Kau Adalah Puisi Yang Tak Dapat Kubaca

Poetry Series 553

Aku membelek sebuah buku kecil
yang ada di sudut meja
Menekuni bait patah perkataan yang tertulis
Aku menemui sebuah puisi di dalamnya
Namun, aneh
Puisi itu tidak memiliki aksara
Tiada bait perkataan
untuk menyampaikan aspirasi sang pemuisi
Halamannya nirmala
tanpa noda
Aku tertunduk mengerti
Tak akan aku bertanya lagi
Kerana
Kau adalah sebahagian daripada puisi-puisi yang tak dapat kubaca.

S.A.N

Semoga puisi-puisi ini menjadi penawar buat jiwa-jiwa yang terluka. S.A.N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience