertinggung, dia menatap tepat ke dalam anak mata Lora.

“Wouldn't it be nice if you could be the only child? You could have your daddy's love without having to share it with the baby. Daddy will only love you, yesterday, today, tomorrow, and forever.”

Adrian yang sedang tunduk membaca emel di telefon, perlahan mengangkat muka. Miya yang nampak tenang, serta Lora yang nampak kecewa dipandang silih berganti.

“I don't care if I have to share daddy with baby. Even now I have shared daddy with you.”

Miya senyum segaris dengan mata masih menatap tepat ke dalam anak mata Lora. Jujurnya dia mahu menangis. Hanya Tuhan yang tahu, betapa dia ingin memberitahu Lora berita gembira itu. Betapa dia ingin melihat Lora melompat kesukaan apabila mengetahui dia akan mendapat adik. Betapa dia ingin berkongsi momen gembira itu bersama Adrian dan Lora. Tetapi dia tahu itu mustahil.

“For now…” Miya menguis jurai rambut Lora yang jatuh di dahi. “…let there be only you and daddy. Okay?”

“But…”

“Lora…” Adrian akhirnya bersuara. “…have you finished your homework?”

“No…” Lora menjawab perlahan.

“So, you better finish it now.”

“Okay.” Dengan wajah menunduk, Lora keluar dari bilik itu. Langkah lesu Lora itu dihantar Miya dengan tatapan sayu.

“Don’t think too much about what she said just now,” ujar Adrian sebelum berlalu ke bilik mandi.

Miya hanya mengangguk perlahan sebelum keluar untuk menyediakan makan malam. Sebelum itu sempat dia menjenguk Lora dan memintanya menyiapkan kerja sekolah di kaunter bar di dapur supaya mudah dia membantu Lora.

MELANGKAH masuk ke bilik mandi, Adrian masih tidak dapat melenyapkan perbualan Miya dan Lora tadi dari kotak fikirannya. Pertanyaan Lora yang penuh mengharap dan jawapan Miya yang terdengar kecewa.

Teringat dia kata-kata Eryna semalam yang memberitahu kemungkinan Miya mengandung. Tetapi jawapan Miya kepada Lora tadi jelas menunjukkan kemungkinan itu tidak benar. Eryna memang suka berandai-andai. Tidak semena-mena semalaman dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan kemungkinan Miya mengandung.

Dengan otak yang masih memutar-mutar perbualan Miya dan Lora tadi, tangannya menekan uutomatic toothpaste dispenser squeezer, namun puas ditekan, tidak ada ubat gigi yang keluar. Mungkin sudah habis dan Miya lupa menukarnya.

Pintu bercermin kabinet atas dibuka, mencari ubat gigi baru. Menarik sekotak ubat gigi, tanpa sengaja dia tertarik satu plastik sehingga isinya jatuh ke lantai. Menunduk mengambil semula kotak itu, terbersit sedikit rasa hairan kerana Miya tidak pernah menyimpan barang bersama plastiknya. Semua barang akan dikeluarkan daripada plastik sebelum dia mengaturnya di dalam kabinet.

“Apa ni?” Kotak yang dikutip dari lantai itu dibelek sebelum dadanya tiba-tiba berdetak hebat.

‘Pregnancy test kit’.

Apa benar Miya mengandung?

Ya, jika tidak mengandung, atau tidak mempunyai tanda-tanda mengandung, untuk apa Miya membeli alat itu?

Atau mungkin Miya juga curiga dengan keadaannya beberapa hari ini, maka dia membeli alat itu?

Adrian membuka plastik yang masih di tangannya. Sehelai kertas berupa resit dia tarik keluar. Berkerut dahinya melihat kuantiti yang dibeli. Lima unit. Yang di tangannya cuma ada sekotak. Ke mana perginya empat kotak lagi?

Melilaukan semula pandangannya ke dalam kabinet, dia tidak melihat barang lain selain barang-barang mandian.

Bersandar pada sinki, dia teringat saat dia pulang tadi, Miya agak lama di bilik mandi. Puas Lora memanggil dan mengetuk pintu, baru dia menyahut dan keluar.

Tidak susah untuk menebak, dia bertinggung lalu menarik tong sampah di bawah sinki. Tidak sukar untuk menyelongkar isi tong sampah kerana Miya tidak akan membiarkan sampah penuh sebelum dibuang. Hanya ada gumpalan tisu yang kelihatan masih bersih di dalam tong sampah itu. Perlahan tangannya terhulur mencapai gumpalan tisu itu.

“Omma, please check,” ujar Lora setelah dia menyelesaikan kerja sekolahnya.

Miya yang sedang mencuci sayur di sinki, menoleh. “Have you finished it?”

“Yes.”

“Okey, sekejap. Omma cuci sayur dulu.”

“Okey.”

“Colour dulu gambar dia. Nanti omma check.”

“Okey.” Tanpa banyak membantah, Lora membuka kotak pensel warnanya lalu mula mewarna gambar-gambar di dalam buku kerja matematik itu.

“Miya!”

Miya toleh. Tenang wajahnya menatap wajah tegang Adrian. Namun dalam hati tertanya-tanya, apa lagi salahnya kali ini? Apa lagi yang tidak kena?

“What’s this?” Kotak yang jatuh dari kebinet tadi diangkat separas mata Miya.

Wajah yang tadinya tenang, serta-merta berubah rona. Takut dan cemas, berbaur sehingga tidak ada kata-kata terluah dari bibirnya.

“Are you trying to hide something from me?” Datar suaranya namun penuh penekanan.

Miya masih tidak menjawab. Kedua-dua tangan di sisi tubuh, terkepal erat. Bibir bawah bahagian dalamnya digigit, menahan tangis yang hampir lolos. Kenapa begitu cepat perkara itu terbongkar, Tuhan? Kenapa tidak boleh dia menikmati rasa indah ini lebih lama?

Ah ya, salahnya juga tadi kerana terlalu tergesa-gesa dan tidak sabar, sehingga satu alat yang belum dibuka itu hanya diletak sebarang di dalam kabinet. Belum sempat dia mengemas dan menyembunyikannya, Lora memanggil-manggilnya dari luar pintu.

Apa ini kifarah kerana dia berniat mahu melarikan diri dengan anaknya?
“Are you pregnant?” tanya Adrian. Masih datar.

Diam.

“Are you pregnant, Miya Liany?”

Senyap.

Adrian menengadah. Miya benar-benar mencabar kesabarannya kali ini.

“Saya tanya sekali lagi, are you pregnant?”

Dengan wajah menunduk, Miya menggeleng lemah. Bukan menafikan, tetapi kerana dia tidak berdaya. Mengiakan atau menafikan, tidak akan membuat nasibnya berbeza.

Merapatkan kedua-dua kelopak matanya, Adrian menggeleng perlahan.

“Sejak bila awak pandai menipu?”

“Awak berbohong dengan Lora because you intend to hide this from me?!!” Satu alat penguji kehamilan dengan dua garis merah dilempar ke lantai, membuat Miya terlonjak kaget.

“Daddy!” Lora yang mendengar suara daddynya yang meninggi, menjerit. Tidak suka dia melihat ommanya dimarah dan ditengking.

Adrian pantas menoleh. Dia tidak sedar ada Lora di situ.

Tidak mahu Lora mendengar pergaduhannya dengan Miya, Adrian berlalu ke bilik. Cepat-cepat Miya mengejar langkah suaminya itu.

Pintu dia tutup rapat sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik. Kemudian dia melebarkan langkah mendekati Adrian yang berdiri menengadah di depan floor-to-ceiling window di dalam bilik mereka. Tangan Adrian dia capai lalu menggenggamnya kemas.

“Saya janji takkan tuntut apa-apa lepas awak ceraikan saya. Saya akan pastikan yang anak saya tak tahu siapa ayah dia. I promise. Kalau awak nak, saya akan cari lawyer, saya akan buat perjanjian yang saya takkan tuntut apa-apa daripada awak. Please.”

Tiada jawapan daripada Adrian, namun jelas wajahnya tegang. Desah kasar nafasnya cukup menggambarkan bagaimana emosinya saat ini. Urat-urat hijau yang timbul pada tangannya jelas menampakkan yang dia benar-benar sedang marah.

“Saya akan jauhkan dia daripada awak, Lora, dan semua ahli keluarga awak dan Dahlia. Saya takkan tunjuk muka depan awak. Saya tahu saya dah melampau, tapi…” Miya jeda. Cuba menahan getar suaranya supaya tidak menangis di depan Adrian. Dia tidak mahu Adrian melihatnya lemah dan rapuh. Saat dia membuat keputusan untuk berhenti mengambil pil perancang, dia sudah nekad. Jika dia mengandung, dia akan menghadapi apa jua reaksi Adrian.

