TAMAT waktu pejabat, Miya tidak segera keluar. Menjadikan Balqis sebagai informer, dia menunggu sehingga lobi lengang terlebih dahulu sebelum keluar. Tidak mahu ada sesiapa ternampak dia masuk ke kereta Adrian.
Sementara menunggu maklumat daripada Balqis, dia menyelesaikan beberapa pekerjaannya.
Bunyi telefon beberapa minit kemudian membuat tangannya mula bersedia untuk berkemas. Namun saat mengerling skrin, dia melihat nama Adrian yang muncul. Segera dia mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan itu.
"Kenapa tak turun lagi?" Tanpa salam, Adrian terus menyergahnya dengan pertanyaan itu.
"Saya...sakit perut..."
"Balqis cakap lain..."
Miya merapatkan kelopak matanya sambil mengetap bibir. Kantoi sudah.
"Turun sekarang."
Nada dominan Adrian itu membuat Miya tidak berani membantah. Selepas Adrian memutuskan panggilan, dia segera berkemas-kemas.
Saat dia melangkah menuju ke lif, notifikasi mesejnya berbunyi. Melalui tetingkap notifikasi, dia membaca mesej daripada Balqis itu.
-Sorry. Aku tak berani tipu suami kau.-
Miya memutar bola matanya.
"Alasan..."
SESAMPAI di lobi, dia melihat orang sudah tidak begitu ramai. Cepat-cepat dia melangkah ke arah kereta Adrian. Namun saat membuka pintu di belakang pemandu, dia melihat tempat duduk itu sudah diduduki Adrian.
"Sanalah..." ujar Miya, meminta Adrian mengengsot ke tempat duduk di sebelah sana.
"Ni memang tempat duduk saya dari dulu..."
Miya berdecit. "Itu dulu. Kita cakap tentang sekarang."
"Tak ada beza dulu dengan sekarang." Adrian tak mahu kalah.
Miya mendengus geram. Terpaksalah dia yang mengalah. Saat dia memutar tubuhnya untuk pergi ke pintu sebelah kiri, suara beberapa orang yang baru keluar dari pintu lobi membuat dia membatalkan hasratnya. Bimbang mereka nampak dia masuk ke kereta Adrian. Tanpa berfikir panjang, dia menerobos masuk melalui pintu Adrian sebelum merangkak ke tempat duduk sebelah. Tidak dia peduli saat Adrian meringis ketika lututnya menindih paha lelaki itu.
"Abang Akram, cepat jalan..." ujar Miya sebaik sahaja berhasil duduk dengan sempurna di sebelah Adrian. Kepala ditundukkan sedikit supaya orang di luar tidak dapat melihatnya.
"Cermin ni gelap. Tak ada sesiapa boleh nampak awak kat dalam," ujar Adrian.
"Oh..." Miya kembali menegakkan kepalanya lalu disandarkan pada head rest.
"Kita jemput Lora dulu,," kata Adrian.
"Okey."
SESAMPAI di rumah Datin Fauziah, Adrian mengejutkan Miya yang nyenyak tidur. Sebenarnya dia tidak mahu mengganggu tidur Miya, tetapi melihat Datin Fauziah keluar menghantar Lora ke kereta, tidak wajar pula kalau Miya tidak menyapa.
Lora segera meluru ke arah Miya apabila melihatnya keluar dari kereta. Malah, dia langsung tidak menghiraukan bapanya yang sudah menghulurkan tangan untuk memeluknya.
"Lora..." Adrian pamer wajah tak puas hati. Sejak bila Lora belajar tidak mengendahkannya?
“Dia asyik cerita Miya buat cup cakes untuk dia,” ujar Datin Fauziah. Mata memandang Lora walaupun dia sedang bercakap dengan Adrian.
“Yeah. Miya bangun pukul 4 pagi tadi buat kek untuk Lora.”
“I’m glad you marry her.” Agak pelik apabila Datin Fauziah mengeluarkan kata-kata seperti itu. Memuji perempuan yang berkahwin dengan suami anaknya. Tetapi itulah hakikatnya. Melihat perubahan Lora hari ini, dia gembira Adrian berkahwin dengan Miya. Tidak banyak perubahan, tetapi Lora kelihatan lebih gembira berbanding sebelum ini, sejak kematian ibunya.
Ketika kali pertama melihat Miya, dia tidak begitu sukakan gadis itu yang kelihatan dingin dan lurus. Malah Miya langsung tidak tersenyum di majlis pernikahannya. Wajahnya kelihatan bingung, kosong serta terpinga-pinga. Sempat terbersit rasa curiga dengan kemampuan dan keikhlasan Miya menjaga cucunya. Berbagai-bagai andaian dan gambaran ibu tiri yang jahat bermain dalam fikirannya. Tetapi sekarang persepsinya berubah. Dia yakin Miya mampu menggantikan tempat Dahlia untuk menjadi ibu Lora.
