Crush ku suami ku
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Eliya segera menutup buku tulisannya.Alat tulis disimpan didalam pencil case. Dia berdiri membetulkan baju. kantin adalah destinasi pertama Eliya untuk mengalas perut
"Kak sandwich satu ye",Eliya menghulurkan. Dua ringgit kepada kakak yang menjual di kantin itu.Selesai membeli,Eliya segera ke koperasi untuk bertemu BFFnya.
Tania sibuk melayan pelajar yang hendak membeli. Eliya menghampiri Tania"Awal kau rehat tahulah cikgu tak masuk kelas tadi".
"Mana ada aku kan kena jaga koop ni alang-alang cikgu tak masuk baik aku duduk sini ",Tania mengangkat face dan tersenyum ke arah Eliya.
Eliya mencebik bibirnya. Tiba-tiba orangnya dinantikannya ada di depan mata.Kaku Eliya di situ melihat ciptaan Allah yang indah.'MasyaAllah kacak ya dia'.
Eliya hanya memerhati tingkah-laku lelaki yang berjaya menambat hatinya itu. Tinggi,berkulit sederhana cerah , rambut yang agak panjang dan mempunyai senyuman yang mampu mencairkan hati mana-mana perempuan. Gelak tawa lelaki itu kedengaran sungguh merdu di telinga Eliya.
"Hoi kau tengok apa tu mak cik?!"sergah Tania mengejutkan Eliya."Janganlah kacau . Aku nak tengok bakal jodoh aku ni . Tengok,dia dah pergi tu alas kacau mood aku betullah kau ni".
Tania sudah masak dengan perangai kawannya itu . Pantang tengok crushnya terus angau entah ke mana gedik betullah!.
Kringgg!waktu rehat sudah tamat. Eliya berjalan bersama Tania untuk masuk ke kelas meraka yang berada di tingkat dua. Nama ziyyad Mazrul masih bermain di fikiran Eliya. Tak pernah sekalipun dia melupakan nama itu nama yang membuatnya tidak keruan dan sering tidak tidur lena.
Pernah sekali Eliya badmood kerana cemburu dengan kemesraan Ziyyad dengan teman sekelasnya.Eliya tidak pernah menegur Ziyyad malu katanya malu-malu tapi mahu hheheh
Kelas Ziyyad di tingkat tiga dan agak jauh dari kelas Eliya.Eliya selalu memberi alasan untuk ketandas untuk lalu di tepi kelas Ziyyad. Namun begitu,Eliya akur bahawa Ziyyad tidak pernah akan menyedari kewujudannya.Biarlah Allah yang menentukan jodoh mereka.
****
Ziyyad menhidupkan enjin motorsikal kesayangannya.Dia ingin pulang kerumah kerena pukul 3 petang nanti akan ada kelas tambahan . Dia tidak mahu terlepas solat Zohor.
Lampu isyarat menunjukkan lampu merah.Ziyyad berhenti di sebelah kereta MYVI . Dia perasan bahawa ada seorang gadis yang melihat dirinya dari tingkap .Gadis tersebut terus tunduk ketika ziyyad berpaling kearahnya . 'Dah kenapa pulak budak ni? Eh budak ni bukan budk tingkatan 4 dekat sekolah aku ke . Nama dia errr .....buat apa pulk aku fikir pasal dia'.
Share this novel