“…saya nak anak daripada perkahwinan ni. Saya tak nak duit sejuta dan saya tak nak rumah, Saya cuma nak anak ni. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi sebelum kita bercerai. Saya akan keluar dari DayMond, saya akan putuskan contact dengan semua orang, dan saya akan pastikan tak ada sesiapa tahu yang saya mengandung. Saya janji. But please allow me to conceive this baby.”

Adrian ketap rahang. Tangannya yang masih dalam genggaman Miya ditarik kasar. Wajah Miya dipandang dengan tatapan…Entah. Marah dan kecewa seperti berbaur menjadi satu membentuk ekspresi yang sulit untuk digambarkan.

“Saya tak tahu apa yangawak fikir dan saya tak tahu apa yang ada dalam kepala awak, Miya,” ujarnya sebelum berlalu keluar.

Terkebil-kebil Miya memandang pintu yang sudah tertutup rapat. Lama dia mematung di tempatnya sebelum bunyi ketukan pintu dan suara Lora mengejutkannya.

“Omma…”

“Ya…” Menyeka air matanya, dia segera melangkah ke pintu.

Sebaik daun pintu dikuak, dia Lora tercegat berdiri dengan kepala mendongak memandangnya.

“Are you crying?” tanya Lora.

“No.” Miya tersenyum sambil menuntun tangan Lora menuju dapur.

“Daddy marah omma?” tanya Lora lagi dengan suara bergetar. Wajahnya sudah tercebik-cebik menahan tangis.

“Tak. Daddy tak marah. He was just...shocked because omma did something without his permission,” ujar Miya.

“What is it?”

Pertanyaan Lora itu hanya dijawab dengan senyum oleh Miya. Diangkat tubuh Lora duduk di kerusi bar kaunter.

“Homework tadi dah siap kan?” tanyanya setelah melabuhkan duduk di sebelah Lora.

Lora angguk dengan wajah sugul. Jujurnya dia masih sedih melihat Miya dimarah daddynya tadi. Dia pernah ditengking daddy dan dia tahu bagaimana rasanya.

“Let me check it.” Miya tarik buku Matematik Lora dan memeriksa jawapan yang ditulis anak itu.

“Are you sad?” tanya Lora tanpa mengalihkan tatapannya daripada Miya yang sedang memeriksa bukunya.

Panggung kepala, Miya membalas tatapan Lora lalu tersenyum. “No…You don’t have to worry okay. I’m fine.”

Lambat-lambat Lora mengangguk. Tersenyum, Miya mengusap-usap puncak kepala Lora sebelum mengembalikan fokus ke buku.

“Wow, semua betul. Clever girl.”

“Really?”

Miya mengangguk teruja sambil tersenyum memandang Lora.

“Thank you, omma. I love you.” Turun dari kerusi, Lora memeluk Miya erat.

“I love you too,” balas Miya perlahan. Rambut Lora dibelai lembut dengan mata merenung kejauhan.

Bagaimana dengan Lora jika dia pergi? Apa Lora akan kembali murung, menjadi pendiam, dan menutup dirinya seperti dulu? Atau Lora akan baik-baik saja?

Dulu dia menjaga dan menguruskan Lora kerana tanggungjawab dan berharap tempoh setahun cepat berlalu supaya dia tidak perlu berdepan dengan Lora yang menyebalkan serta tidak berselindung menunjukkan perasaan kurang senang terhadapnya. Sekarang, dia sudah jatuh sayang dengan anak itu. Ikatan yang terbina antara dia dan Lora bukan sekadar anak tiri dan ibu tiri, malah dia rasa lebih daripada itu. Lora menyayanginya dan dia juga memiliki perasaan yang sama.

Mengenang itu, membuat Miya memeluk tubuh Lora erat. Dia sayangkan Lora, tetapi Adrian mahu menceraikannya. Tidak mungkin dia membawa Lora bersama kerana Lora bukan anaknya. Adrian pun tidak akan membenarkan.

Tuhan, apa yang harus dia lakukan?

.
. .
BANGUN pagi itu, Miya melihat tempat tidur di sebelahnya kosong. Menandakan Adrian tidak pulang semalam. Capai telefon, Miya menggeser skrin jika Adrian ada menghantar mesej, namun nihil. Tiada mesej, tiada panggilan.