“Kami balik dulu.” Adrian meminta diri.
“Yalah.” Datin Fauziah mengangguk, lalu melangkah mendekati Miya.
“Datin.” Miya menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat apabila Datin Fauziah menghampirinya.
“Panggil auntie,” ujar Datin Fauziah sambil tersenyum.
“Auntie.”
“Thank you for what you’ve done for Lora. I really appreciate it,” ujar Datin Fauziah.
“Benda kecik je, auntie,” balas Miya sungkan.
“But it’s really matter to Lora. Dari tadi dia asyik cerita cikgu-cikgu dengan kawan-kawan dia puji kek tu cantik, sedap...” Datin Fauziah ketawa kecil menceritakan telatah Lora sejak pulang dari sekolah tengah hari tadi.
"Kebetulan semua bahan ada kat rumah. Bolehlah buat kek yang simple."
"Mana ada simple macam tu. Miya ada join kelas baking ke?"
"Ada. Tapi banyak kelas online je."
"Oh...patutlah..." Datun Fauziah memanggut-manggut.
"Mama..." Adrian menyela. Tidak mahu perbualan Miya dan Datin Fauziah berlarut-larut. Tambahan pula dia tidak begitu senang jika Miya rapat dengan Datin Fauziah. Dia akan menceraikan Miya dan dia tidak mahu perkara itu menjadi sulit jika Miya rapat dengan ibu Dahlia. Dia memilih Miya sebagai isteri kerana Miya adalah asing bagi mereka. Bukan anak kenalan mereka, bukan sesiapa. Hanya gadis biasa yang tidak jelas asal-usulnya; supaya apabila bercerai kelak, mereka tidak akan terikat dengan status keluarga, kenalan dan sebagainya. Mereka akan terus lupa siapa Miya dan Miya akan terus hilang dari memori mereka.
"Dah lewat ni. Kami balik dulu."
"Oh...okey,” ujar Datin Fauziah.
"Say good bye to atuk mama," ujar Adrian sambil memandang Lora yang sejak tadi menggenggam tangan Miya.
"Bye atuk mama." Lora melepaskan tangan Miya lalu menyalami neneknya.
“Bye, Lora."
SEPANJANG perjalanan dari rumah Datin Fauziah sehingga sampai ke kondominium mereka, Miya kembali menyambung tidur. Lora yang duduk di pangkuannya juga turut tidur dengan sebelah mukanya disembamkan ke dada Miya. Adrian memerhati dengan perasaan bercampur baur. Dia tidak tahu bagaimana kesudahannya nanti selepas dia menceraikan Miya. Dia tidak pernah mengharapkan Lora rapat dengan Miya. Cuma dia berharap Lora dapat menerima dan menghormati Miya dan bertahan untuk tempoh setahun ini. Tetapi sekarang sudah menjadi sebaliknya. Lora kelihatan semakin menyenangi Miya. Benar kata pepatah Inggeris, there's no problem in this world that cupcakes can't solve.
ADRIAN mengejutkan Miya dan Lora sebaik sahaja kereta yang dipandu Akram itu sampai di tempat letak kereta kondominium mereka. Miya terpinga-pinga dengan mata memindai suasana keliling. Setelah menyedari yang mereka telah sampai, dia segera keluar dari kereta. Lora sudah berada di atas dukungan Adrian. Lena sungguh tidur anak itu sehingga dia langsung tidak terjaga.
Ketika Miya baru mahu melangkah ke lif, Adrian tiba-tiba menghulurkan kunci kepadanya. Tanpa bertanya apa-apa, dia menyambut kunci itu lalu disimpan di dalam beg tangannya sebelum menyambung langkah ke lif.
“Miya!”
Suara Adrian itu mematikan langkah Miya. Dia menoleh. Jelas dia masih mamai.
“Ya?”
“Awak tahu tu kunci apa?” tanya Adrian.
“Oh?” Miya membuka beg tangannya, mengambil semula kunci itu dan melihatnya. Terdapat simbol empat bulatan bersilang sisi antara satu sama lain pada bahagian bawah kunci itu. Miya angkat kepala, pandang Adrian dengan wajah yang penuh tanda tanya.
“There’s your car,” ujar Adrian sambil menujuk ke arah sebuah Audi A5 berwarna hitam yang diparkir tidak jauh dari mereka.
Buntang mata Miya melihat kereta sport berpintu dua itu diparkir di petak letak keretanya.
Biar betul!
Takkanlah dia hendak memandu kereta itu ke pejabat esok. Tidakkah nanti akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya jika mereka melihat dia memandu kereta mewah yang tidak sepadan dengan kemampuannya.
Walaupun dia tidak arif tentang kereta, tetapi dia boleh meneka harga kereta itu tentu ratusan ribu ringgit dan komitmen bulanannya tentu mencecah dua hingga tiga ribu.
“Saya kena pergi kerja dengan kereta ni esok?” tanya Miya.
“Yeah. You don’t like it?”
“No...no...Bukan tak suka, tapi awak tak rasa ke kereta tu tak sesuai dengan saya?”
Adrian mengerutkan dahi lalu menggeleng. “I don’t understand.”
“Saya tak mampu beli kereta tu. Kalau saya bawak kereta tu pergi kerja esok, nanti apa pulak orang kata,” ujar Miya.
Adrian ketawa tanpa suara. Dia malas melayan alasan Miya itu dan terus melangkah ke lif. Terkedek-kedek Miya membuntutinya.
“Kenapa mesti fikir apa orang kata? Kalau orang tanya, cakaplah ada orang bagi,” ujar Adrian selamba. "Lagipun itu bukan kereta baru. Kereta tu memang dah ada kat garaj saya. Jarang guna. Sekarang saya bagi awak. Nanti kalau ada masa, kita tukar nama."
Miya kelihatan tidak berpuas hati. Dia ingin memprotes, tetapi Adrian mengangkat tangannya dengan memberi isyarat supaya Miya tidak berkata apa-apa.
“Lora tidur. Jangan bising,” ujarnya.
Miya mengetap bibir sambil melirik Lora yang sedang lena di atas bahu Adrian. Cair seketika hatinya melihat wajah polos Lora yang sedang tidur itu. Tetapi, memikirkan susuk daddynya yang sentiasa dominan dan suka mendesak itu, dia jadi sesak semula. Mulutnya berdecit dan terkumat-kamit tanpa jelas butir bicaranya.
“Saya pernah bagitahu awak sebelum ni Miya. Bila saya nagi sesuatu, saya nak awak terima. Jangan tolak dan buat saya rasa terhina,” ujar Adrian. Perlahan dan datar saja suaranya. Tetapi aura dominannya cukup ketara dan berhasil membuat Miya kecut perut. Apatah lagi wajahnya yang sudah bertukar dingin dengan kerut angkuh tanpa segarit senyum.
“Fine. I’ll take it. Thank you,” ujar Miya.
“Tengok, lupa lagi! Never say thank you to your husband because there's another way to do it.”
Miya ketap bibir. Insiden pagi tadi mula memenuhi kotak fikirannya. Lelaki ini tidak sudah-sudah mahu memalukannya dengan perkara sebegitu.
Adrian mengulum senyum. Itu sahaja caranya untuk membuat Miya diam dan berhenti merungut.
SAMPAI di rumah, Adrian terus meletakkan Lora di katilnya.
Miya yang masih belum dapat mengatasi rasa mengantuknya, terus masuk ke bilik lalu merebahkan tubuhnya ke katil. Tidak menunggu lama, dia tertidur semula. Tidak pernah dia berasa sebegini mengantuk kerana setiap hari dia akan memastikan dia tidur lapan jam. Atau paling kurang enam jam. Tetapi semalam dia hanya tidur empat jam. Bukan salahnya jika dia rasa seperti ada bongkah besar bergayut pada kelopak matanya.
Adrian kembali ke bilik dan melihat Miya sudah tertidur. Menggeleng dia melihat Miya tidur tanpa menukar pakaiannya. Miya yang dia kenal sangat cerewet itu selalunya akan mandi terlebih dahulu sebelum tidur. Benar-benar parah kantuknya kali ini. Sejak tengah hari tadi dia melihat Miya menggunakan masa yang ada untuk tidur. Kek cawan Lora dan pening kepalanya semalam benar-benar membuat isterinya itu seperti diberi ubat tidur.
Tidak berniat mahu mengejut atau mengganggu tidur Miya, Adrian menarik selimut dan menyelimuti tubuh isterinya itu dengan berhati-hati
ADRIAN sedang mengadap mac book di ruang makan ketika Miya keluar dari bilik setelah selesai mandi. Dapat tidur beberapa jam tadi membuat tubuhnya segar.
Dengan memakai fon telinga, dia melangkah ke arah dapur sambil melihat skrin telefonnya. Adrian memerhati dengan dahi berkerut. Penasaran dengan apa yang dilihat Miya pada telefonnya itu sehingga kelihatan begitu asyik?