Malas berfikir banyak, Miya bangkit dari katil dan memulakan rutin hariannya seperti biasa. Mandi, menyediakan sarapan, mengejutkan Lora sebelum bersiap ke pejabat.

Saat dia membancuh susu untuk Lora, air matanya tiba-tiba jatuh. Tinggal lebih kurang sebulan saja lagi dia akan disibukkan dengan rutin ini. Selepas itu tiada lagi. Dia tidak perlu bangun awal untuk menguruskan Lora, tidak perlu membancuh susu Lora, tidak perlu lagi menemani dan menyemak kerja sekolah Lora, serta tidak perlu lagi melayan dan mendengar cerita-cerita Lora saat pulang dari sekolah.

Membayangkannya saja sudah membuat dia sedih dan rindu. Apa lagi jika dia benar-benar sudah meninggalkan Lora nanti.

“I will miss you, Lora…” desisnya sambil tangan mengacau susu yang sudah lama larut di dalam gelas. Bergetar bibirnya saat mengungkapkan itu. Jatuh air mata mengenang perpisahan yang bakal berlaku.

Lora tidak mengerti apa-apa, tetapi harus terseret dalam perjanjian ‘selfish’ antara dia dan Adrian.

“I’m sorry, Lora…I’m sorry…”

“Omma…”

Cepat-cepat Miya memusingkan mukanya ke arah lain, menyeka air mata sebelum memandang Lora.

“Dah siap?”

“Are you crying?” tanya Lora.

“No.” Miya berusaha tersenyum.

“Tapi mata omma merah.”

“Omma…selesema.”

Lora kelihatan tidak percaya.namun Miya sedikit mendorong tubuh Lora duduk di kerusi sebelum gelas susu dia sodorkan ke arah anak itu.

“Habiskan susu ni.”

Lora akur. Sekali teguk, menghabiskan segelas susu sebelum menikmati sandwich telur yang disediakan Miya.

“Where’s daddy?” tanyanya apabila menyedari tidak melihat kelibat daddynya itu pagi ini.

“Daddy ada kerja dekat office, so daddy tak balik semalam.” Jawapan itu sudah dirangka dalam otaknya kerana dia sudah menjangka Lora akan bertanya.

“Bukan sebab daddy marah omma?”

“Bukan.”

“Betul?”

“Betul.”

Lora akhirnya menerima jawapan itu. Menikmati sarapannya dengan tenang walaupun dalam hatinya banyak perkara yang bersarang yang tidak mampu dia luahkan.

SELESAI sarapan, Miya memimpin tangan Lora menuju keretanya. Adrian tidak ada, dia yang akan menghantar Lora ke sekolah. Namun ketika dia baru membuka pintu kereta, Akram memanggil sambil berlari-lari anak ke arahnya.

“Puan, Tuan Adrian mintak saya hantarkan Lora ke sekolah,” ujar Akram dengan nafas termengah-mengah.

“Oh…Okey…” Bertinggung, Miya memegang kedua-dua bahu Lora lalu memeluknya. Lama. Belakang Lora dia tepuk lembut. Entah mengapa dia rasa berat mahu berpisah.

Meleraikan pelukan, Miya menatap tepat ke dalam anak mata Lora. “…Lora pergi sekolah dengan Pakcik Akram ya?”

Lora mengangguk perlahan. “Omma..”

“Ya?”

“Can you cook mac and cheese tonight?” tanya Lora. Bukan dia terlalu inginkan makanan itu, tetapi dia hanya mahu memastikan Miya pulang malam ini. Dia benar-benar takut jika Miya meninggalkannya setelah dimarah daddynya semalam.

“Okay.”

Terbit senyum di wajah Lora mendengar jawapan Miya.

“Dah, cepat pergi sekolah. Nanti lambat,” ujar Miya.

Lora mengangguk laju. “Bye omma.”

“Bye.”

Miya berdiri, memerhatikan Lora sehingga anak itu masuk ke kereta.

.
. .

REHAT tengah hari, Miya tidak ke mana-mana. Kepalanya masih pusing dan dia mahu menggunakan masa sejam ini untuk tidur. Perutnya hanya dialas dengan buah pear dan strawberry yang dibawanya dari rumah. Dia masih belum berselera menjamah apa-apa. Makan pun sekadar untuk mengalas perut.

Menyandarkan tubuhnya ke kerusi, dia cuba memejamkan mata sebelum ketukan pada pintu membantutkan hasratnya.