Miya membuka peti sejuk dan mengambil sekotak jus, tetapi matanya masih pada telefon. Sepertinya dia tidak menyedari kewujudan Adrian di situ atau sengaja buat-buat tidak nampak.
Adrian meneliti Miya dari atas ke bawah. Robe sutera berwarna biru lembut yang tersarung pada tubuh Miya menyerlahkan lekuk tubuhnya yang menawan.
Namun tatapan Adrian itu langsung tidak mengganggu Miya. Menuang jus oren yang diambilnya tadi ke dalam cawan, dia menghirupnya perlahan sambil mata tetap tidak dialihkan dari skrin telefon.
Sedar dirinya tidak diendahkan, Adrian kembali melihat skrin mac booknya, memilih hotel yang sesuai untuk membawa Lora bercuti hujung minggu ini. Hanya percutian pendek, memandangkan dia tidak boleh bercuti seminggu dua ini. Sejak Dahlia meninggal, dia tidak pernah membawa anaknya itu bercuti.
“Saya ingat nak bawak Lora pergi short vacation hujung minggu ni,” ujarnya.
Tiada balasan.
Adrian mengalihkan fokusnya dari Mc Book lantas memandang Miya yang bersandar pada meja sambil melihat telefon. Satu tangan memegang telefon, satu tangan lagi memegang gelas.
Geram kerana tidak diendahkan, dia menarik fon telinga itu dari telinga Miya sebelum merampas telefon dari tangan isterinya itu.
"Janganlah kacau..." Miya cuba nerampas semula telefonnya tetapi Adrian menjauhkan tangannya. Dilihat paparan pada skrin telefon Miya. Drama Korea rupanya.
“What’s so good to watch this Korean drama?” tanyanya.
“Because the male actor is so handsome,” jawab Miya selamba.
“Tak sangka pulak awak suka tengok lelaki handsome. Saya ingat awak tak ada perasaan,” balas Adrian.
“Siapa kata? Semua perempuan suka tengok lelaki handsome,” balas Miya sambil cuba memakai kembali fon telinganya. Tetapi belum sempat dia melakukannya, Adrian menangkap pergelangan tangannya.
“What?”
“So, what do you think about me? Am I handsome enough to compete with those Korean actors, hmmm?” Adrian sengaja menguji. Mahu mendengar jawapan Miya.
Miya tidak menjawab, sebaliknya mendekatkan wajahnya ke wajah Adrian dan menatapnya lama. Tidak berkedip, sehingga membuat Adrian pula yang malu. Wajah Miya ditolak supaya menjauhinya.
“Errmm..You’re handsome but still can’t compete with those Korean actors,” jawab Miya. Sengaja membakar hati Adrian.
“How dare you Miya,” desis Adrian geram. Disentak tangan Miya sehingga isterinya itu terduduk di pangkuannya.
Miya cuba bangun tetapi Adrian memeluk erat pinggangnya. Semakin dia cuba melepaskan diri, semakin kuat Adrian memeluknya. Akhirnya Miya mengalah.
“Fine..Fine..I’m sorry. You’re crazy rich handsome gentleman, gorgeous and generous. Korean actors tu semua bukan saingan awak,” ujar Miya.
Tersenyum Adrian dengan jawapan Miya walaupun dia tahu jawapan itu sama sekali tidak jujur.
“I can't believe you adore me this much," ujarmya, membuat Miya mencebik.
“Now, let me go.” Miya cuba melepaskan tangan Adrian dari pinggangnya.
"I don't want to."
“So, what do you want?”
“Hmmm..What I want?” Adrian menggumam, mengulangi pertanyaan Miya. Sambil menggerakkan tetikus dan mata yang fokus pada skrin, diletakkan dagunya di atas bahu Miya yang masih berada di pangkuannya. Tangan kirinya memaut kemas pinggang Miya.
“What if I say I want you. I want the whole you,” sambung Adrian dengan suara yang perlahan seperti berbisik.
Merona merah wajah Miya dengan kata-kata suaminya itu. Entah mengapa suara Adrian kedengaran seperti mahu mengajaknya buat anak saja. Digeliatkan bahunya supaya Adrian mengalihkan kepalanya.
Adrian ketawa kecil lalu mengalihkan kepalanya dari bahu Miya, tetapi dia masih tidak melepaskan pinggang isterinya itu.
“Awak search apa?” tanya Miya.
“Saya ingat nak bawak Lora pergi short vacation this weekend. What do you think?” tanya Adrian.
“Errmm..Good idea. Pergi mana?” tanya Miya.
“PD je. Kita pergi pagi Sabtu and balik sini petang ahad,” jawab Adrian.
“Sounds good.” Miya mengangguk setuju.
"Okay now I will do the reservation."
Melihat suaminya fokus membuat tempahan hotel, Miya menggunakan peluang itu untuk bangun dari pangkuan Adrian.
“Don’t move," ujar Adrian tanpa mengalihkan mata dari skrin.
~Sigh~
Miya capai telefon dan cuba memasang fon telinga, tetapi Adrian menegah.
“Don’t you dare to look at the male actors in front of me.”
Miya bengang. Tetapi tidak mahu bertekak, dia meletakkan semula fon telinga dan menolak telefonnya ke tepi. Mulutnya berdecit tidak berpuas hati.
“Don’t squeak,” ujar Adrian.
Miya merengus geram.
“Don’t sniff.”
Miya ketap bibir dengan wajah tidak puas hati. Akhirnya dia melentokkan kepalanya ke meja sambil memandang skrin Mac Book Adrian tanpa sebarang perasaan. Namun, tiba-tiba matanya terlihat tarikh tempahan hotel yang dibuat oleh Adrian.
“Awak kata awak nak pergi minggu ni,” ujarnya.
“Yeah.”
“Tapi tarikh tu dua minggu lagi,” ujar Miya sambil menunjuk ke arah tarikh tempahan.
“Oh, yes. Saya silap.” Adrian segera menukar tarikh itu. Dia tidak menyedarinya sehinggalah Miya memberitahu.
“It’s all your fault,” ujarnya.
“Kenapa saya pulak?”
“Kalau awak tak kacau saya, mesti saya tak buat silap,” jawab Adrian selamba.
“Saya tak kacau awak pun. Awak yang kacau saya,” balas Miya.
“Miya, awak dah pandai menjawab sekarang kan?” Adrian yang sudah selesai membuat tempahan, menutup Mac Booknya.
Miya tidak menjawab. Kepalanya masih terlentok di meja sambil jemarinya mengetuk-ngetuk meja.
Adrian hanya memandang sambil tersenyum. Miya sangat serius di tempat kerja, jarang tersenyum, dan tidak banyak bercakap. Tetapi kadang-kadang kelakuannya agak comel, apatah lagi jika dia malu. Mengingat itu, satu idea nakal tiba-tiba muncul dalam kepalanya.
Membetulkan posisi duduknya, kedua-dua tangan Adrian bergerak memeluk pinggang Miya membuat isterinya itu spontan menggeliat cuba melonggarkan pelukannya. Tetapi dia mengeratkan pelukannya dan merapatkan tubuhnya ke tubuh Miya. Satu ciuman dia hadiahkan pada belakang leher Miya. Fikirnya hanya satu, tetapi ternyata tidak cukup. Satu lagi ciuman dia hadiahkan pada tempat yang sama sebelum bibirnya menggeser naik sehingga ke belakang telinga.
"Adrian..." Miya mahu menegah tetapi entah mengapa suaranya terdengar seperti mendesah pula.
"Yes..."
"Please..."
"Please what?" tanya Adrian tanpa mengalihkan bibirnya dari kulit leher Miya membuat Miya menggeliat geli apabila bibir itu bergerak membalas percakapannya. Malah hembusan nafas Adrian yang menyapu kulit lehernya membuat bulu romanya meremang.
"... don't..."
"Don't? Are you sure?" Tangan Adrian mula menarik perlahan tali robe Miya, membuat Miya kaget. Esok dia perlu bangun awal, menyediakan sarapan dan keluar bekerja. Cukuplah sehari ini dia mengantuk sepanjang hari sehingga lemau seluruh tubuh. Esok dia mahu bangun dengan bertenaga. Jadi, dia tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti berat sebelum tidur.
Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu melepaskan diri, sehinggalah dia terpandang pintu bilik Lora yang membuat idea bernas muncul di benaknya.
“Lora, are you awake?” ujarnya dengan nada terkejut sambil mata memandang tepat ke pintu bilik Lora.
Mendengar nama Lora, Adrian segera melepaskan Miya. Peluang itu digunakan Miya untuk segera bangun dari pangkuan Adrian dan menjauhi suaminya itu.
Adrian toleh ke arah bilik Lora, tetapi Lora tiada di situ.
Tawa kecil tergetus dari bibirnya apabila melihat Miya berlari masuk ke bilik.
Miya tidaklah begitu membosankan seperti yang difikirkan Iqmal.
Share this novel
saya rasa dia cemburu dgn adik nya Adam nanti