“Come in…” ujarnya sambil menegakkan tubuh.

Pintu dibuka dan Eryna dengan langkah anggun dengan senyum ramah di bibirnya mendekati mejanya. Sebuah beg kertas diletakkan di atas meja lalu disodorkan ke arah Miya.

Miya hanya memerhatikan bungkusan itu tanpa berniat untuk menyentuhnya.

“Tu daripada Adrian. Dia mintak I hantar sebab dia sibuk. Malam ni dia kena fly pergi LA.” Eryna mengeluarkan kotak makanan daripada beg kertas sebelum penutup kotak itu dia buka. Salmon panggang, bersama brokoli dan kentang goreng benar-benar kelihatan menyelerakan. Malah baunya langsung tidak membuatkan Miya loya.

“Adrian mungkin nampak macam marah bila tahu you mengandung. Tapi, dia sebenarnya bukan . tapi terkejut.” Eryna menolak kotak makanan itu ke arah Miya. Sudu dan garpu yang disediakan bersama hidangan itu dilap dahulu dengan tisu sebelum meletakkannya di dalam kotak makanan.

“Makanlah. Susah payah dia google makanan berkhasiat untuk ibu hamil dan mintak saya pesankan makanan tu untuk awak,” ujar Eryna.

Miya tertawa sinis. “Untuk apa dia susah payah. Dia tak nakkan anak ni pun.”

“Siapa kata?”

Miya tidak menjawab. Adrian memang tidak berkata dia tidak mahukan anak itu, tetapi reaksi lelaki itu semalam sudah cukup untuk menjelaskannya.

“Kalau awak masih berpegang pada perjanjian awa dulu, awak silap. Dulu mungkin ya, dia tak mahu anak dari awak sebab tak nak terikat. Tapi sekarang, perasaan dia dah berubah. Dia risaukan awak sebab awak ada slipped disc kan? Awak tahu tak, sejak pagi he has busy searching whether a woman with slipped disc can get pregnant or not.”

Ingin Miya tidak percaya, namun jika Adrian tidak bercerita, bagaimana Eryna tahu dia hamil dan mengalami slipped disc?

“Terpulang pada awak, nak percaya atau tidak. Tapi, itulah yang saya nampak. Adrian memang macam tu. Dia ego dan susah nak luahkan perasaan dia, tapi dia ambil berat tentang awak.”

Miya tidak membalas, namun perlahan tangannya terhulur menjamah salmon panggang itu.

“Sedap kan?”

“Yeah.”

Eryna tersenyum melihat Miya menikmati makanan itu sehingga licin. Kemudian, dia mengeluarkan sebuah botol dari beg tangannya.

“Ini kalsium.” Ditunjukkan tulisan pada botol itu kepada Miya. “Penting untuk ibu mengandung.”

“Adrian yang belikan tadi dan dia nak saya pastikan awak makan.” Dituang dua biji ke dalam penutup botol sebelum dihulurkan kepada Miya.

“Ops tunggu…” Dia menegah saat Miya sudah mahu menelan dua biji vitamin itu.

“Kena telan dengan air supaya cepat menyerap. Itu petua mak saya.” Penutup botol air mineral dia buka lalu dihulurkan kepada Miya.

Menyambut botol itu, Miya memasukkan dua biji vitamin itu ke dalam mulutnya sebelum menelannya bersama air.

“Okay, sekarang tugas saya dah selesai. Saya balik dulu. Rehatlah,” ujarnya lalu bangun.

“Thank you, Eryna.”

Tersenyum, Eryna mengemaskan bekas makanan Miya sebelum melangkah keluar. “Sama-sama.”

Share this novel

EeraIqmal
2022-09-26 07:00:42 

jht btul la eryna nie.. dh syak awal yg dia bgi pil abortion kt miya tnpa pengetahuan adrian.. yg adrian tu plak prcya sgt eryna tu.. moga cpt2 adrian thu eryna dalang kpd smua nie.. syaitan bertopengkan iblis tul!!.. jdi emo btul bca chapter nie.. x sbr tggu next chapter

EeraIqmal
2022-09-24 23:23:15 

dh lma sis x update.. trtggu2..

Rimatanti Rasyid
2022-09-23 15:27:51 

semoga baik² buat miya dn baby dlm perut miya tu.. risau lh sbb miya ni jujur sgt..


NovelPlus Premium

The best ads free experience